Berita Tentang Artis Terkenal Malaysia Di Blog Etuza

Berita Tentang Artis Terkenal Malaysia Di Blog Etuza
( Gambar-gambar artis ini hasil carian Etuza di Googleharap laman tersebut memberikan kebenaran siaran ini )

Dato Siti Nurhalizah & Suami Datuk K
Assalamualaikum semua.

Sememangnya kita tidak lari dari mendapat khabar tentang artis di Malaysia. Memang artis terkenal sesuatu yang pelik sekiranya kita tidak mengetahui serba sedikit tentang mereka, sedangkan kita pernah mendengar lagu mereka, kita pernah melihat mereka di kaca televisyen, di dada akhbar atau di ruangan majalah yang terdapat di pasaran. Paling tidak kita akan diberitahu tentang dunia artis menerusi what supp yang kita ada.

Empat Berita Artis Hari Ini.

1. Etuza melalui laman sosial, melalui blog Etuza ada membaca hal Dato CT penyanyi tersohor Negara Dato Siti Nurhaliza dikhabarkan hamil. Semua peminatnya termasuk Etuza sangat gembira dengan desus desas ini. Etuza kemudian membaca paparan dalam blog bahawa Dato CT mengalami keguguran ketika usia kandungan berumur dua bulan.Etuza rasa sangat sedih dan belas kasihan kepada pasangan suami isteri seperti Dato CT dan Datuk K yang benar-benar mengharapkan zuriat mereka sendiri. Dan melihat kepada usia Dato CT maka sangat memerlukan permata hati menambah kasih sayang setiap yang bergelar suami isteri. Semoga Dato CT bersabar dan sentiasa tabah dalam menghadapi ujian dari Allah. Diharap Dato CT amalkan berpantang juga agar kesihatan lebih baik dan InshaAllah akan ada rezeki untuk Dato CT. 

Dan sebentar tadi malam ini dalam acara Meletop Kebaboom hos Sahrul & Alif mengumunkan kepada Malaysia ucapan takziah kepada Dato CT dan keluarga atas peritiwa dialaminya iaitu keguguran kandungan berusia dua bulan. 
Semoga Dato CT tabah dan tidak akan berputus asa memohan
rezeki dari Allah yang maha Esa. Amin
2. Berita kedua, tentang AF Stacy & AF Akim.

Artis kelahiran realiti Akademy Fantasia yang baru-baru ini telah disahkan bertunang dengan rasminya. Mereka berdua telah memberi makluman secara terbuka dan tiada lagi rahsia kerana semua perkara tentang mereka diketahui umum. Disamping Stacy AF telah juga memeluk agama Islam sebelum bertunang dengan AF Akim.Tahnia & Syabas kepada dua artis ikon remaja Malaysia ini. 

Dalam akhbar Metro terbaru Stacy mengakui bahagia menjadi tunangan Akim serta teruja untuk mengetahui fasa seterusnya. Stacy sebenarnya artis yang berasal dari Sabah. Kini bergiat aktif dalam bidang seni hiburan nyanyian dan terbaru Stacy telah berjaya menjadi peserta AJL ( Anugerah Juara lagu ) 2015 dan amat terkenal dengan lagu barunya "Not For Sale" Semoga Akim dan Stacy akan bahagia dan dirahmatiNya hingga mereka membina masjid bahagia nanti. Amin.
Akim & Stacy Memang sepadan..Tahnia pada mereka ini..

3. Berita ketiga, ialah kita dikhabarkan kematian seniwati Mariani yang meninggal hari ini. Takziah kepada keluarga pelakon yang cukup lama menapak dalam seni ini. Semoga arwah ditempatkan disisi orang yang beriman. Al-fatihah.
Begitu juga dengan perginya seorang pelawak terkenal Yusry ( Pak Yus ) yang telah dikebumikan kemarin. Di laman sosial ketika ini banyak mengeluarkan artikal hal kebaikan arwah Yus. Subahanallah..harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Al fatihah kepada arwah.

4. Berita gembira pada Etuza tentang artis ialah penyanyi yang Etuza minati iaitu Nassier Wahab, Ezad, Nurdiana , Haiza, Faradiha, Achong dan Azian Mazwan semuanya telah berjaya ke peringat suku akhir Program Gegar Vaganza musim 2 2015. Tahniah dan syabas kepada semua mereka dan pasti mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi membolot hadian kejayaan RM300,000. Siapa lah tidak gembira jika menang dengan jumlah yang sangat banyak ini. Untuk peminat Nassier Wahab ..Etuza copy dari carian google satu gambar sungguh klasik Nassier Wahab.Jom tengok...


Gambar artis sekadar hiasan blog dan entri ini.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Suka duka bersilih ganti dalam hidup kita jan Cikgu..subhanallah
    AL FATIHAH untuk pak yus..Dato Siti juga seniwati mariani..
    TAHNIAH untuk senarai calon GV musim kedua..

    BalasPadam
  2. Al fatihah buat Seniwati Mariani & Pelawak Yus..

    BalasPadam
  3. Sukaduka dunia hiburan mudah diketahui melalui laman sosial .
    Al fateha untuk mereka yang telah pergi.

    BalasPadam
  4. Al-fatihah

    Nassier wahab....lagu memori cinta luka memang lagu best suatu ketika dulu..

    BalasPadam
  5. suka duka artis kita...kita dokan yg terbaik utk mereka semua :)

    BalasPadam
  6. Gempar satu malaysia siti nurhaliza keguguran kan cikgu etuza..

    BalasPadam
  7. Kisah kehidupan dan perkembangan semasa artis sentiasa menjadi perhatian dan ikutan ramai. Kalau kat blog, jika betul caranya, boleh mencanak naik trafik!

    BalasPadam
  8. Banyak juga cerita tentang artis sekanang ni. Moga Allah swt merahmati mereka yang pergi meninggalkan kita. Semoga ia jadi pengejaran buat kita yang masih hidup ini.

    BalasPadam
  9. Bunda pun kadang2 terlayan juga cerita2 dan gosip2 tentang artis ni...

    BalasPadam
  10. pelbagai suka dan duka yang terjadi.. al-fatihah untuk seniwati mariani dan pelawak yus..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.