Percutian Anda Wajib Berhati-Hati Walau Di Mana
Gambar sekadar hiasan blog .. |
Asalamualaikum semua pembaca maya di mana juga anda berada.
Berita pagi ini yang amat mengejutkan Etuza ialah kejadian seorang remaja perempuan berusia 13 tahun cedera parah akibat jatuh dari tingkat tiga apartment semasa menyidai kain, kejadian ini berlaku di Talipok, Sabah.
Memetik berita dari laman Sayang Sabah "KOTA KINABALU : Seorang remaja perempuan retak tempurung kepala selain mengalami pendarahan dalam kepala, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah apartmen di Jalan Kayu Madang, Telipok di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 10.45 malam, mangsa yang berusia 13 tahun telah dikejarkan ke Hospital Tuaran sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE 2) untuk menerima rawatan lanjut"
Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/remaja-parah-jatuh-dari-tingkat-tiga-apartmen-ketika-sidai-pakaian-di-telipok/
Percutian Wajib Berhati-Hati ( malang Tidak Berbau)
Masa ini memang ramai antara kita akan melakukan percutian bersama keluarga, tetapi percutian yang bermakna adalah percutian yang sentiasa dalam keadaan selamat dengan adanya tindakan berhati-hati.Bayangkan remaja yang jatuh dari tingkat tiga bangunan tempat tinggal ketika menyidai kain di balkoni. Mesti ada sebab tertentu kerana tanpa sebab sesuatu itu tidak akan terjadi. Antara faktor ialah tidak berhati-hati.
Mohon kepada teman semua, pergilah bercuti tetapi mohon selalu fikirkan agar berhati-hati. Sikap acuh tak acuh atau tidak kisah sahaja tu biasanya akan mengundang padah yang kita tidak ingini berlaku, akhirnya berlaku akibat tidak kisah. Apa lagi jika berlaku terhadap anak-anak yang masih kecil. Mala petaka atau kemalangan akan berlaku sebenarnya tidak mengira tempat dan di mana keberadaan kita, sekalipun jika kita bersiaran di laman rumah tanpa hati-hati kita akan jatuh tersadung batu. Justru, keperluan bertindak sentiasa berhati-hati itu adalah satu perlakuan amalan yang wajib dilakukan. Pastikan selamat walau di mana berada. Selamat bercuti dengan selamat.Sudi klik juga SINI.
7 Ulasan
Berhati-hati tak kira di mana jua kita berada ^-^
BalasPadamsalam cikgu, semoga Allah selalu melindungi kita
BalasPadamUrmmmmm jelesnya, saya tetap kena kerja.. kena selesaikan banyak urusan rasmi sebelum hanrar anakanda di awal tahun..
BalasPadamkena berhati-hati walau di mana pun bercuti.. aiza je tak cuti, sabtu ahad pun kerja..
BalasPadamSentiasa perlu berhati-hati. Malang tidak berbau
BalasPadameeee ngeri..mcm mana lah boleh terjatuh tu
BalasPadamkita perlu sentiasa berhati hati walau di mana pun berada
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.