Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam Jumaat..

Cinta Untuk Dunia Hanya Sementara.Tetapi Buatlah
 Sebanyak Mana Amalan yang Baik Ketika Di Dunia..
Renungan Seketika

Kadangkala tertipu oleh hasutan keindahan duniawi..
Kadangkala terlena oleh keseronokan menyaluti hati..
Ada masa begitu hanyut di buai duniawi..
Sini dan sana begitu melenakan 
Membuat lupa diri bahawa ada kewajiban lain menanti tindakan..

Segeralah leraikan keasyikan duniawi..
Usah tertipu dan tertawan terpesona..
Segeralah mengingatkan dirimu ..
Dunia akan hancur..akan berakhir namanya dunia ini..
Renungilah berapa ada amalan mu..
Hitunglah kelemahan kekurangan yang telah berlaku..

Jika nampak kala diri merenungi kalam mu yang lalu..
Tangisilah dan ratapilah betapa banyak terleka..
Insafi diri bawalah ingatkan diri pada Dia..
Sulamilah cinta Teragung untukNya..
Kerana cinta padaNya adalah yang terhebat..
Pasti anugerah syurgawi untuk kita..

By Etuza.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Jumaat hari yang sangat afdal untuk beribadah kan cikgu etuza..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah..SP..beramallah tanpa mengira waktu

      Padam
  2. wow... nice poem... agree sgt etuza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam Sheila..tiba2 lancar ja idea ni keluar di minda Etuza..terima kasih..

      Padam
  3. salam cikgu, begitulah menulis kadang lancar saja keluar dari minda . moga kita tak terpesona dengan yang sementara

    BalasPadam
  4. Allahu...puitis dan mendalam maknanya cikgu..

    BalasPadam
  5. Suka dengan puisi dari Etuza..terima kasih kerana sering ingat mengingati

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.