Berita Baik Bonus ASB 2015

Berita Baik Bonus ASB 2015

Berita Baik Bonus ASB 2015

Asalamualaikum warga maya, walau dimana berada di pelusuk negara Malaysia hari ini.
Ada kah anda menjengah di jendela kala pagi hari ini melihat kabus pagi?Kerana sekarang kabus amat jelas kelihatan pada subuh hari, disebabkan jerabu yang menyelimuti alam ini telah sirna oleh hujan dan atas izin Allah. Kita dapat melihat alam ini, saujana pemandangan hijauan yang terang benderang. Mari bersyukur atas nikmat ini, yang membuktikan Allah begitu pemurah dan penyayangi ke atas makhlukNya di alam buana ini.

Bersiaran lagi di alam maya pagi ini, nak kata apa. Inilah hendak sampaikan kepada anda bahawa Etuza ada terbaca informasi hal Bonus ASB 2015. Anda ada ke tidak MELABUR ASB ini. Kalau yang bergaji kakitangan kerajaan ada yang dipotong gaji sejumlah yang dia hendak, lalu setiap bulan akan masuk ke dalam akaun ASB kita. Tunggu matang akan kita dapat kelebihan ASB simpanan dan faedah kita miliki. Ha baru awak ingat ke? Ok tidak apa. Kalau sudah ingat, ini lah berita baik kita semua.

Berita Baik ASB 2015

1. Tarikh Dividen Bonus ASB 2015 yang merupakan Anak Syarikat Kepada Permodalan Nasional Berhad ( PNB). Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB) telah menangguhkan urusniaga ASB mulai 24 Disember 2015 sehingga 3 Januari 2015 bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2016.Tempoh itu kita tidak dibenarkan lagi keluarkan wang ASB atau membuat simpanan ASB.

2. Dengan itu pengumuman kadar Dividen dan Bonus ASB  2015 bakal diumumkan pada 17 Disember 2015 dengan 24 Disember 2015.

3. Dan pengagihan Dividen atau Bonus ASB 2015 akan dimasukkan ke dalam akaun pelabur bermula pada 5 januari 2016.

Inilah berita yang baik dari ASB dalam masa terdekat ini. Bermakna kita bersedia lah hendak memeriksa buku akaun kita simpan di mana. Sebab kita kena updatedkan kemasukan dan faedah ASB yang kita simpan setiap bulan. kalau sudah tempoh MATANG dan diluluskan pula, ha tunggu apa lagi kita keluarkan semua dan simpan kembali kewangan anda di Tabung Haji pula. InshaAllah.Klik Sumber ini juga.

Infor mengejutkan anda klik ini, Ketahuan Akhirnya. "Sesungguhnya akan tiba masa Allah bongkar segala kejahanatan demi kita dapatkan iktibar dan kita kukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya".

Sebelum tick blog ini ke laman lain marilah baca doa pagi bersama.Alhamdulillah.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

simpan jak dolok...
tunggu beranak banyak2 baru ambik..hahaha

yeah alhamdulillah....dapat bonus..tapi anak2 saja yg dapat...MV tiada ASB sebab bukan Bumiputera

Alorrrrr Cikgu, ASB seciput jer..

assalam sudah diumum diveden n bonus ASB ya...kalau invest banyak tentu besar keuntungannya...syukur alhamdulillah.

Mesti banyak simpanan cikgu etuza ni kan..:)

Alhamdullilah..berkat menyimpan walaupun sedikit demi sedikit

Terima kasih Info yg berguna ini cikgu etuza

kalau nak untung ambik lah asb loan, dapat lagi banyak dari dividen dan bonus hujung tahun terutama yang bernilai 200k. Berbaloi!

Assalamualaikum...peserta-peserta ASB dah boleh fikirkan alternative lain utk perbaiki ekonomi sendiri. Sila layari blog saya:

http://jangansusahhati.blogspot.my/2015/04/arba-network-pasca-perlaksanaan-gst.html

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (454) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (392) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (234) Pendidikan (221) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (186) Hadiah (164) Pelancongan (144) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (109) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (76) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger