Projek Niat Memberi & Menghulur Selama 40 Hari Kini Berakhir

Projek Niat Memberi & Menghulur Selama 40 Hari Kini Berakhir

20 Hari lagi tambahan menggenap ke 40 hari niat bersedekah jariah & Pastikan membaca pesan akhir entri ini

Hari 21: Memberi/ menghulur duit kepada ibu Etuza ( memang tanggungjawabkan ) jumlahnya tidak perlu. Pada 07hb Nov 2015.
* Memberi makanan biskut kepada dua orang murid lelaki tahun 6 di sekolah Etuza.* Menderma di tabung Masjid Ranau.
Hari 22: Memberi/ menghulur Wang kepada ayah mentua bersama isteri sejumlah yang di perlukan. Projek robohkan dan  bina dapur baru rumah  untuk ayah mentua sudah bermula. Menghulur sejumlah RM5000 kepada ayah mentua.Pada 08hb Nov 2015.
Hari 23: Memberi / menghulur makanan kepada anak buah dan pembantu mak menjual di gerainya.Pada 09Hb Nov 2015. 
* Memberi makanan kepada seorang anak yatim ( masih kecil )
Hari 23: Memberi dan menghulur isi lengkuas kepada jiran yang datang meminta lengkuas di laman Etuza ( tiba2 datang kala maghrib minta isi lengkuas-Hadui macamana nak korek dah maghrib.Datang memberi salam katanya nak minta ehsan isi lengkuas yang segar nak buat ramuan soto. Hadui maghrib pun ada yang nak datang ya...Ok beri saja..tak minta harga. Ambil banyak pun tak apa. Dia korek sendiri.Subahanallah..Pada 09hb Nov 2015.
Hari 24: Memberi dan menghulur makanan kepada kanak-kanak yatim. Memberi duit kepada teman sebaya Aliya di sekolah.Pada 10hb Nov 2015.
Hari 25 : Hari ini memberi RM 2000 tambahan kepada pembaikan dapur ayah mentua yang telah di robohkan.Ayah mentua call untuk tambahan duit pembinaan dapur baru rumah ayah mentua. Subahanallah...semoga dimudahkan. Pada 11hb Nov 2015.
Hari 25: Memberi dan menghulur hadiah komentar unggul dengan hantar ke pos laju Keningau hari ini kepada 5 orang blogger peringkat pertama. Kepada Blogger Iryanty, Ariffin, Ashikin, Julia Johari dan Zumal. pada 11hb Nov 2015.
Hari 26: memberi dan menghulur duit kepada mak di kampung pagi tadi. Bagi untuk mak beli apa2 keperluan.
* Memberi makanan coklat kepada 10 orang kawan-kawan Aliya.Hari ini 12hb Nov 2015.
Hari 26 : Hari ini menghulur/ memberi hadiah kepada 3 blogger hebat iaitu kepada Blogger Martini, Jari Manis Dan Blogger Paridah. Alhamdulillah pada 12hb Nov 2015.
Hari 27 : Memberi makanan coklat kepada 4 orang kawan Aliya di sekolah.Memberi ayah  duit saku selepas solat Jumaat pada 13hb Nov 2015.
Hari 28 : Memberi dan menghulur kuih ( buah tangan) kepada ayah mentua semasa lawatan ke rumah beliau.Memberi makanan kepada anak dan kawannya di asrama SMK Agama, Keningau.14Hb Nov 2015.
Hari 29 : Memberi dan menghulur kepada anak buah sebelah isteri makanan untuk di bawa ke asrama hari ini, bersama anak Etuza. Dan hantar mereka berdua ke asrama. ( SMK Agama -Belum cuti ya )15hb Nov 2015.Bank in duit kepada anakanda  Etuza.
Hari 30 : Memberi menghulur kepada ibu Etuza duit kata mak nak gunakan upah membersihkan kebun pada 16hb Nov 2015.
*Membeli hadiah kepada murid terbaik mata pelajaran Sains dan Sejarah.
Hari 31 : Membeli hadiah dalam bentuk hamper kepada 10 orang murid tahun 4 Bijak & 4 Cerdik sebagai penghargaan kerana membuat persembahan sempena HUDPH 2015.
*Memberi hadiah berbentuk hamper dan makanan kepada 3 orang murid terbaik penyediaan FOLIO kelab Pusat Sumber pada 17hb Nov 2015.
Hari 32 : Memberi dan menghulur beras,gula dan makanan kepada sebuah keluarga yang mengalami kematian ahli keluarga. Sumbangan ikhlas Etuza wakilkan kepada ibu untuk beri kepada keluarga tersebut.Pada 17hb Nov 2015.Keluarga dari Tambunan, Sabah.
Hari 33 :Etuza menerima panggilan dari ayah. Ayah hendak meminta duit untuk tujuan upah orang bersihkan kebun. Etuza datang ke kampung memberi ayah duit dengan ikhlas. Wajib bantu ayah yang telah berkorban membesarkan kita. 18hb Nov 2015.
* Beri makanan kepada dua orang adik beradik Izza Athirah & Izzah Nasriah. 
Hari 34 :Memberi dan menghulur makanan kepada Adam Haris dan Amril Riyan. Hadiah penghargaan atas kerjasama membuat persembahan pantun sempena HUDPH 2015. Pada 19hb Nov 2015.
* Menghulur RM 50.00 untuk jamuan makan staf sempena sambutan hari lahir guru yang lahir pada bulan Sept, Okt, Nov.Jamuan makan diadakan di Pusat Sumber sekolah.
Hari 35: Memberi dan menghulur derma ikhlas kepada rakan guru yang kematian keluarga. Pada 20hb Nov.2015.
* Pada hari ini juga Etuza membantu anak buah isteri membayar dan melunaskan beberapa ringgit atas kesalahan anak buah isteri merosakkan buku teks tingkatan 1 di SMK Agama Keningau.Kalau tidak dibayar masalah anak buah akan timbul lagi berat. Alhamdulillah selesai.
Hari 36 :Memberi dan menghulur wang kepada ibu Etuza dengan ikhlas. Pada 21hb Nov 2015.
Hari 37: Memberi dan menghulur upah kepada bekas murid yang datang membantu memperbaiki lampu rumah Etuza. Bekas murid sudah berumur 25 tahun, Etuza call untuk membantu perbaiki lampu di rumah Etuza. Pada 22hb Nov 2015.
Hari 38: 23hb Nov 2015. Memberi dan menghulur kepada kawan anak Etuza kuih untuk dibawah ke rumah. Kawan Afif bernama Azam sama-sama mereka ambil PT3 tahun ini.
Hari 38 :Memberi dan menghulur buah limau manis kepada pembantu menjaga gerai mak di kampung. 24hb Nov 2015.Hari ini juga Etuza memberi dan menghulur duit kepada mak untuk kegunaan sehari-hari mak.Syukran.
Hari 39 :Hari ini 25hb Nov Etuza memberi kepada seorang hamba Allah menderma dengan ikhlas kepada hambaNya itu.Etuza menderma dengan ikhlas atas keikhlasan hamba Allah itu membantu Etuza dalam suatu perkara. Apa perkara tersebut, biarlah rahsiah.
*Hari ini Etuza memberi sesuatu kepada seorang makcik yang Etuza amat kenali,makcik itu kelihatan sangat gembira lalu mengucapkan terima kasih kepada Etuza. Syukran.
* Hari ini Etuza dengan ikhlas beri makan Nasi Lemak kepada seorang hambaNya. Harga nasi lemak di kampung berbeza harga dengan nasi lemak di bandar atau kota besar.Kelihatan insan itu amat gembira dengan pemberian ikhlas Etuza. Alhamdulillah.



Hari 40 : Hari ke 40 - 26hb Nov 2015, memberikan wang kepada ayah Etuza untuk ayah gunakan membeli keperluan harian di rumah.Etuza membeli hadiah kepada 5 anak buah yang menyambut hari lahir esok di Hotel Juta Keningau, Sabah.
27hb Nov 2015. Memberi kan wang kepada adik Etuza untuk digunakannya serba sedikit membantu adik membeli keperluan semasa balik ke rumah ibu mentua adik di Tambunan, Sabah.
26hb Nov 2015. Etuza memberi makanan kuih kepada seorang lelaki yang terbiar di kampung kelahiran isteri. Lelaki terbiar itu mengucapkan terima kasih kepada Etuza. Hebat pula di boleh menghargai pemberian orang kepadanya. Syukran ya Allah.


SYUKUR ALHAMDULILAH SUDAH TAMAT PROJEK MEMBERI SELAMA 40 HARI. APAPUN USAHA UNTUK TERUS MEMBERI MASIH ETUZA DAN FAMILY LAKUKAN.
*** Dikatakan bahawa ada seorang hamba Allah ( lelaki )telah meninggal dunia, setelah dikuburkan maka lelaki itu kemudian ingin kembali ke Dunia untuk melakukan satu amalan sahaja. Tetapi sayang sekali lelaki itu tidak mampu lagi dikembalikan ke Dunia untuk melakukan amalan yang dimaksudkan iaitu BERSEDEKAH***Sesungguhnya amalan sedekah itu akan menjadi suluh di alam barzak dan membawa ke syurga. Subahanallah..
( Berakhirlah sudah memberi dan menghulur selama 40 hari,niat hidupkan 40 hari memberi ala kadar semampu Etuza dan mama -  isteri Etuza) Usah lupa klik INI ya dan SINI.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

alhamdulillah..
kalau istiqamah dalam bersedekah, rasanya tiap hari pun nak memberi wlaupun Rm1.

Alhamdulillah,,,,berjalan lancar secaranya..berkat nawaitu kita dengan izin Allah

Alhamdulillah...semoga sedekah nya dapat diteruskan dihari2 seterusnya.

Alhamdulillah. Mungkin cikgu etuza boleh teruskan untuk seratus hari pula..:)

Alhamdulillah dan tahniah buat Cikgu Etuza ^-^

Alhamdulillah dan tahniah buat Cikgu Etuza ^-^

alhamdulillah...betul biar berappaun jika itulah Ikhlas akan afdal

Cik akak ya alhamdulillah..hari-hari memberi selama 40 hari akhirnya tertunai..

inshaAllah ya SP..tetapi SP kena buat sama..biar berapa ja namanya sedekah juga tu..

Alhamdulillah, moga rezeki Cikgu & Mama bertambah banyak, aamiin

Alhamdulillah terlaksana hajat cikgu menghulur selama 40 hari.. semoga berterusan pada hari-hari yang akan datang..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger