Deru Hujan Di Senja Hari Di Lembah Ini

Deru Hujan Di Senja Di Lembah Ini.

Suasana  hadapan rumah Etuza kala hujan di senja hari..
Segar mendengar dengan kedinginan yang sungguh nyaman..

Asalamualaikum semua & salam sejahtera.

Sajak : Karya Etuza
19hb Disember 2015
Gambar : Di hadapan Laman Etuza

Deru Hujan Di Lembah Sepi.

Titis-titis hujan petang ini..
Petanda agar semuanya ambil langkah berlindung..
Bagaikan isyarat kepada semua makhluk..
Kembalilah ke tempat tinggal..
Kerana hujan lebat pasti membasahi sekujur tubuh..
Titisan itu halus tanpa henti..
Awan kelabu menjadi tanda hujan lebat akan tiba ...
Lalu di lembah sepi ini..
Terasa dingin disapa bayu angin senja hari..
Semakin deras titis hujan..
Akhirnya sepi di lembah  ini pecah juga..
Deruan hujan di atap rumah begitu kuat menghapus 
Keheningan senja hari..
Hujanlah basahkan buana ini..
Segarkan pepohon hijau rumput melata..
Kekeringan dan gersang rerumput menjadi lembut..
Hebatnya hujan membasahi alam bumi ini..
Lihat hujan deras sekali..
Air bertali dari langit..
Kemudian menyimbah bumi..
Mengalir deras ke kuala dan anak sungai..
Memalit lumpur bersama ke arah sungai mengalir..
Itulah hakikatnya..
Itulah realitinya..
Itulah buktinya Dia maha hebat..
Mencurahkan kasih sayangNya seperti pemberian hujan ..
Melihat hujan dari langit itu..
Tercetus rasa kehambaan..
Terungkap segala rahsia..
Bahawa Dia lah yakni Allah..maha pemberi..
Maha pemurah dan penyayang..
Allah hu akhbar..Allah hu akhbar..
Maha suci Allah...
Maha hebatnya Allah..
Memberi dan terus memberi kepada kita ..
Kala hujan di senja hari..
Berdoalah dan mohonlah agar Allah..
Memberi kita keselamatan dan rezeki..
Yang tidak pernah bernoktah....
Terima kasih Allah..
Atas kurnia hujan di senja hari..
Hakikat ketika ini deruan hujan itu telah berakir..

Karya Cipta: Etuza

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Tempat CP sudah beberapa hari tidak hujan.

    Bagus sajak Etuza.

    BalasPadam






  2. assalam...hujan di senja hari rahmat dari Ilahi.


    BalasPadam
  3. puitis karya cikgu etuza, thumbs up :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...musim panas dah berlalu...sejuk sikit bila hujan

    BalasPadam
  5. kalau musim hujan..mesti stok cemilan banyak kat rumah..manjang lapo

    BalasPadam
  6. Salam cikgu semenwnjung belah timur pon dh start berangin hujan

    BalasPadam
  7. Singgah petanng, salam maghrib... as salam...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.