" Aku Berlindung Dengan Allah"

" Aku Berlindung Dengan Allah"

" Aku Berlindung Dengan Allah"
Salah satu Majsjid tercantik di Hong Kong..
Asalamualaikum dan salam sehati sejiwa. 

     Etuza tertarik hendak kongsikan satu tajuk yang menceritakan perbuatan sunnah Nabi apabila berlaku ribut taupan. Dan pernah terjadi dalam sejarah Dunia bahawa tragedi Tsunami suatu masa lalu meranapkan semua apa yang ada di tepi lautan Acheh serta meragut begitu ramai nyawa manusia. Tetapi amat hebat hanya sebuah Masjid yang masih terselamat dan mengalami kerosakan sedikit sahaja, sedangkan ombak laut menghempas terlalu kuat serta banjir lumpur berlaku. Hebatnya kuasaNya menyelamatkan Masjid satu tempat dilaungkan azan dan tempat jemaah bersolat. Mari baca cerita ini.


Amal Perbuatan Anas Waktu Ribut Berlaku.

Diceritakan oleh Nadhir b. Abdullah.
   " Pada suatu hari, ketika Anas masih hidup,cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil  bertanya. " Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasulullah?" Dia menjawab." Aku berlindung dengan Allah. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut, kami akan bersegera ke Masjid takut kalau-kalau berlaku Hari Kiamat!"

Abu Darda Bercerita : 
" Apabila angin kencang bertiup, Nabi Muhammad S.A.W. akan berasa cemas. Dia akan pergi ke masjid." Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh ummat Islam sekarang, sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka tidak ketahui yang amalan ini merupakan suatu sunnah Nabi.Marilah amalkan Sunnah Nabi yang amalan selalu datang ke masjid atau surau. InshaAllah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

4 ulasan

Salam cikgu , sunnah ni jika dijadikan ikutan boleh mengimarahkan masjid .

Pada zaman melaka dalam sejarah melayu mahupun sejarah kegemilangan islam dunia, masjid dijadikan tempat untuk belajar, berkumpul melakukan aktiviti..


namun kini jika diperhati hanya segelintir golongan muda yang ke sana.

Alhamdullilah sekarang orang muda mula mendekati masjid sebab banyak aktiviti masjid sekarang membabitkan golongan muda

Kalau kat sini, jika cuti panjang, selalunya ada aktiviti smart solat khas untuk anak2 7 thun - 17 tahun.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger