Sembang Berhemah Hal Anak-Anak Di Beranda Surau


Asalamualaikum Semua.

Sembang  Berhemah Hal Anak-Anak Di Beranda Surau 

Sewaktu di surau Kg. Penagatan Ulu, malam ini sekitar Ishak hingga jam 9.20 malam ada Etuza berbual dengan teman yang sama-sama berjemaah solat Ishak dan majlis membaca Yasin malam Jumaat di surau tersebut. Kami bercerita biasa sahaja, hal anak-anak sahaja. Saudara tu ada bertanya pasal anak -anak Etuza. Etuza bagitahu perkembangan anak-anak Etuza termasuklah anakanda Irfan yang sama-sama Etuza ke surau. Saudara itu juga ceritakan anak-anak dia.

Kejayaan Anak Bahagia Ibubapa.

Baru Etuza tahu anak lelaki saudara yang seumur dengan anakanda Etuza Ikmal sudah dipanggil kursus Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan tahun ini. Katanya baru mulai kursus. Tetapi anak perempuan ketiga dia telah tamat kursus Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan dan kini sedang menunggu di mana nanti ditempatkan oleh SPA bertugas di Hospital.Nampaknya ada dua lah anak saudara itu menjawat jawapan Pembantu Pegawai Kesihatan nanti tidak lama lagi. Lalu Etuza ucapkan tahniah pada saudara tersebut atas rezeki anak-anak dia. Kedua-dua anak saudara itu adalah bekas murid Etuza semasa Etuza mengajar mata pelajaran Sains di kelas anak saudara dahulu. Bangga Etuza sudah berjaya anak-anak saudara ini.

( Terima kasih kepada Umi Alya kerana memberi cadangan edit entri ini, rupanya ada masalah dalam iklan yang Etuza siarkan hal latihan separa perubatan. Mohon maaf atas kesilapan itu. Etuza sekadar mendapatkan infor mengenai jenis2 kursus yang ditawarkan.Terima kasih Umi  blogger Dairi Hidupku )

Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. Wah, ni juga salah satu amal jariah ni, tolong permudahkan urusan orang, in shaa Allah urusan kita Allah permudahkan.

    BalasPadam
  2. Cepat, cepat anbik peluang sesiapa yg berminat.

    BalasPadam
  3. Ada pembetulan..

    Abis tamat akan di lntikn e jawatan Penolong Pegawai Perubatan U29 (Pembantu Perubatan) bukannya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Inspektor Kesihatan), dorang tersilap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo begitu ..mula2 baca tu keliru, Etuza fikir tak kan begitu, jadi etuza fikir SPA dah bijak dari Etuza so copy ja lah.ada juga ya masalah bila kita main copy saja. Takkan copy lagi macam ini..

      Padam
    2. Bukan salah Cikgu, pihak SPA tidak edit kesilapan info tersebut & juga tidak buat penambahan..

      Padam
    3. Sebaiknya Cikgu edit info di atas sebab ia boleh mengelirukan mereka yang amat memerlukan maklumat.

      Padam
    4. cadangan yg sangat baik dah tukar tajuk entri ni Umi..rasanya pihak SPA pun tak suka di copy kan..lepas tu agak panjang ada ganggun dalam templet etuza

      Padam
    5. Urmmmmm saya cuma minta edit sikit jer pada perenggan bawah sekali mengenai kesilapan pada pelantikan jawatan selepas berjaya menamatkan latihan Pen. Peg. Perubatan selama 3 tahun..

      Maaf sebab selalu susahkan Cikgu..

      Padam
    6. Pembetulan seperti komen di atas sekali.

      Padam
  4. Ada penambahan 1 lagi tempat latihan iaitu di Johor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umi saya abil copy ja di laman SPA..terima kasih ada penambahan infor..cara Umi yang kita nak..terima kasih ya. Saya copy ja tu, tu sebab ada backup warna putih tu..

      Padam
    2. Ha'aaaa saya tau Cikgu copy paste, sebab itu saya dapat detect kesilapan tersebut.

      Nak lebih tepat taip: latihan.moh.gov

      Padam
  5. Tahniah buat anak buah Cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya, anak buah cikgu tu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran k (Inspektor Kesihatan)?

      Kalu gitu samalah dgn adik ipar + biras saya.

      Padam
  6. Asalammualaikum..cik akak nak tanya....cikgu ada baca balik tak entri cikgu lepas taip.... sebab cik akak peratikan..setiap entri cikgu pastinya ada salah ejaan @ typo...maaflah kalau cik akak menegur....sebab cik akak memamg suka baca entri setiap kali cikgu publish...

    Cara cik akak mengelakkan salah ejaan cik akak baca entri cik akak yang dah publish...then edit mana yang salah eja atau yang tertinggal huruf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam..inshaAllah ya CA ni lah kelemahan dalam blog saya ni, typo..ada ja. Saya akuinya..ada baca tetapi masih ada jg salah ejaan. akan perbaiki..yang dah tahu tu mereka lali dah dengan kelemahan Etuza ni..terima kasih ya CA

      Padam
    2. entri ini hal iklan separa perubatan ada tak salah ejaan ni CA.?
      Ayat bermula sila klik di bawah untuk maklumat lanjut hingga ke last catatan tu Etuza copy dari laman SPA ya. Saya tak tahu jika ada salah ejaan dalam iklan tu. Kejap saya periksa ya..

      Padam
  7. Bukan senang nak kerja dgn kerajaan sekarang, permohonan banyak, jawatan terhad. Di zaman ekonomi negara semakin menjunam ini peruntukan utk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) banyak yg dipotong, kata isteri yg bekerja dgn KKM pengambilan baru dibekukan secara tak rasmi. Bertuahlah mereka yg dapat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jabatan kamipun gitu juga JR, penambahan perjawatan dibekukan..

      Padam
  8. perkongsian yang baik cikgu etuza

    BalasPadam
  9. Asalamualaikum semua ..hendak 100 % sempurna tiada di dalam dunia ini, saya mohon maaf atas kesilapan ejaan. Kita kena terima hakikat bahawa inilah salah satu ketidak sempurnaan manusia seperti Etuza.
    InshaAllah akan perbaiki ejaan dari masa ke samasa..semua teguran amat dihargai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga dengan saya Cikgu, berjaga2pun tetap ada kesilapan ejaan.

      Bak lirik lagu Zaiton Sameon "AKU INSAN YANG LEMAH...."

      Padam
  10. TQ atas info cikgu... adik ada minta Pen Peg Perubatan ni tapi nampaknya tiada rezeki...
    ** ttg kesilapan ejaan.. insyaAllah boleh di perbaiki dari masa ke semasa kan cikgu... :)

    BalasPadam
  11. Boleh la apply siapa yang berminat tu..:)

    BalasPadam
  12. pernah usulkan kepada adik supaya aply Latihan seara perubatan ni tetapi dia tak minat...

    BalasPadam
  13. syukur dan gembira kan bila tahu anak buah berjaya

    BalasPadam
  14. JM pun minat bidang ni tetapi dulu tak tahu sangat pasal SPA ni jadinya tak de lah apply

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.