Cerita Semalam 12 Rabiuawal 1437H /24 Disember 2015

Cerita Semalam 12 Rabiuawal 1437H /24 Disember 2015


Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam yang berlalu, hanya menjadi kenangan yang mampu menjadikan kita bahagia mengingatinya. Semalam itu adalah kehidupan sehari yang kita lewati dalam kehidupan. Mungkin berbagai situasi dan pasti ada berbagai rasa manis, gembira dan tawa ria. Usahlah bersedih bagi insan lain yang merasakan kepahitan hidup lewat kemarin.

Kadangkala  Ada Kebetulan & Amat Menggembirakan Kita.

Semalam 12 Rabiulawal 1437 H, sejarah dalam kalender Islam Nabi Muhamad SAW dilahirkan ( Maulidurrasul ) Dunia mengingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Duni bertasbih dan berzikir selawat ke atas nabi kita. Sila klik laman INI, INI, INI dan INI untuk membaca 30 KEAJIABAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W. Semoga membawa dan memandu kita agar lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah serta melakukan selawat sebagai zikir harian.Dan kebetulan tarikh 24hb Disember juga merupakan hari lahir anak lelaki Etuza bernama Irfan. Alhamdulillah sambut majlis kemarin 2 dalam 1. Sambut hari ulang tahun anak dan membesarkan hari keputeraan nabi Junjungan dengan berselawat beramai-ramai.

Ucapan Terima Kasih Tulus Ikhlas 

* Kehadiran keluarga Ustaz Rais Justi
* Kehadiran keluarga Ipar Zulkifle Supar
* Kehadiran Keluarga Biras Johari Laji
* Kehadiran Keluarga Hasimi Haisin & anak-anak
* Kehadiran Keluarga Ipar Jahidin 
* Kehadiran Anak Ipar Dumisah 

( Adik-adik Etuza ramai tidak hadir kerana bercuti Di Sandakan, Kota Kinabalu, di Tambunan , Tamparuli Sabah dan di Spitang Sabah )


5 Keping Gambar Berbicara Peristiwa Semalam 

1. Sambutan hari lair Irfan ke 17 tahun
2.Majlis Doa Selamat dan Berjanji ( selawat Ke Atas Nabi Muhammad
- Diketuai Oleh Ustaz Rais Justi )
* Tazkirah mengenai Rasulullah oleh Ustaz Rais Justi
* Doa Selamat Dan Doa Arwah Khasnya Kepada Arwah Ibu Mentua Etuza
* Berselawat / Berjanji - Selawat ke atas nabi junjungan
* Bacaan doa makan oleh Afif ( anak lelaki Etuza ke 3 )
* Jamuan makan / makan kek hari lahir Irfan
3. Sesi bebas / berbual/ bergambar/ kakak Etuza datang jual cadar RM 100.00 satu set. Mama beli 2 set RM 200.00. ( cadar baru untuk anak-anak )
4. Jam 11.00 malam tetamu sudah balik ke rumah masing-masing.





Catat Ulasan

9 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.