Masjid Baru Dapur Baru Ayah Mentua Semakin Siap

Masjid Baru Dapur Baru ayah Mentua Semakin Siap
Asalamualaikum Semua...
inilah keadaan dapur baru ayah mentua
Ada bilik dua buah, ruang tamu dapur dan ruang memasak. 

Wajah Baru Dapur Baru Ayah Mentua Etuza.

Kunjungan kedua Etuza bersama Isteri Etuza ke rumah ayah mentua di atas bukit indah pada hari khamis yang lalu, bukan jauh sangat rumah ayah mentua ini, tetapi hanya sukar hendak guna kereta naik ke atas di laman rumah. Anda tengok sahaja keadaan jalan raya yang agak berlubang memang payah hendak naik.

Kunjungan kali ini, nampaknya pekerja yang membina dapur baru ayah mentua tidak ada. Kata ayah mentua bahan binaan seperti batu pasir dan simen telah habis. Papan lapis untuk syiling dan untuk dinding pada bilik yang dibuat juga telah habis. Etuza dan isteri kemudian ke Keningau untuk membeli 25 set simen 14 keping papan lapis ( plywood ) dan 5 tan pasir halus. Harga melebih ribu ringgit. Kelihatan ayah mentua amat gembira dan katanya esok pasti pekerja itu akan datang. Hampir siap lah kelihatannya. Bumbung pun sudah siap hanya lantai yang belum di simen. Dalam agakan Etuza dalam tempoh dua minggu akan siap lah dapur baru ayah mentua yang Etuza umpamakan Masjid baru untuk ayah mentua. Syukran Alhamdulillah.

sebahagian dalam dapur ayah mentua..nampak sebenarnya
seolah sebuah rumah ampai..

memang sukar naik kereta ke atas..letak tepi jalan saja lah..
bumbung dah di pasang..ayah mentua nampak happy..kami bersalaman
ingat nangka lagi tak artikal lalu..makin besar tu tau!
pintu dekat isteri Etuza itu tempat masuk ke tempat mandi dan tandas.
Kiranya lengkap lah ..tak perlu ayah mentua pakai lampu suluh
ke tandas di luar lepas ni..alhamdulillah...

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Alhamdulillah hampir siap dah ye..

    Bertuah mertua punya anak menantu yang memahami & pemurah.

    BalasPadam
  2. salam cikgu moga dipermudah urusan pembinaan .

    BalasPadam
  3. Salam singgah petang cikgu...Alhamdulillah....rumah mertua cikgu dah hampir siap...semoga di permudahkan segalanya..

    BalasPadam
  4. Nangka nasak lemak sedap tu cikgu...
    Alhamdulillah dah hampir siap...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ada kemajuannya.. tak lama lagi siap la tu..

    BalasPadam
  6. Wah.....nie umah dapur ke satu rumah...kemain lagi besarnya cikgu

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..moga cepat siap..kat sana tak hujan ke Etuza..sini tiap2 hari hujan.

    BalasPadam
  8. rnovasi rumah menjadi lebih baru dengan dibangunnya pula masjid dan dapur yang dijadikan menjadi baru tentu sangat menyenangkan sang mentua...hahay

    BalasPadam
  9. Alhamdullilah hampir siap..besar manfaat yang Etuza berikan

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...lebih selesa lepas ni

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.