Hasil Blog Walking Hari Ini

Hasil Blog Walking Hari Ini

Hasil Blog Walking Hari Ini

Selepas balik dari urusan di Bandar Keningau hari ini, Etuza ambil masa seketika berehat menonton TV.

Kemudian kami sekeluarga dijamu oleh mama dengan hidangan soto ayam di petang hari ini. Lazat juga sota mama petang ini. Apapun lebih banyak makan adalah anak-anak Etuza. Gembira sekali mereka dihidangkan oleh mama juadah soto ayam mama sekitar jam 3.30 petang. 

Selepas itu tunaikan solat asar dan ambil buku membaca. Buku dalam laci bertajuk " Membina Peribadi  Anggun" Tidak sempat baca banyak muka surat. Kemudian mulai berfikir apa kah yang hendak di muatkan dalam blog Etuza. Terfikir perkataan "BERSIN" terfikir juga dalam minda hendak klik laman blog Sifu Hasrul Hassan yang ada anjurkan GA RM100 kepada blogger bertuah ( Agaknya apa keputusan-nak tahu juga, sebab Etuza ada daftar join GA HH )Terfikir juga hendak kongsikan sesuatu yang bermanfaat kepada ramai pembaca dan masyarakat di luar kotak blog kita. Tingginya impian Etuza ini, dan itu adalah atas izinnya. Jika ada lah ilmu dalam blog ini alangkah bahagia dimanfaatkan oleh orang lain. Hasil dari kajian Etuza melalui blog walking petang ini ialah :-

Hal Bersin 

Kajian Etuza punca bersin awal pagi atau selepas mandi pada petang hari ialah seperti berikut:-

1.. Seseorang itu mengalami masalah allergic atau sensitif pada debu atau habuk dalam rumah, alahan pada serbuk kari,serbuk sari, udara dingin, tungau,bulu binatang atau udara kotor ketika kita tidur waktu malam.
2. Terdapat rambut halus pada rongga hidung dan sinus yang berfungsi untuk mengeluarkan kotoran dan lendir dalam hidung ketika malam tetapi terhalang akibat kita dalam keadaan tidur, sehingga pada awal pagi tubuh badan berusaha mengeluarkan debu yang terkumpul sehingga terjadilah bersin berkali-kali ketika pagi.

Klik pada laman SINI untuk infor lebih lengkap hal BERSIN. ( Usah kita remehkan)

Sesiapa yang pernah mengalami bersin pada awal pagi dan petang rasanya kenalah kita bertindak membersihkan ruangan rumah selalu. Memang akan berlaku keadaan udara dingin jika ada penghawa dingin dalam rumah serta adanya debu-debu yang memang sukar di elakkan. Etuza pernah alami bersin ini pada awal pagi dan terus membuat kajian penyebabnya. Untuk masa ini Etuza sering menggunakan produk Elken untuk mengatasi masalah kesihatan yang kurang menyenangkan. Alhamdulillah dengan izinNya ada perubahan yang drastik.

Produk hebat Elken itu ialah : Ester C 500 plus ( Vitamin terbaik penyerapan paling cepat kotoran dalam badan), tablet Spirulina Elken ( bekalkan energi -tenaga), Epa Dha Omega 3 Pupa( Protein / Nutrients). Tiga produk ini dalam rumah kita kena ada untuk elak sebarang masalah kesihatan.

Hal Kejayaan Blogger Di Malaysia.

1. Pembacaan Etuza di laman blog Sifu Hasrul Hassan, benar-benar gerakkan hati ini ada kaitan di blog HH kerana memang sudah dikeluarkan oleh sifu HH hari ini. Dan hanya 5 blogger yang berjaya mendapat GA RM100 itu di blog HH. Untuk anda yang ada mendaftar GA RM 100 kepada blogger di blog HH sila lah klik link SINI dan SINI. ( Semoga membantu ) Etuza dalam kedudukan senarai daftar no 18 berpuas hati dengan hanya tersenarai sahaja. 

2. Satu lagi kejayaan blogger Malaysia yang Etuza kira sesuatu yang luarbiasa ialah blog SINI. Sila klik dan baca apakah yang telah berlaku, mesti anda rasa teruja hendak lebih tahu bagaimana hebatnya penulisan blogger lelaki hebat ini.

3. Blogger dan blog Cerita Vitamin Wawa ada dalam bloglist Etuza. Jika anda hendak tahu kegembiraan blogger Wawa yang menang di GA blog Hasrul Hassan maka silakan klik SINI juga.

Tahniah kepada semua blogger di Malaysia yang berjaya dalam GA dan berjaya dalam penulisan dalam blog style lebih bermakna dan bermanfaat kepada sesebuah organisasi dan individu. Selamat Blog Walking. Selamat tunaikan solat maghrib.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

30 ulasan

Tahniah buat blogger yg berjaya..

isteri cikgu Etuza rajin dan pandai masak..soto ayam tu....sedapnya!!!

alhamdulillah sepanjang duduk dalam rumah x rasa nak bersih kecuali time masak sambal

senarai no 18? tak pe tiada rezeki..cuba lagi eh

blogger Wawa menang GA HH? wah!!! tahniah Wawa

cikgu Etuza...link utk ke blog luar biasa tu tak boleh klik...boleh edit semula tak LINK tu

Sebut pasal Elken, Insya Allah jika punya kesempatan nak singgah lagi di stokis untuk dapatkan beberapa produk bagi kegunaan kami.

Sekurang2nya dapat aktifkan keahlian.

tahniah yg berjaya n terima kasih banyak cikgu kirimkan kak hadiah...

Asalam JM..dah semak rupanya tak di pautkan ..Etuza lupa tu..terima kasih bagi ingatan

ya betul tu UMI tahnia ya...memang produk Elken bagus..kualiti nya tu..selain antarabangsa

rezeki Pn. Wawa ...hebat kan RM tu JM..bertuah..Hasrul Hasan pun hebat

tersenarai pun kira suka..sangat JM..duduk dalam laman Sifu Blog ni HH yng terkenal..hits pengunjung juta2

rumah JM bersih tu setiap hari..alhamdulullah

JM ni lah masakan kegemaran dia lah tu ...dua minggu mesti ada sekali nak masak soto..anak2 Etuza pun hummm! suka makan

rezeki blogger tu JR..saya mencuba tak da rezeki..akan cuba lagi lah jika HH anjurkan lagi..

Terima kasih Z farhana...sudi datang ke laman Etuza

In sha Allah siapa tahu lepas ni rezeki cikgu pulak...hihi..

Terima kasih cikgu etuza atas peringatan baru saya dapat tahu

Dapat juga ilmu mengenai bersin hari ini

salam baru sempat singgah , saya alah dengan debu cikgu hehe,

tahniah pada semua blogger yg berjaya..:)

Tahniah buat blogger-blogger yang berjaya dalam GA tu..:)

mmg x leh challenge...dia otai!

ahakss..sbb JM baca so trylah klik

Tahniah buat semua yang berjaya..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger