Pelbagai Bunga &Teknik Cantuman Bunga Kertas.

Pelbagai Bunga & Teknik Cantuman Bunga Kertas

Asalamualaikum semua.

Kemarin sekitar jam 12.00 tengahari, kami suami isteri datang ke Nurseri Sosondoton Center ( Tempat pembenihan bunga dan jualan bunga). Nurseri ini milik seseorang yang Etuza amat kenali.

Berbagai spesies  bunga yang ada. cantik- cantik terutamanya bunga kertas. Mama bercadang hendak membeli bunga kertas dan bunga jenis lain dalam anggaran RM 40.00. Memang banyak benih bunga kertas yang segar.Ada juga bunga kertas dalam bayung yang kelihatan benih telah bercabang dan serlahkan daun yang putih bercorak. Cuba lihat gambar bunga kertas yang Etuza sediakan. 

Cara cantuman yang mudah ialah, ambil batang muda pada pokok bunga kertas, sisipkan pada belahan pucuk atau pada batang muda pokok bunga kertas. Balut dengan plastik khas dan biarkan sehingga tunas tumbuh baru dibuka balutan pada pokok kertas tersebut. Mudah sahaja kelihatannya, akan cuba praktikkan cantuman bunga kertas di laman Etuza. Sila google untuk mencari cara paling jelas teknik mencantum bunga kertas di online. Selamat mencuba. Pengisian masa cuti anda semua.

Berbagai jenis bunga di Nurseri  Sosondoton Center
di Jalan Patikang Laut, Keningau.
Tengok sudah beli dua jenis bunga..bunga kertas
jadi pilihan mama..
Cantuman benih muda ke pucuk pokok bunga kertas
dalam gambar sudah menjadi...asal
 pokok bunga berdaun hijau..
Kuntum bunga menawan di Nurseri Sosondoton Petikang Laut,
Keningau, Sabah

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Menarikkan cikgu kalau satu pokok kertas tu dicantumkan dengan pelbagai warna...sebab buka kertas atau bunga raya ada banyak warna..boleh dipelbagaikan..

    BalasPadam
  2. kenapa perlu buat cantuman bunga kertas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam JM..dicantumkan dengan jenis pokok kertas yang bercorak lain.Bila dah tumbuh cantik dengan berbagai warna bunga...JM ada tak nampak bunga kertas berbagai warna dan corak daun..cantik tu. Boleh ratusan harga bunga tu..BONJAI

      Padam
  3. rasanya di rumah CE ah byk kan pokok bunga kertas merimbun...mama beli lagi minat betul bunga kertas tu...senang di jaga eh

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. haha Umi kena tambah lagi ya..lepas tu jaga dengan baik bunga ni dikatakan ada perasaan..rasanya boleh lah logik akal..selau belai bunga bunga akan serlahkan kecantikannya

      Padam
  5. cikgu n isteri ada minat yg sama bertanam bunga...bagus tu.

    BalasPadam
  6. bunga kertas cantik bila pokok dah besar nanti ... penuh dengan bunga satu pokok :)

    BalasPadam
  7. Rajin Etuza dan isteri bertaman ya..bagus menghijaukan bumi Allah..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.