Kad Berhikmah Anugerah Komen Unggul Disember 2015 ( Gelas Kaca Milik Siapa Pula?)

Kad Berhikmah Anugerah Komen Unggul Disember 2015 ( Gelas Kaca Milik Siapa Pula?)

Kad  Kata Berhikmah Anugerah Komen Unggul Disember 2015

Ini adalah antara kad kata berhikmah akan di beri kepada
blogger yang berjaya menjadi peserta komen unggul Disember 2015
Asalamualaikum semua warga maya. 

Kad Berhikmah Anugerah Kepada Pengomen Unggul Disember 2015.

   Etuza terfikir pula apabila hendak memberikan anugerah khas kepada rakan atau teman blogger yang menjadi 10 terbaik komen unggul pada kali ke tiga Disember 2015. Sesuai sekali rasanya memberi anugerah khas kepada teman blogger yang setia datang ke laman Etuza. Rasa pertalian kasih sayang, persahabatan dan persaudaraan rasanya kian erat dan erat. Sesungguhnya tidak bertemu secara berdepan tetapi kata bicara lontaran paparan cerita di blog bagaikan berselisih di alam maya. Mana yang dikenali umpama menyinggah di teratak maya Etuza lalu mewarnakan kotak fikiran dan minda. Ya! ada ilmu diberi ada nasihat diberi ada pesanan di beri ada penghargaan diberi dengan ikhlas hati mereka. Sungguh hebat dan amat luarbiasa.

Kenapa Hadiah Guna Kad Berhikmah?

Sebagai teman blogger yang agak mengenali kegemaran Etuza rasanya akan faham kenapa kali ini anugerah menggunakan kad berhikmah yang amat ringkas. Ada faktor sebenarnya, iaitu:-

1. Dalam komputer Etuza banyak gambar tersimpan dalam folder. Ada baiknya gambar-gambar menarik yang merangkumi gambar atau imej manusia, alam haiwan dan alam tumbuhan  itu dimanafaatkan dengan menyelitkan kata-kata hikmah atau sabda Nabi Junjungan kita Nabi SAW. Hanya dengan cara kreativiti Etuza sahaja mempersembahkan kad berhikmah itu agar kelihatan ada nilai dan berharga serta disukai oleh rakan blogger tersayang.

2. Etuza ingin percepatkan penghantaran dengan tidak lagi memikirkan apakah hadiah atau anugerah kepada blogger yang berminat ingin memiliki kad berhikmah ini.Proses penghantaran cepat dan inshaAllah rakan blogger pasti akan manfaatkan kata berhikmah ini. Dengan digunakan sebagai, koleksi penanda muka surat buku dibaca, sebagai koleksi hadiah-hadiah dari blogger sepanjang berblog setiap tahun.Mungkin akan dimasukkan ke dalam album kenangan dan akan menyimpan sebagai menghargai pemberian ikhlas. Hal ini biarlah blogger memikirkan sendiri. Jika bermakna bagi mereka pasti mereka ada cara menyimpan tiap hadiah yang diberikan.

3. Etuza niat menyampaikan unsur kata berhikmah dan sabda Nabi SAW. Lebih berkesan dan membawa erti dalam kehidupan teman blogger. Dengan itu dipersilakan secara terbuka siapa sahaja teman blogger baru dan lama untuk berinteraksi dengan Etuza di blog. 

Ini antara yang dicadangkan untuk anda..
semoga niat memberi ini diizinkan olehnNya.Amin

Blogwalking Etuza Tergendala Hari Ini, Kerana!


1. Ruangan komentar tiap laman atau blog kegemaran Etuza terhalang apabila ada imej padanan arahan pastikan bukan robot, tidak jelas dan langsung tiada paparan imej.Bagaimana nak pilih! gagal lah komentar Etuza. Antara blog yang Etuza hendak drop komen ialah blog Iryanty, blog Jari Manis, blog JR, blog Kamsiah dan bayak lagi blog yang Etuza klik tetapi semua komentar tidak menjadi.

2. Kepada teman blog, tidak perlu anda risau jika lambat kehadiran Etuza komen ke laman anda. Pastinya bukan wajib komen kita tetapi cukup kemungkinan kehadiran Etuza dan komen yang baik akan mengundang rasa anda dihargai dan gembira kerana ada blogger lain datang membaca artikal anda di blog. 

3. Sebagai blogger biasa yang tidak terkenal mana pun ini, Etuza tidak merasa kecil hati jika kiranya ada secara senyap mengata dan menghina laman Etuza sebagai blog perasan dan blog tiada erti kepada siapapun. Tidak apa, hak kita menilai tetapi niat Etuza untuk mewarnai dunia blog dan ingin memberi informasi  secara santai di blog. Selagi blog ini tidak menghina tidak memudaratkan kesihatan awam maka inshaAllah akan ada artikal lain yang akan tetap muncul. Tengok mood dan line internet. Pasti ada yang baru.Mohon maaf jika ada yang terklik laman Etuza tetapi sebenarnya insan itu meluat dan muak. Apakan daya Etuza tidak berniat mengundang rasa benci anda itu. Saya insan biasa yang serba kekurangan. Pastinya dalam susunan struktur kata,dan ejaan yang ada kesilapan itu mengundang muak anda pada blog Etuza. sebab itu tanpa berputus asa Etuza memohon maaf.

Blogger  Hebat Malaysia Yang Etuza Kenali. 

Blogger ini faham niat Etuza berblog, mereka sering memberikan nasihat dan teguran secara terbuka. Mereka pandai kemudikan perasaan dalam berblogging, mereka ini amat baik dan sentiasa tabah dalam hadapi masalah dalam berblog. Mereka hambaNya yang disayangi oleh Allah kerana mereka hadir tidak menyakiti hati setiap blogger. Disamping semua blogger ini menampilkan catatan di blog dengan cara mereka sendirin, bukan meniru dan bukan hasil cedokan dari laman blog lain. . Blogger yang Etuza maksudkan ialah:-
* Umi Alya
* Jari Manis
* Iryanty Ahmad
* Cikpinz
* Hamidi ( SP)
* Kamsiah Yusuf
* Atie Yusuf ( Sabahan blogger)
* Hainom Okje
* Saniah Ibrahim
* Bunda
*Insan Marhaen
*JR blogger
*Perdu Cinta
*TKK
* Cik Akak
*Mizz Aiza
* Calrase Patrik
* Cik Ash
*JMbelog
*KLim
*Paridah
*Zumal
*Abam Kie
*Anajingga
*Titisan Nurani
*Nurzakiah Hanum
*BinMuhamad
*CikguNorhazimah
*Mardiana Deana
*Kameq Deana
*Nick Nashram
*MaisarahSidi.com
*Akif Imtiyaz
*Mia Liana
*Mama Maszull
*Ikhwan Yusuf
* Hero Borneo
*Blog Sal
*Sani Yunus
*Khir Khalid
*ARMOHD
*Eraz Fadli
*Wawa ( Vitamin Wawa)
*Mesalim ( Mohon maaf jika salan ajaan nama dan nama blog - akan baiki )
* Chelembu Tea ( Blogger Seberang )
* Blog Suatu Perjalanan
* Blogger MV ( Sabahan Blogger)
* Fidah Shad
* Jafran ( Sabahan Blog )
*
Dan lain-lain lagi yang Etuza tidak sempat sebut. Bukan bermakna nama blogger yang tidak ada anda blogger yang tidak mesra, tetapi kita semua kesuntukan untuk melakukan kunjungan sebenarnya. Terbaik semua blogger Malaysia. Teruskan usaha melontarkan infor yang benar dan tepat. Terima kasih kunjungan anda membaca artikal ini.


Gelas Kaca Ni Milik Siapa Ya?...Salah seorang dari 10 blogger komen unggul pasti boleh memiliki anugerah khas ini.Teruskan usaha..bijak hari ini bijak lah hadiah..
Rebutlah peluang ..tak kan tak minat..Kena Cabaran lah...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

21 ulasan

wow terselit nama kak ana di sana.. seronok sebenarnya etuza menjalin ukhwah walau kita tak pernah bersua..alhamdulillah dipermudahkanNya waktu ini untuk kita mengisi perkongsian walau tanpa bicara :)

saya pun kadang tu tak sempat nak bw.

No.3: menghuna = menghina..

(Typo sikit, alorrrr sama dgn saya juga. kdg2 nak eja belalang, tertulis belang, ada dlm komen di laman JM)

Urmmmmm ada2 ajer saya ni, maaf...

Assalam cikgu Etuza..lama tul JM x singgah sini....bila baca entri ni..SEDIH sbb nama Jari Manis tak masuk dalam list yang panjang tu huhuh

patutlah JM baca komen kak UMi Alya berkali2...x faham hehehe

..ada ja salah eja ni Umi..baru nampak terima kasih ya, sebab bagitahu mana2 yang silap eja...) Typo ke kadang yng tak sengaja..tahnia umi tetapu unggul komen yang baik

tulah sama juga..sempat juga ..cuma masa tu pastikan bukan robot bila line tak berapa maka slow lah late lah jadinya ..ada tertunggak komen..bukan wajib pun tetapi dari kita jakan...

tahniah..tersenarai..betul blogger yang sudi komen tu semua blogger mesra

Assalamualaikum...wah good idea cikgu...erm kalau dapat ni leh buat penanda buku atau al quran...

Betul tu cikgu..yan juga hadapi benda yang sama bila nak letak komen kat blog kawan2...robot masih berleluasa....

Terima kasih cikgu...rasa terharu dengan entri ni....yan blogger baru...arap dapat tunjuk ajar dari blogger otai seperti cikgu....

Naik juga ranking nama cik akak...
Alhamdulillah....

Allahu..blogger yang masih banyak kurangnya PC ni cikgu..masih belajar dan in sya Allah akan sentiasa belajar...terima kasih cikgu..
Tiada yang sempurna melainkan DIA PENCIPTA..setiap keritikan itu sangat menyakitkan..pandang dari sudut positif in sya Allah kita semua berjaya baik dunia dan akhirat..teruskan berkongsi info ye cikgu...

salam cikgu terselit juga nama TKK kat situ , maaf kadang tak sempat nak singgah

JM x faham k?? mmg betulpun jika x fhm sbb 2 perkataan itu membawa maksud berbeza..

Jgn risau, Cikgu terlepas pandang jer tu, jap lg adalah list tersenarai JM

ahakss...x de apalah...saje nk bergurau dengan cikgu etuza tu

cikgu Etuza..JM rasa cikgu perlu betulkan widget Top commentar dis tu sbb JM baru je komen di blog ni for dis tetapi bilangan komen dah cecah 70++ mcm pelik je

moo blog walking JM down sbb keypad paaa keyboard byk rosak

Sangat setuju dengan cadangan cikgu etuza ni..:)

Kad hikmah sentiasa berada di meja kerja CP..Cloud 9 dah habis makan,..terima kasih Etuza

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger