Orang Normal Selalu Mengejar Masa

Orang Normal Selalu Mengejar Masa

Berlari kejar masa pun susah dek...
so..ambil cara bersederhana ya...
tak terkejar masa tau!

Asalamualaikum semua, harap sihat dan ceria dipagi jumaat ini.

Pagi ini Etuza online dan melihat paparan entri teman maya. Semuanya sangat menarik dan rasa tertarik-tarik hati nak baca. Klik laman kegemaran Umi Alya nampak juadah lazat air tangan Umi Alya. Klik laman Hero Berneo lagi hero melihat paparan kenangan bergamabr ketika muda belia HB. Alamak lagi terpesona hendak membaca. Klik laman Cekgu Norazimah, paparan hal " Apa erti rezeki yang berkat" Ringkas padat dapat baca dan ambil hikmah entri ni.Klik lain tidak sempat lah pula, tak terkejar lah pula masa ini.

Orang Normal  Selalu Mengejar Masa.

Blog ketika ada masa, paling sesuai adalah masa bahagia bersiaran atau buat blogwalking dari blog ke blog kegemaran. Ya lah! banyak membaca luas pandangan banyak pengetahuan. Jangan kita senget kan minda seperti apabila selesai baca entri teman maya, kita cari kelemahan dalam blog itu, kita fikir cara negatif terhadap blog tersebut. Cara ini tak baik, tidak menyihatkan sebaliknya ambil iktibar ambil ilmu dan muhasabah diri, saling menerima dan memberi adalah jalan terbaik mengendalikan diri dalam dunia blog. ( lagi intro ke ? )

Normal ke orang selalu terkerjar masa ni? Boleh anda stress baca jika tidak memahaminya. Betul lah sebab kita kejar masa hendak membaca paparan di blog kena ambil masa sesuai. Tidak sesuai lah membaca pagi-pagi sebegini seperti Etuza buat sedangkan ada kerja realiti ha REALITI di hadapan tau. Orang dah sedia anak isteri dah berpakaian minta hantar ke kelas memandu, Etuza masih duduk membaca ni. Ha ni lah jadi telinga dah berdesing kena sound " Bila lah nak jalan ni oooi!!" Ha awak dengar ke bebelan dah memecah hening pagi. Ni lah normalnya manusia sering mengejar masa. Lalu Etuza laju-laju kejar masa siap kan Enrti ni..banyak salah ejaan agaknya entri ni. Minta maaf ya..TAK TERKEJAR MASA..serius nak cepat dan pasti sempat lah entri ni.

Pasti Ada Masa Anda Yang Sesuai Membaca Di Laman Sosial.

Masa ini memang Etuza mengejar masa, tetapi masih ada kesempatan siapkan entri ini. Ya membaca di blog menyenangkan minda kita, satu hobi yang baik dan membolehkan kita ceria dengan banyak informasi terbaru. Minda bagaikan segar dan tidaklah jadi "Seperti katak bawah tempurung" Asyik takut dunia luar. Kita akur bahawa inilah normalnya kehidupan kita, biasakan lah diri menerima hakikat bahawa perkara yang kita suka itu, kita minat itu kita tinggalkan dahulu dan laksanakan tugas tanggungjawab yang lebih membahagiakan keluarga, membahagiakan anak-anak kita. Blog kemudian ya...

Jangan Kejar Masa Sebaliknya Selalu Bersama Masa 

Sebenarnya tidak baik untuk kesihatan selalu kejar masa. Mohon kita usah kejar masa, masa yang kita kejar tidak pernah berhenti ya. Masa itu bukan seperti kereta yang beroda, masih boleh berhenti di tepi jalan. tetapi masa itu hakikatnya tidak bermata tidak berhati tidak ada belas kasihan. Anda kejar lagi memedihkan hati, lagi anda terseksa. Beginilah...

Blog : Tinggalkan dahulu, buat kerja utama dalam kehidupan anda dahulu.
Baca paparan blog : Akan ada masa kemudian apabila selesai semua urusan. Petang, malam dan awal pagi semuanya ada masa bersama kita dengan keadaan yang aman dan damai,

Urus Blog : Pasti ada, tiada yang berani ganggu kita apabila sebenarnya masa itu milik kita bersama untuk urus blog kesayangan anda. Tipu lah jika langsung tiada masa. Ada kan orang blogger updated entri blog dekat bas station. Ada masa dia tengah tunggu bas tiba atau tengah tunggu ayah datang jemput.
Blogwalking : Ya pasti ada selepas semua diurus. Insha Allah kunjungan akan tiba, pastikan selalu bersabar dan muhasabah diri.Blogger ni kena bijak mind dia.Jika tidak asyik negatif saja..lari lah teman blogger kita. 

Ok Siap lah entri etuza mengejar masa. Mujur yang menunggu belum siap sepenuhnya, maklumlah wanita, mestilah dah berpakiaan ada lagi nak pasang  lain. Tudung, beg, nak bersolek pun ada masa beberapa minit kan. Dalam menunggu siap lah entri ini. Alhamdulillah syukur ya Allah ada masa juga hari ini satu entri kemasukan di laman Etuza. Lain sekali kesantaian entri kali ini. Rugi yang tidak baca. Bye.Asalamualaikum.

( Etuza nak pesan, usah meniru cara Etuza kejar masa siapkan entri. Nanti ayat tunggang langgang, buat entri elok-elok ya)

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. cik akak memang suka buat entri sepintas lalu..hahaha

    BalasPadam
  2. Ha3 lama betul. Mama bersiap, kalau saya, simple jer, kdg2 nak cepat tempek bedak sepintas lalu, taruk gincu senipis mgkn, 5 minit, siap....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita gang kak alya,
      yana tak tempek ape pun heheh, percaya pada naturalbeauty yang tak berapa beauty ni hhehee

      Padam
  3. kadang-kadang rasa mcm tak cukup masa :(

    BalasPadam
  4. Saya yg surirumah ni pun selalu mengejar masa apatah lagi yg bekerja....

    BalasPadam
  5. assalam...tidak perlu mengejar masa jika setiap sesuatu hal yg ingin kita lakukan sudah terjadul menjadi rutin kita...

    BalasPadam
  6. salam singgah , saya pun macam cikgu kadang kadang tetiba ayah cakap nak keluar taip sepantasnya hhee

    BalasPadam
  7. 24jam sudah mencukupi kalau kita ada pengurusan masa..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.