Etuza Menanti 24hb Disember 2015 Tarikh 12 Rabuilawal

Etuza Menanti 24hb Disember 2015 Tarikh 12 Rabuilawal 


Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Meredah halangan dan ujian menunggu line internet menjadi lebih baik, terasa ada kepenatan yang kita alami. Sepertinya sejak akhir-akhir ini ada sahaja cabaran untuk drop komen ke dalam ruangan komentar pada setiap blog kegemaran. Ada arahan imej kena tick agar bukan robot. Ini satu halangan pada Etuza sahaja atau ramai blogger lain yang hadapinya? Entahlah bagaimana mereka di sana. 

24hb Disember 2015 / 12 Rabiulawal 1437Hijrah.

Detik haribulan  24hb Disember 2015 yang jatuh pada hari khamis adalah tarikh yang amat hebat untuk Etuza kenangkan dan untuk Etuza nantikan pada tahun ini. Bulan Islam Rabiulawal 1437 H jatuh pada 12 Rabiulawal merupakan detik sejarah Umat Islam dan sejarah Dunia. Kerana 12 Rabiulawal adalah saat lahirnya seorang insan kamil insah yang menjadi kekasih Allah sekaligus insan itu menjadi kekasih umat Islam sejagat yang amati dirindui.Insan yang hebat itu, insan yang ketokohannya amat luarbiasa ialah Nabi Muhammad saw. Adakah anda sudah mengetahuinya? Mari kita serapkan dalam hati jiwa raga...berselawatlah ke atas Nabi Muhammad saw juga Rasullullah. Selamat menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad saw. 



Etuza Menanti 24hb Disember 2015 / 12 Rabiulawal 1437Hijrah.

Tarikh ini lah juga lahir anak lelaki Etuza yang kedua, iaitu Irfan. Jatuh pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah hari kelahiran Nabi Muhamad saw. Sangat hebat detik 24hb Disember 2015. Jatuh hari lahir Irfan hambaNya yang menjadi kaum Adam dan Umat Nabi Muhammad saw. Kelahiran Irfan mengingatkan Etuza saat Irfan dilahirkan oleh mama di Hospital Keningau. Etuza menitiskan airmata kerana Allah kurniakan anak lelaki anak ke empat selepas anak perempuan ketiga. 

Etuza menitis airmata kerana Allah kabulkan doa kami yang memohon anak lelaki pada anak kemi yang ke empat. Allah susun zuriat Etuza dari yang sulung perempuan, lelaki, perempuan dan ini lah Irfan anak lelaki ke dua Etuza dan anak ke empat kami. Subaahanallah Allah maha besar.

Selawat Ke Atas nabi Junjungan - Usah Hentikan ..Lafazkan Walau Di Mana.

Selawat ke atas Nabi Muhamad saw - usah hentikan sebaik duduk bersila di atas sejadah sucimu.


Selawat ke atas Nabi Muhammad saw - Usah hentikan sebaik selesai solatmu.

Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad saw - Usah hentikan tetapi lafazkan di bibirmu walau anda berada di mana - mana.


Fadilat selawat ke atas Nabi Junjungan akan memberikan kita syafaat nabi Muhammad saw di akhirat nanti. InshaAllah.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. InsyaAllah sama sama menanti ye cikgu,
    Sollu ala nabi.

    BalasPadam
  2. Semoga cikgu dalam keluarga sentiasa dalam keadaan berkasih sayang hingga syurga

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, bestnya dalam meraikan saat kelahiran baginda, sama raikan detik kelahiran anak kesayangan..

    BalasPadam
  4. Alhamdulilllah,.,bertapa agung keperibadian rasulullah...

    BalasPadam
  5. SENTIASA BERSELAWAT NABI MENANTI MAULID NABI SAW N BERTUAHNYA IRFAN BERKONGSI TARIKH LAHIR DGN JUNJUNGAN RASUL MULIA...

    BalasPadam
  6. InsyaAllah sama-sama kita nantikan dan jangan lupa untuk banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.