Orkid Bunga Kuning Menggoda & Hidup Usah Mengeji

Orkid Bunga Kuning Menggoda 

Hasil Kerja Hari Ini hingga jam 12.20 Tengahari..
Asalamualaikum semua & salam sejhatera.

Pagi hari ini, sebaik balik hantar produk jualan mama ke gerai mak, Etuza ambil aktiviti membersihkan rerumput yang ada dalam pasu bunga-bungaan dan mengemas kan kedudukan pasu bunga yang belum di olah dengan baik. 

Semasa asyik membersihkan rerumput dan kemaskan kedudukan pasuan bunga, Etuza terkejut siku Etuza kena sengat dengan penyengat. Sakit lah kena sengat. Tapi dalam kesakitan itu Etuza rasa girang sekali, tak sangka ada bunga orkid baru nak keluarkan bunga pada pucuk yang lain bunga kekuningan emas sudah sempurna dan sedang serlahkan kecantikkannya. Subahanallah cantik sekali kelihatan bunga orkid itu.

Tergoda Juga Untuk Ambil Gambar Kerana Pesonanya.

Etuza teruskan membersih hingga ke jam 12.20 tengahari. Sebab berhenti ialah tak lama lagi JOHOR kemudian hendak bersedia lagi ke Kampung Banjar, Keningau. Hendak hadir juga perkahwinan Cik Masnijah Azalan dengan Cikgu Wan. Etuza sebelum masuk ke dalam rumah pergilah tengok lagi bunga orkid yang sangat cantik dengan corak dan kuning keemasan itu. Ya Allah unik betul ciptaan Allah, beri kita rasa bahagia melihatnya. Mulanya Etuza tidak berniat ambil gambar, tetapi terfikir sejenak bunga2 ini akan layu dan kering juga. Masa ini lah sahaja bunga ini menyerlahkan kecantikan, lalu tergodalah Etuza untuk ambil gambar bunga orkid kuning ini. Adakah ini namanya terpesona dengan keindahan bunga orkid yang Allah ciptakan. Jika begitu mari ucapkan zikir " Subahanallah, subahanallah, subahanallah..Allah maha besar, Dia lah yang memberikan kita keindahan alam buana ini.

Bunga orkid  di laman Etuza...serlahkan pesona bunga..Subahanallah
Bunga orkid ini jenis bunga tahan lasak dengan cuaca panas.
Unikkan...
 Etuza nak nasihatkan diri Etuza sendiri..kepada yang
memahami marilah teruskan hidup dengan tidak mengeji
apa sahaja makhluk di dunia ini..amin.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Dalam sakit sengatan dapat melihat keindahan ciptaan Allah....

    BalasPadam
  2. Sakit ooo kena sengat penyengat..silap-silap boleh demam..cantik orkid kuning..rajin Etuza..

    BalasPadam
  3. cantiknya orkid-orkid tu... rajin etuza...

    BalasPadam
  4. SUBHANALLAH CANTIKNYA BUNGA2 ORKID CIKGU YG SDG MEKAR TU...

    BalasPadam
  5. Cantiklah orkid2 Etuzu..
    Berseri halaman rumah..

    BalasPadam
  6. Memang cantik orkid kuning tu cikgu.

    BalasPadam
  7. cantik bunga dan cantik juga nasihat cik gu etuza

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.