Permudahkan & Tenangkan
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ternampak sabda Nabi Muhammad SAW ini.
" Permudahkanlah, jangan lah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim )
Sabda Nabi Muhamad SAW ini, amat hebat sekali. Etuza mengamalkan ayat berbentuk nasihat ini sejak belajar di Universiti masa dahulu hingga sekarang. Jika kira serapkan betul-betul kata-kata ini akan menjadikan kita selalu tenang dalam hadapi apa juga masalah. Jika kita hadapi masalah yang sukar kita usah lah menambah masalah tersebut dengan susahkan keadaan, sebaliknya kita usaha selesaikan masalah, kita mudahkan agar kita dapat ketenangan. Sungguh hebat ayat sabda nabi junjungan ini.
Sabda ini, mengingatkan kita agar usah buat sesuatu yang menyebabkan orang sekeliling kita menjauhkan diri. Tetapi berusaha untuk menjadi pemudah dan memberi ketenangan. Banyak perkara yang boleh kita apikasikan sabda nabi junjungan ini. InshaAllah.
4 Ulasan
saya selalu baca doa permudahkan segala urusan dunia dan akhirat
BalasPadamItulah hebatnya sabda Nabi cikgu, akhlaknya adalah Al Quraan...moga kita ajan dot syafaatnya diakhirat nanti
BalasPadamSemoga sentiasa tenang..
BalasPadamSentiasa berdoa agak dipermudahkan serta mendapat ketenangan
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.