Jemput Baca 3 Hits Artikal Di Blog Etuza!

 Hot 3 Hits Artikal Di Blog Etuza!


Asalamualaikum sekali lagi.

Amat bahagia rasanya serta rasa gembira bila blog kita mulai dikenali ramai. Sebagai blogger kita harus tahu secara sendiri bagaimana blog kita itu akan mulai dikenali. Hari ini Etuza agak terkejut dengan respond atau feedback pada bahagian catatan dan bilangan tontonan tiap entri atau artikal di blog Etuza. Etuza lihat dan perhati wow! melonjak bilangan tontonan pada 3 artikal Etuza. 

Kenapa ya begitu hot atau begitu disukai artikal ini. Etuza mulai bertanya dalam hati dan membuat kajian sedikit mengenai artikal tersebut. Sebab dalam banyak artikal Etuza yang lain tidak sebegini bilangan tontonan. Paling sedih ada artikal Etuza dalam blog ini hanya merai 20 bilangan tontonan umum dan tidak berganjak hingga sekarang. Sedih tak jika begitu. Blogger tidak perihatin pada sudut-sudut blog anda ..itu hak anda. Sedar atau tidak sebenarnya secara sendiri kita akan tahu prestasi blog kita. Ambil lah tahu sejauh mana kekuatan blog anda. Blog anda milik anda hak anda kan. 

Artikal Hot Mencanak Di Blog Etuza.



Analisis Kajian Kenapa Jumlah Tontonan Mencanak Pada Artikal Ini.

1. Pembaca tertarik hendak tengok atau melihat hal-hal perkahwinan. Masyarakat suka melihat acara-acara yang meriah dan pasti ada sesuatu yang menarik perhatian pada artikal mengenai Majlis Perkahwinan baik di blog Etuza atau di blog sahabat lain.

2. Hal-hal agama yang melibatkan Tokoh Agama tersohor negara, biasanya pembaca merasa tertarik dan terpanggil untuk membaca amanat atau pesanan dan nasihat yang memang original dari Tokoh Agama tersebut. Maksud Etuza tokoh agama itu ialah mereka yang menjadi penggiat keagamaan.Biasanya kata-kata mereka menyusuk ke sukma dan lazat meresap ke dalam hati kita. Contoh dalam blog Etuza memaparkan hal wanita dari Ustaz Azhar Idrus.

3. Bidang politik memang amat sensitif. Sama hebatnya dengan klik tontonan dalam bidang kesenian ( dunia artis ) Tetapi dalam artikl Etuza itu, hanya mengambil kata-kata pemimpin yang sangat hebat. Sesungguhnya kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak itu tiada siapa yang mampu menyangkal bahawa perbuatan memfitnah itu amat ditegah oleh semua agama. Bagus kan pemimpin memberi nasihat, ada unsur ilmu bermoral tinggi dari petikan kata-kata PM kita itu. Itu sebab klik tontonan pembacaan pada artikal ini mencanak naik. 


Kesimpulannya.

Kepada blogger, cuba-cubalah berjinak dengan artikal yang anda rasa akan menaikkan tontonan blog anda.Kerana niat berblog adalah untuk kita sampaikan sesuatu ilmu dan pengalaman kita kepada masyarakat. Biar apa anda katakan bahawa anda juga Etuza berblog secara suka-suka tetap dan pasti dalam hati ada niat ikhlas ingin sampaikan ilmu kepada umum. 


Jika anda berani cuba artikal secara santai hal Perkahwinan, Politik ( Pastikan yang anda ketahui melalui berita- ambil hikmah dalam ucapan pemimpin politik itu ) Elakkan ambil kenyataan politik yang tidak pasti. Cuba juga artikal hal agama hukum dan dunia artis. Artis yang menjadi role model negara seperti Siti Nurhalizah Tarudin. Artis Chef dan Pakar Agamawan yang terbilang. Pasti akan naik kan aura blog anda. ( maaf ya ..cadangan sahaja, bukan wajib untuk anda buat ) 
Selamat mencuba.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. assalamualaikum....
    abg jangan kecil hati...
    yang tidak di tag pun boleh menjawab...
    http://jmbelog.blogspot.my/2015/12/10-soalan-dari-jmbelog.html

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum... etuza,

    tahniah selangkah etuza semakin maju.. kehadapan.

    mselim3

    pls: selamat maju jaya.. yer.

    BalasPadam
  3. ASSALAM TIPS YG BAIK UTK DIKONGSI BAGI MENINGKATKAN TRAFIK BLOG.

    BalasPadam
  4. Tetap berbangga dengan blog personal walaupun suam2 kuku..

    urmmm sesuai dengan jiwa pemilik, perlukan privasi di dalam kehidupan.

    BalasPadam
  5. tips yang berguna. setiap blogger dengan topik masing-masing kan. blog saya pula hits semua dari resepi hehe :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..tahniah...makin naik lah ranking pageview lepas nie

    BalasPadam
  7. jika topik begitu menarik ramai pembaca..so CE boleh kongsi byk lagi cerita yg berkaitan

    BalasPadam
  8. tahniah..bagus tips dari cikgu ni..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.