Mohammad Hasif Tabahkan Hatimu & Al-Fatihah

Mohammad Hasif Tabahkan Hatimu & Al-Fatihah

Berita di TV Mohammad Hasif 9 tahun terselamat..
amat simpati..Ya Allah tabahkan hati Mohammad Hasif.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Berita di TV memang tidak pernah Etuza lepaskan untuk menonton dan mendengar berita baik di dalam negera atau di luar negara. Berita kali ini amat memilukan rakyat Malaysia. Dan apa lagi kepada saudara kepada mereka mangsa yang terkorban, serta mati lemas dan mati tertikam. 

Berbagai Berita Pilu Dan Targis

1. Gambar di atas adalah hasil gambar dari berita di TV awal malam ini. Mohammad Hasif berusia 9 tahun terselamat dalam mangsa lemas ibu dan ayah serta tiga orang kakak Mohammad Hasif di Taman Belukar Bukit Hulu, Terangganu.( Tragedi ngeri )
2. Berita kematian peserta persembahan silat di Labuan. remaja berusia 17 tahun tertikam oleh kawan sendiri dan meninggal ketika di hantar di Hospital Labuan. ( Sungguh pilu )
3. 16 pelancong Malaysia terkorban dalam  kemalangan bas terjunam di gaung yang berlaku di  Thailand serta 8 cedera. Kejadian berlaku hari ini. ( amat tragis)

Memetik Berita Di Sinar Online

KUALA NERUS - Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang di sini kira-kira 1.30 pagi tadi.

Jenazah Abdul Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adia @ Salwati Awang, 39, dan tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Aina, 11 dan Nurul Izah, 10, dikebumikan dalam satu liang lahad di kampung isterinya. ( Sumber Sinar Online ) 20 hb Disember 2015.

Mohammad Hasif Tabahkan Hatimu

Kepada adik Muhammad Hasif dan keluarga arwah, tabahkan hatimu, ini adalah ujian terberat Allah bagi adik Hasif. Keluarga arwah mohon kita agar jagai Hasif dengan baik, usah lukai lagi hatinya. Hatinya dalam masa ini terlalu pedih memikirkan keadaan bagaimana ayah dan ibu serta tiga kakaknya bertarung maut menyelamatkan diri dalam air berpusar di Taman Belukar Bukit Hulu, Terangganu. Bersabar lah ya Hasif..seluruh rakyat Malaysia amat bersimpati dan mendoakan arwah semoga mereka diampunkan dosa dan ditempatkan di sisi orang yang beriman.

" Ya Allah tabahkan hatinya, hambaMu yang begitu muda, hambaMu yang berusia 9 tahun kini kehilangan kasih sayang ayah dan ibunya. Berilah Hasif ketabahan dan kecekalan dalam meneruskan hasrat hidup ayahnya "( seorang imam ). Amin.
Maha Penting :- Berita di TV menjelaskan bahawa  Taman Belukar Bukit Hulu, ( Mesti Baca )Terangganu yang terkenal sebagai tempat perkelahan dan mandi manda adalah di tutup serta merta, buat sementara waktu.

Allah tidak menjadikan sesuatu ujian melainkan sebagai ujian agar kita yang tinggal ini, lebihkan amalan yang baik. Marilah hadiahkan al-fatihah kepada semua arwah.Semoga mereka di alam barzak ditempatkan oleh Allah di sisi orang yang beriman. Amin.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.