Imbasan Detik Gembira 2015 Usah Dulu Dilupakan

Imbasan Detik Gembira 2015 Usah Dulu Dilupakan
17hb Disember 2015 tarikh indah dan terakhir tahun 2015
Asalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Sebenarnya kita sebagai kakitangan kerajaan perkhidmatan awam, memang tiap tarikh setiap bulan pemberian gaji amat kita tunggu-tunggu. Tipu lah jika tidak menunggu tarikh yang dikatakan seolah tarikh keramat bagi pihak individu tertentu. Maksudnya tarikh tersebut akan menjadikan kita mampu memuatkan ringgit gaji hingga tebal di dalam dompet milik kita. Atau tarikh itu dapat kita anggap tarikh yang istemewa kerana apa kita mahu atau apa kita hajatkan akan tertunai di depan mata. Jadi tipu jika tidak merasa menunggu saat ketibaan tarikh dalam setahun mengenai gaji setiap bulan.

17hb Disember 2015

Detik ini tidak lama lagi akan tiba. Memang ramai menantikan saat ini. Merupakan tarikh akhir kita diberikan gaji tahun 2015. Kerana selepas Disember bulan Januari 2016 akan menjelang dan tarikh gaji baru pula kita mulakan pada bulan Januari 2015. 

Buat apa hebdak ingatkan teman tentang 17hb Disember 2015, sepatutnya tidak perlu pada anda, tetapi perlu pada sesetengah orang lain kerana Disember 2015 sebaik sahaja diberikan gaji, akan mulailah kita sibuk mengurus bermacam-macam keperluan yang mesti perlukan kita keluarkan buget dibulan Disember.

Kita harus ingat perkara-perkara yang mendesak untuk kita gunakan kewangan antaranya ialah:-

1. Anda merayakan sambutan Hari Krismas ( Penganut Bukan Agama Islam)
2. Keperluan persekolahan anak-anak untuk 2016
3. Keperluan pembayaran yuran atau yuran daftar sekolah dan IPTA anak anda.
4. Keperluan pembelian hadiah kepada yang menyambut Majlis Hari Lahir
5. Buget atau peruntukan kenduri kesyukuran akhir tahun dan sambutan tahun baru.
6. Keperluan rumah terutama kelengkapan di dapur anda.

Lihat banyak keperluan yang harus kita hadapi pada Disember 2015. Dan antara tarikh pilihan yang terbaik bagi kita ialah pada tarikh selepas 17hb Disember 2015. Dalam sibuk kita harus ingat aturkan juga sejumlah wang kita untuk dijadikan simpanan di bank. Kebaikannya ialah untuk anak-anak serta kegunaan di masa kita memerlukan.

Selamat tinggal detik indah dan tarikh bahagia di tahun 2015. Dan selamat datang detik indah dan tarikh istemewa 2016 yang akan menjelang. 

Detik indah dan tarikh istemewa setiap bulan 2016

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Betul tu Cikgu, hujung2 tahun ni banyak nak guna duit..

    BalasPadam
  2. assalam sudah xlama lagi tahun ini akn ditinggalkan dgn kenangan pahit manisnya...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, lambat atau cepat masuk juga rezeki kan Etuza, adat makan gaji macam ni lah.. :)

    BalasPadam
  4. dapat gaji pastu dapat lagi cuti panjang boleh uruskan pembelian barang sekolah anak..duit du duduk dalam bank x sampai seminggu dah kering

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seminggu erkkkkk, seharipun boleh abis dik kalu x dikawal perbelanjaan..

      Padam
  5. tik tok tik tok sedar-sedar Jan 2016

    BalasPadam
  6. alhamdullilah..kena pandai berjimat

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.