Perkhidmatan Tangga Lipat Bergerak

Perkhidmatan Tangga Lipat Bergerak

Beli Tangga Lipat Bergerak Akhirnya...

Beli Tangga Lipat Bergerak Akhirnya.

   Sejak dahulu inilah kegemaran Etuza, sebaik ada masa terluang tidak kira bila masa, akan ada tanaman baru di halaman rumah. Bila ada rumah baru dan rumah sendiri kesempatan untuk lebihkan penanaman semakin menjadi-jadi. Beli pasu dan benih bunga dan anak benih buah - buahan kemudian tanam di tempat yang sesuai. 

Saat semua bunga-bungaan masih belum membesar,kuranglah kerja-kerja yang dilakukan. Setakat membuang rerumput dan memberi baja pada bungaan dalam pasu.Kini usia bunga di laman kian meningkat, maka saiz dan ketinggian anak pokok bunga-bungaan khasnya bunga kertas yang berbagai telah berubah, maka agak sukar untuk membuang ranting-ranting yang  semakin semak, rimbun dan kelihatan merosakkan keindahan laman rumah Etuza. 

Akhirnya Etuza beli lah tangga lipat bergerak. Dari satu tempat ke satu tempat tangga ini di angkat dan mudahlah kerja-kerja pembersihan di halaman rumah Etuza. Ranting-ranting pun kini kelihatan kemas dan tidak menutupi ruangan laman yang sepatutnya tidak diganggu oleh ranting-ranting bunga-bungaan. Hebatnya tangga lipat bergerak ini kerana mudah di angkat ringgan dan senang di simpan di dalam stor. Untuk saudara ku, sahabat blog Etuza yang setia membaca paparan artikal Etuza, jemput lihat tangga lipat bergerak di laman rumah Etuza. Abaikan kesemakan laman itu kerana kini laman Etuza sudah tidak semak dengan ranting-ranting juntaian bunga.Tangga lipat ini, telah memudahkan Etuza membersihkan kesemakan yang berlaku. 




Sesungguhnya kita juga mahu 
seperti niat dia ...selalu bertahajud. Subahanallah..Terima Kasih 
Kepada blogger ini...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

22 ulasan

Waa..cantik taman bunga cikgu etuza..:)

Memang berguna tapi hati-hati ketika memanjat tu cikgu
Kalau en abg kakak guna untuk kerja-kerja projek dia.
Sesekali kakak pinjam utk petik papaya depan rumah.

assalam kalau rajin bercucuk tanam kena rajin awasi kerapian laman agar sentiasa nyaman dipandang.

Cantiknya laman rumah cikgu, jeles saya..

tengok tajuk tadi, kak ana ingatkan kisah escalator etuza hihi :)

cikgu etuza ada tanah sendiri jadi laman luas boleh tanam banyak pokok

tangga tu boleh guna utk petik buah rambutan tak

tangga ni biasa guna utk tukar lampu rumah atau guna nak cuci kipas siling

setuju dengan tuan MKlim...

masih semak lagi Umi..inshaAllah akan urus baik2..boleh bagi tengok kat Umi dan alya ..)

tertarik ke anaJ..hahaha tu kaywrd tu tau..

alhamdulillah ada Jm..cuma bila bekerja ni susah nak bersihkan semua kawasan..depan rumah pun dah semak...

ala tak rendang ja rambutan depan rumah boleh ambil pakai tangan..buah betik lah guna ..))

hahaha selalu pinjam pun tak apa janji balik semula...hehehe tq nasihat

betul sangat setuju..kena bersihkan sendiri..

tak ada cantik sangat SP..laman biasa ja..bunga tak terurus semak ...

dah Jm ada teman baiki lampu ha ni lah mudah angkat..))

ada gak tangga ni utk tukar lampu . wah , mmg byk kerja kena buat nak urus pokok bunga byk tu cikgu ...

Hijau je laman rumah Etuza..tangga ni banyak kegunaannya.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (393) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (279) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (212) Kasih sayang (196) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger