Kejutan Dari Sahabat Blogger Malaysia

Kejutan Dari Sahabat Blogger Malaysia

Kejutan Dari Sahabat Blogger Malaysia


Asalamualaikum & salam sejahtera semua.

Kejutan Kerana Masih Disimpan
        
Pada Etuza tindakan blogger yang masih menyimpan reka ciptanya dalam blog itu adalah perbuatan mengkagumkan dan sangat hebat. Bayangkan header blog kita sendiri yang dibuat oleh blogger tersebut masih ada dalam simpanan dan diletak pula paling atas berdekatan dengan header pemilik blog itu. Bukan kah itu sesuatu yang sangat mengharukan! atau bagi anda itu langsung tidak bernilai, tiada harga dan tidak perlu pun kecoh satu Malaysia khabarkan sesuatu yang pernah anda lihat pun sebelum ini. (Huuu!! Intro meletup)

Cuba tengok slide bergerak di atas ( gambar / imej) bermula blog Hikayat Seorang Budak, Blog Mila Hilas, Blog Anamizu, Blog Acik watie, Blog Dr. Shikin Zainal dan lastly Blog Etuza Pesona & Mustika. Etuza sangat terkejut kerana Blogger Safirulamar yang Etuza kenali sejak 2013 RUPANYA ( ha besar kan perkataan) masih lagi simpan banner Etuza Pesona & Mustika itu dalam blog Safirulamar. Sejujurnya Etuza amat hargainya kerana sedar atau tidak satu Malaysia melihat slide bergerak itu dan antara yang terukir adalah header blog Etuza. Bukanlah kita riak ujub bila ada perkara ini, tetapi Safirulamar buat Etuza termanggu sejenak. Sebab sebenarnya Etuza ada menyepi sejak Mac hingga Ogos 2015 dari berblog. haram satu pun tiada entri Etuza dalam blog selama itu. Tapi Ya Allah..syukur masih ada blogger yang masih ingat dengan Etuza rupanya iaitu Blogger Safirulamar.( Klik Blog Saf)

Ucapan Terima Kasih Blogger Safirulamar.

Lagi satu nak bagi tahu, Blogger Sabahan ini jarang mendapat tempat dan kedudukan di hati para blogger Malaysia, apatah lagi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Antara faktor nya ialah Blogger Sabahan, tidak aktif dan jarang melibatkan diri dalam pertemuan antara blogger sebagaimana di Semenanjung Malaysia yang sering kita lihat karisma mereka dalam membuat pertemuan dan makan amal bersama sesama blogger.Boleh dikatakan blogger di Sabah antaranya Etuza berblog sekadar minat dan ikut mood. Ada idea ada entri,tiada mood berbulan bertahun tidak updatedkan blog.TETAPI Blogger Safirulamar..luarbiasa header Etuza ( blogger Sabah) dia tidak ketepikan langsung. Masih ada dalam simpanan laman blog Safirulamar. Hebat kan..Anda tidak rasa kah ukuhuwa itu?..Sayang jika anda tiada langsung perasaan menghargainya.

Kepada Safirulamar, ayuh kemudikan layar blog anda semula. Welcome back dan lontarkan apa juga entri yang bermanfaat kepada diri, kepada umum di Malaysia ini khasnya. Safirulamar sekali lagi TERIMA KASIH save header Etuza Pesona & Mustika itu. Bagaikan satu mustika kepada Etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

terharunya dihargai rakan blogger sebegini...tahniah cg.Etuza!

Menarik..bukan mudah nak dihargai oleh blogger lain seperti ini cikgu..apa2 ukhwah terjalin dengan keikhlasan

Terima kasih safirulamar memang blogger hebat, semoga blogger saf terus bersinar dalam dunia blogger...

sejujurnya agak terkejut, saya lama menyepi dahulu blogger saf masih simpan slide header saya..hebat blogger safirul...

tiada apa yang harus di beri pujian ...itu cara bg menghargai blog yang rajin mengunjungi blog saya...:)

semoga kita kekal sebagai sahabat alam maya...keep in touch..

Penghargaan seorang shbt blogger yg sebenarnya tu cikgu..

Tahniah cikgu , moga terus bersemangat

salam , moga terus semnagat cikgu

Saya sangat2 hargainya...terima kasih saf..inshaAllah akan kunjungi blog Saf..baca dan dapatkan tips hebat Saf di blog

nikmat ukhuwah..ketulusan hati dan kasih sayang sesama ukhuwah..moga terus erat silaturrahim..tahniah cikgu...

Assalamualaikum Tuan Tanah Blog, Cikgu Etuza, tahniah dan semoga terus berblogging dan memberikan inspirasi kepada blogger-blogger baru seperti saya..

Tahniah Cikgu. Moga ukhwah dan persahabatan berkekalan..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger