Pelik Meja Bergerak Dan Bergetar Kemudian Rasa Hendak Rebah

Pelik Meja Bergerak Dan Bergetar Kemudian Rasa Hendak Rebah

Pelik Meja Bergerak Dan Bergetar Kemudian Rasa Hendak Rebah

Gambar sekadar hiasan blog..

Asalamualaikum & Salam sejahtera semuanya.

Kali ini Etuza hendak jemput anda semua duduk dekat-dekat dengan Etuza dengarkan satu cerita dari pengalaman sebenar Etuza seisi keluarga. Sebelum itu mohon agar usah tertawakan Etuza, kerana kemungkinan ada yang bertambah lucu, kerana cerita Etuza ini sebenarnya sudah lama dalam tahun ini. Kata orang dah basi, baru ke nak cerita. Pada Etuza pengalaman ini satu kenangan dan perlunya berwaspada sentiasa dan  pada masa akan datang. 

Pelik Meja Bergerak Dan Bergetar Kemudian Rasa Hendak Rebah

Suatu hari di bulan 7 pada 5 hb Julai 2015, sekitar jam 6 pagi, Etuza  sedang bersarapan pagi. Semeja dengan Etuza ialah mama serta Azie. Anak-anak lain semuanya di Asrama Sekolah masing-masing. Aliya masa itu belum bangun. Tiba-tiba meja makan kami bergetar dan terangkat. Getaran terasa, Etuza memandang wajah Azie dan mama. " Kenapa meja ni ayah gerakkan.." Azie tiba-tiba bertanya kehairanan memandang Etuza. Etuza melihat ke bawah meja tiada pula apa-apa yang Etuza nampak. 

Dalam hati Etuza terfikir sesuatu yang pelik. " Hei ialah meja ni bergerak-gerak, saya rasa nak rebah..Ya Allah kenapa ni? " Mama pula bersuara setelah berdiri dahulu hendak ke singki. Masa itu Azie sedang klik-klik ipad dia. Membaca berbagai informasi yang ada dalam Whatsapp. " La patutlah bergerak meja ni mak, ayah ni berita di whatsapp berlaku gempa bumi di Kundasang Ranau sebentar tadi" " Ha ni berita gempa bumi di Ranau" Tambah Azie memperlihatkan informasi tentang gempa bumi di Ranau Sabah.Setelah lihat dan baca serta merta Etuza bangun hendak mengambil ipad Lenovo Etuza pula, tetapi terus Etuza tegak berdiri kerana terasa hendak rebah dan pandangan seolah berpusing. 

Dipendekkan cerita, rupa2nya meja bergetar dan bergerak, serta gelas bergesel dengan lantai meja itu kesan akibat gempa bumi yang paling kuat di Ranau, Sabah. Baru lah tahu, tiada hantu atau lembaga datang menganggu. Selepas membaca berbagai informasi, rupanya banyak bangunan di Ranau yang rosak struktur seperti bangunan BSN di Ranau dan sebagainya. Bayangkan jauh Keningau dari Ranau ke rumah kediaman Etuza lebih kurang 160 Kilometer. Gegaran begitu kuat terasa, hingga meja bergetar ( bergerak )

Etuza cerita pengalaman ini kerana, masa bulan Mac hingga Ogos 2015 Etuza menyepi di Blog. ramai blogger yang bertanya keadaan di tempat Etuza ekoran gempa bumi di Sabah. Etuza tidak menjawab kerana jawapan ada pada laman sosial. Cuma pengalaman Etuza seperti dalam cerita Pelik Meja Bergerak Dan Bergetar Kemudian Rasa Hendak Rebah adalah cerita yang benar dan kini menjadi pengalaman yang sukar dilupakan. Sepatut dalam keadaan begitu kita bersegera ingat kekuasaan Allah. Tetapi yang di minda Etuza ialah " Aik!! kuat juga ya Azie gerak gerakkan meja ni, buat apa lah Azie gerak gerakkan meja ni" Ha itu lah yang ada dalam minda Etuza. Azie pula sama juga menyangka Etuza yang gerak gerakkan meja hingga gelas dia bergerak2 bergetar. 

Subahanallah maha hebat Allah yang maha tahu segala rahsia alam dan cekarawala ini.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

2 ulasan

Alhamdulillah Etuza dan keluarga selamat....dan aturan Allah tiada siapa mampu menghalangnya.

Alhamdulillah mudah2an tiada lagi bencana alam berlaku tapi bukankah semua tu kekuasaanNya? kita tidak boleh menidakkan ketentuanNya..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger