Prestasi Blog Sehingga Disember 2015

Prestasi Blog  Sehingga Disember 2015


Asalamualaikum semua.
     Bersiaran di udara maya sekarang dengan hati yang ikhlas. Biasa juga membuat aktiviti blogwalking dari blog ke blog. Satu saja yang Etuza hendak komen, hal line internet yang sangat melemahkan semangat, ketika ini.Blog kegemaran belum terpapar semua, ruangan komen juga sukar di klik, ada sahaja halangan yang akhirnya dalam minda berfikir, baik buat entri dahulu, blogwalking kemudian.

     Kali ini Etuza hendak buat satu analisis prestasi blog milik Etuza. Rasanya sesuai untuk tiap blogger buat sedikit analisis tentang pencapaian blog anda masing-masing, khasnya blogger yang masih baru. Etuza sebenarnya sudah agak lama juga berblog tetapi, tidak berterusan atau tidak maintain disebabkan keadaan mood yang kurang merangsang berblog.Anda boleh klik ruangan arkib atau gallery blog Etuza ini untuk melihat bukti Etuza tidak maintain berblog.

Prestasi Blog Sehingga Disember 2015.

Followers ( Pengikut Blog )
* telah mencapai 400 orang ahli. ( terima kasih yang sudi follow blog Etuza)

Catatan ( Entri ) Dalam Blog 
* Telah mencapai 1000 Catatan Orginal Etuza. ( Jumlah yang agak banyak )

Pengikut Google Plus
* Telah mencapai 516 pengikut Google Plus ( terima kasih yang sudi mengikuti URL blog Etuza.

Bloglist Blog
* Terdapat 2 bahagian utama bloglist utama iaitu Bloglist 1 dan Bloglist 2.

Setakat ini sahaja analisis kajian Etuza tentang blog kesayangan Etuza. Blog anda bagaimana pula. Pencapaian berbagai follower dan sebagainya dalam  blog anda, lebih hebat dari pencapaian blogger Etuza. Kita teruskan berinformasi dalam blog dan berusahalah agar blog anda mampu menjadi medan atau laman web yang menjadi kegemaran berbagai lapisan masyarakat. Klik SINI dan SINI. Salam hormat dan jumpa lagi pada entri berikutnya. Entri yang ke 1001.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. salam cikgu tahniah , blog semakin dikenali , moga terus semamnagt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam ..terima kasih Yana..inshaAllah akan terus majukan blog ..

      Padam
  2. halangan selalu ada, nak nak kalau berdepan robot , saya redah je, sabar aje demi nk blogwalking

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya ..betul..paling boring lah tu robot..ada masa2 nak ganggu kan

      Padam
  3. wah....tahniah!! boleh jd cth utk sya yg newbie ni. heeeeeeee

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah....teruskan bergiat aktif ya cikgu...moga perkongsian bermanfaat dapat menambah ilmu kepada rakan rakan yang bertandang....amin...

    BalasPadam
  5. tahniah cikgu etuza..teruskan...semoga berjaya

    BalasPadam
  6. Tahniah Cikgu Etuza, smoga terus menjadi inspirasi kepada blogger baru seperti saya ini...Amin

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.