Jalan-Jalan Cuci Mata Di Kundasang Ranau, Sabah

Jalan-Jalan Cuci Mata Di Kundasang Ranau, Sabah

Jalan-Jalan Cuci Mata Di Kundasang Ranau, Sabah

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua.

November 2015 baru berlalu, Etuza dan keluarga ada ke Kundasang Ranau ketika keluarga Etuza mengikuti rombongan peminangan antara anak lelaki kakak Etuza dan gadis pilihannya di Pinousuk Ranau. 3 KM dari kampung Pinousuk Ranau akan sampai di Kundasang Ranau.Etuza berusaha menunaikan niat isteri dan anak-anak Etuza untuk pergi membeli sayur dan makanan yang lazat-lazat di Kundasang Ranau, khasnya di gerai-gerai yang terkenal di tepi jalan Kundasang Ranau.

Wah! hebat sekali bahan jualan di gerai-gerai yang berderet di tepi jalan. Ramai orang singgah. Agaknya kalau Etuza gelar tempat ni Gerai Singah Di Kundasang Ranau boleh juga agaknya. Sebabnya ramai betul singgah para pelancong. Siap membeli berbagai jualan yang ada. Macam-macam ada, siapa yang singgah tidak membeli agak rugi sebab ada diskount bila kita beli.Setiap yang berharga RM3.00 kalau kita beli 4 bungkus dapat RM10.00. Jika bahan jualan yang berharga RM2.00 jika ambil 3 bungkus dapat RM5.00. Murah tu. Mama seperti biasa akan beli anak benih bunga-bungaan. Ada lah dalam dua kotak dan 4 jenis benih bunga mama beli. Makanan yang ada semua sedap sangat. Jemput lihat gambar-gambar berbicara sepanjang masa kami jalan-jalan cari makan dan cuci mata di Kundasang Ranau.Lembah Gunung Kinabalu, Sabah.

Terjua juga di Kundasang Ranau..segar tau di sini..
Banyak buah dan sayuran di jual di gerai Singgah Kundasang ini
ha tengok lah apa mama beli tu...
Tengok ramainya..Aliya dan Sofia juga ada bersama serta ayah Etuza
Seronok ayah jalan-jalan bersama cucu dia.hehehe







Bunga, buah-buahan, sayuran paling banyak dijual di Gerai Singgah Kundasang Ranau. Kepada sesiapa yang hendak ke Sabah, jangan lupa singgah di Gerai Singgah Kundasang, Ranau, pasti anda teruja melihat saujana pemandangan di lembah ini.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

Entah le, bila agaknya kami dapat ke sana?

Rambutan kelapa, tengah berfikir kat sini kami panggil apa?

Banyak sungguh hasilan yang segar..Geramnya tengok. Di Cameron Highland sudah susah nak.jumpa yang segar2 lagi. Kundasang lebih Win lagi.

salam cikgu, suka saya tengok pemandangan tu , sejuk rasanya

Kat kundasang tu...memang best...cik akak penah gi sana...tapi bila agaknya nak melancong sana balik..hihi

Aha..kat sana org kata ada jual madu hitam. Betul ke? Last trip ke Kundasang pd Oktober 2010.

Seronok sakan la anak-anak cikgu etuza tu kan..:)

Bila la nak berkesempatan sampai ke Kundasang..

Kundasang salah satu tempat yang paling teringin ana lawati suatu hari nanti, jika izinNya :) amiin .

klu saya pi tempat mcm ni , memang memboronglah jawabnya . ada juga buah cinta ya ...

murahnya 4 bungkus rm10..ishh kalau JM ke sana mmg borong penuh bonet

buah cinta!!! tak pernah mkn

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger