Pesona Gelas Kaca Koleksi Etuza

Pesona Gelas Kaca Koleksi Etuza

Asalamualaikum semua. 

Terfikir sejenak hendak abadikan hadiah gelas kaca yang ada di rumah Etuza. Kelihatan model lama dan klasik tetapi kelihatan pesonanya masih terserlah. Hebatnya gelas kaca ini tidak pernah pudar oleh arus zaman dan kesan dipakai walau apa jenis minuman yang kita letak dalam gelas kaca ini.

5 daripada gelas kaca ini merupakan hadiah kepada Etuza, hadiah dari murid serta kawan-kawan guru yang lain. Ada banyak lagi sebenarnya tetapi yang sempat dikeluarkan hanya ini sahaja. Kalau Etuza rajin lagi nanti kita lihat lagi bentuk dan corak gelas kaca yang Etuza ada.

Nilai moral dalam entri ini ialah :-

* Hargai pemberian atau hadiah dari sesiapa sahaja. Kerana menghargai hadiah tersebut amat memberi kesan kepada kehidupan anda.Setidak-tidaknya ada kenangan dalam kehidupan ini. Itu pesonannya.

* Simpan dan selalu menjaga hadiah yang diberi. Pasti ada ingatan kepada yang telah memberikan anda hadiah.

* Dapat menarik ingatan kepada kawan lama atau sesiapa sahaja yang pernah memberi anda hadiah.

*. Hati akan lembut untuk kita pula bersedekah kepada orang lain yang mungkin memerlukan. Mari lihat Pesona Gelas Kaca Koleksi Etuza.

* Lahir rasa bersyukur kepada Allah. Yang kita ada itu pinjaman semata.







Anda nak hebat lagi KLIK PESONA tu...ke laman
yang hebat, siapa dia....
" Hari khamis yang indah ini, isikan dengan nilai-nilai amalan yang membawa hati lebih damai, usah rosakkan kedamaian hati dengan berfikir tentang masa lalu yang memedihkan hati, tetapi ceriakan dengan kegembiraan bersama insan tersayang"

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Wahh...mesti Cikgu ada banyak koleksi ni :)
    Gelas kaca tak lekang dek zaman dan evergreen.
    Setiap hadiah tu, mesti ada kenangan yang tersendiri dan harus disimpan dengan baik sebagai tanda penghargaan.

    BalasPadam
  2. Kalau dah jadi koleksi lama-lama kena beli almari khas ni cikgu.

    BalasPadam
  3. Betul tu Etuza, nilai hadiah bukan pada harganya tapi pada keikhlasan pemberinya...

    BalasPadam
  4. Salam singgah petang cikgu....cantik² kolekasi gelas kaca cikgu...diana pun suka kumpul juga gelas kaca² ni...

    BalasPadam
  5. Cikgu, cam iklan berbayar jer DIARI HIDUPKU? sana sini ada ajer tertempek di laman ini dalam masa sehari dua ni. Opssssss..

    BalasPadam
  6. Oh ya, mungkin Cikgu kesian kot sebab laman saya jarang2 dikunjungi, maklumlah blogger suam2 kuku, ahakkk..

    BalasPadam
  7. Insya Allah jika saya ke Teluk Chempedak, Kuantan, boleh tempah gelas khas & dijadikan buah tangan untuk rakan2 yang bertuah.

    Idea yang bernas ni lagipun nampaknya ada peminat gelas di sini..

    BalasPadam
  8. banyaknye aat...hari ni gelas lain esok gelas lain lusa gelas lain...sebulan pun belum tentu habis guna gelas tu eheheh

    BalasPadam
  9. komen dis 2015...bilangan komen dari JM 72?..rasanya bulan dis ni baru je komen x samai 10 pun..betul ke counting tu cikgu Etuza

    BalasPadam
  10. Saya nampak yang Samsuddin dan header Blog umi alya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah aRz, akak rasa cam glemer jer di sini, ahakkkk

      Padam
  11. wah , mmg cantik2 la cikgu . geram lak saya tengok . jeles pun ada ni ...

    BalasPadam
  12. Boleh geng la kita ye Etuza..CP pun banyak koleksi mug..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.