Jangan Buang Terus

Jangan Buang Terus

Jangan Buang Terus

Botol \plastik terbuang..rupanya ada guna..
Asalamualaikum semuanya.

Selalu kita membeli minuman mineral dalam botol plastik hingga menjadi banyak mineral botol itu terkumpul berkotak-kotak. Lepas dikumpul kita hantar pula ke pembuangan sampah sarap di daerah kita masing-masing. Sangat rugi kerana kita telah bertindak salah tanpa memikirkan manfaat dan kegunaan botol mineral tersebut.

Jangan Buang Terus.

Sepatutnya sebagai insan yang terdidik dan tahu membuat penilaian apatah l;agi gesaan kerajaan untuk berjimat cermat, kita harus terfikir cara guna semual bahan terbuang atau setidak-tidaknya kita kumpul dan hantar ke agen Kilang Kitar Semula di te tempat masing-masing. Boleh dapat sejumlah duit. Apa yang diperhatikan biasanya kita terus membuang bahan yang kita fikir sudah tidak berguna. Jangan buang terus lepas ini.

Tengok kegunaan botol mineral yang sudah digunakan. Gambar botol mineral itu telah digunakan  semula, diukir dan dicorakkan dengan warna yang terang serta menarik. Walaupun mudah untuk gunakan semula tetapi cukup membantu kita mengurangkan sampah di tempat tinggal kita. Rupanya baik juga dimanfaatkan  botol mineral ini, selain kegunaan seperti dalam gambar, botol mineral juga berfungsi : 

1. Boleh dijadikan tabung duit syiling.
2. Boleh dijadikan tempat alat tulis seperti pen dan pensil.
3. Boleh dijual semula di kilang kitar semula
4. Boleh diukir menjadi jambangan bunga
5. Tempat tadah susu getah, bagi yang di kampung.
6. Tempat simpan air minuman
7. Ukirkan membentuk kelopak bunga raya boleh dijadikan hiasan di luar rumah anda.
8. Gunakan botol mineral sebagai pemberat pada banner yang dipasang agar banner dapat di baca.
9. Tempat simpan kristal berwarna -warni.Pasti menarik,,
10. Boleh dijadikan orang orang atau bahan berbunyi yang menghalau burung pipit di sawah padi.

Inilah kelebihan botol mineral. Jika kita dapat mengukirnya sendiri, alangkan kita merasa puas hati, dan kita telah amalkan cara berjimat dengan menggunakan bahan terbuang. Oleh yang demikian kita harus ingatkan diri bahawa " Jangan Buang Terus " harap ada kebaikan entri ini untuk anda.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

Waahh menarik ni..Cantik dan kreatif..Sorry Cikgu lama tak singgah sini..Lya busy tak smepat nak BW..Sempat taip entri dan publish jer Cikgu huhuhu..InsyaAllah ada masa Lya akan terjah blog Cikgu..Jangan merajuk ya Cikgu..Tak terjah bukan tak suka tak takde masa huhuhu..Thanks Cikgu masih sudi terjah Blog Lya..Alhamdulillah ..Akif sihat jer

Terima kasih ya Lya..pasti akan terjah blog kawan2

Canteknya botol plastik tu bila dh jadi digunting jadi bunga.
Kalau buat tempat tanam bunga ros jepun cantek juga kan .

yessss byk sgt kegunaan kalau recycle huhu

wow... kretipnya etuza...

salam Cikgu kreatif sungguh , saya main buang je , lagi pun tak banyak sebab jarang beli air botol ni

Kalau rajin dan kreatif, pasti barang terbuang pun ada manfaatnya..:)

Kreatif dan inovatif..barang terbuang pun ada manfaatnya

Apa boleh dibuat..andai kreatif

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (302) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (185) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (177) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Makanan (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger