Umpama Bina Masjid Baru Untuk Ayah Mentua Etuza

Umpama Bina Masjid Baru Untuk Ayah Mentua Etuza
Asalamualaikum Semua...Apa khabar?

Ini lah keadaan dapur baru ayah mentua Etuza  selepas dirobohkan. Ini adalah kehendak Etuza dan isteri untuk memberikan ayah mentua sebuah dapur yang lebih selesa dari asal. Etuza beri 100 % keizinan kepada isteri untuk menyatakan niat ini kepada ayah mentua.

Hari ini hari sabtu Etuza dan isteri datang melawat dapur yang sedang di bina oleh 4 orang pekerja yang diupah untuk membina semula dapur yang telah dirobohkan. Mulanya Etuza tidak berkeyakinan untuk membantu isteri memandangkan ada ipar lelaki Etuza dan ramai adik beradik isteri Etuza, tetapi semuanya sudah berkahwin dan tinggal berjauhan dengan ayah mentua. Etuza fikir tidak apa lah jika semua adik beradik isteri Etuza tidak dapat dihubungi untuk membincangkan niat murni Etuza dan isteri. Alhamdulillah ada seorang ipar perempuan iaitu adik kepada isteri Etuza yang memberi respon baik dan hari ini ( 14hb Nov 2015 ) datang ke rumah ayah mentua untuk menyerahkan wang sebanyak RM3000 kepada ayah mentua. Alhamdulillah.

Pendek cerita inilah gambar situasi jalan menuju ke rumah ayah mentua. Sebenarnya rumah ayah mentua berada di satu bukit dan jauh dari perkampungan. Dari bukit tempat rumah ayah mentua nampak pemandangan desa kelahiran isteri Etuza. Cuba anda tengok suasana ke rumah atau ke lokasi rumah kediaman ayah mentua.Siapa yang tidak pernah mendaki anak bukit rasanya sakit kaki naik ke puncak ( hahaha bukanlah puncak sangat) rumah ayah mentua. Apabila berada di atas atau tempat rumah ayah mentua kita akan melihat pemandangan perkampungan yang indah.
Inilah dapur yang sedang di bina itu. Tapak asal 
80% di bongkar ...

* Kelihatan salah seorang pekerja sedang 
bertungkus lumus mengambil dan memunggah bata .
* Cuba tengok jari telunjuk itu. Ha itulah isteri Etuza
termengah-mengah naik bukit..menuju ke rumah
kediaman ayah mentua.

* Dekat rumah ayah mentua dapat lihat beberapa ayam..anak-anak ayam yang comel..
* Pokok nangka yang lebat berbuah...
* Tiga buah motor bersusun milik pekerja yang diupah oleh Etuza dan isteri Etuza.
* Batu-bata dan zink spandik masih belum dipasang semuanya.
* Rangka dapur yang kelihatan agak luas..

Etuza mengambil kesempatan untuk menegur pekerja dengan sopan agar minta pelan sebenar dapur agar dapat diikut. Sebaik zink spandek di pasang ( bumbung ) Etuza dan isteri akan datang lagi untuk menyerahkan diposit pertama ( Upah ) kepada mereka atas kerja-kerja membina semula dapur ayah mentua. Kini dalam perkiraan Etuza 60% disiapkan. Alhamdulillah syukur ya Allah. Semoga dimudahkan urusan. 

Etuza andaikan kami sedang membina MASJID untuk ayah mentua. Seronok  pula melihat dapur ayah mentua yang sedang dibina.

Nampak tak nangka tu...lebatnya berbuah...

Catat Ulasan

43 Ulasan

  1. subhanallah..moga kerja kerja pembinaan dipermudahkan Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah PC..semoga cepat siap..berkat doa semua..amin

      Padam
  2. Assalamualaikum, salam kenal dari blogger indonesia. Nanti kalau sudah siap keluarga pasti seronok dengan dapur yang baru yah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam ..wah dari Indonesia, blogger hensem Isrofil Achmad..terima kasih bertemu di udara maya ya..ok inshaAllah kalau siap nanti memang happy lah ayah mentua kan...terima kasih

      Padam
  3. Dengan bumbung sekali kena tukar..
    Tak pe..yang penting ayah mertua cikgu selesa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya zink sekali kena tukar...terima kasih cik akak

      Padam
  4. Balasan
    1. alhamdulillah...semoga sihat sekeluarga ..amin

      Padam
  5. Kena mendaki ke jika nak ke rumah mertua?

    Tak bawa kereta ke? Kesian ' Mama' termengah2, kalau saya pasti beberapa kali berhenti rehat, maklumlah stamina x kuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat saya di atas tergantung rupanya..

      Tak boleh bawa keretakah hingga ke laman rumah bapa mertua tu?

      Padam
    2. Asalam Umi..oo boleh bawa kereta..cuma jalan tu rosak akibat hujan lebt dah berlubang..risau pula sangkut tayar kan..tak apa bukan jauh ...boleh lah test kaki boleh naik ke tak ...))

      Padam
    3. Kalau saya, mau semput kat tengah jalan tu..

      (Itulah akibatnya terlalu dimanjakan sgt, hu3)

      Padam
  6. Alhamdulillah moga dipermudahkanNya segala urusan, aamiin...

    BalasPadam
  7. Sedapnya nangka tu..

    Nangka biasa @ nangka madu? semasa kat kampung dulu, arwah ayah ada tanam nangka 'bubur', sedap tapi rasanya dah kena tebang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang pelik nangka ayah mentua tu sentiasa berbuah lebat...cantik2 lagi tu Umi..ada mama ambil sebiji bawa balik masak lemak ..huu! sedap..

      Padam
    2. Buah nangka muda sedap dibuat kerabu.

      Tiba2 teringinlah pula..

      Padam
  8. RM7k + RM3k, kiranya RM10,000 juga abis untuk kos2 pembinaan dapur baru, alahai nilai RM sekarang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum gaji tu UMI..upah lain...memnag mahal tahmahan pula GST kan kos penghantaran lagi, banyak lagi keperluan..semoga akan siap juga nanti dapur baru ayah mentua.Ada mahu dibeli ..Etuza juga yang diarahkan pergi membeli..tak apa ..semoga cepat siap.

      Padam
    2. Maksud Cikgu, bahan2 itu kita beli sendiri, kemudian upah pekerja?

      Adoiiiiii lagi mahal, terfikir pula nasib anak2 cucu nanti.. ( rasa tua sgt daa diri ni, hu3)

      Padam
  9. moga dipermudahkan segala urusan pembinaannya

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Besar juga tu iryanty..inshaAllah jika dah siap boleh kongsi lagi dalam blog ..iryaty tunggu ya. InshaAllah moga dimudahkan olehNya

      Padam
  11. waalaikumssalam...alhamdulillah JM sihat hikss

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah ..jaga diri ya JM bawa teman jika berjalan jalan ke manapun..))

      Padam
  12. rumah di atas bukit mmemang lah cantik dapat lihat view di bawah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul ..ada uadara segar nampak kejauhan yang menyamankan minda..

      Padam
  13. kenapa 'mama' berjalan kaki mendaki bukit tu? laluan sempit ke untuk bergerak dengan kereta sehingga sampai ke rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bole lalu tu JM..cuma dekat2 puncak ke rumah tu ada lubang dalam kesan hujan..takut lah gantung tayar, lagipun payah nak turun nak undur maju .pun huuu!! sempit..motorsikal ok..anytime boleh naik ..selesa lagi..

      Padam
    2. boleh tu naik Jm cuma etuza takut tayar gantun ada lubang dalam pada jalan dekat2 puncak..risau juga payah nak undur maju kereta. Bukan jauh juga..motor boleh naik. Oo ya jalan rosak akibat hujan lebat dua hari lalu..jalan berlubang

      Padam
  14. Ayah mertua cikgu Etuza tinggal bersama siapa di rumah tu...byk betul soalan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tinggal dengan adik ipar perempuan. Ada cucu2 dia. Seorang cucu sedang kursus Pegawai Kesihatan awam...tak apa ..jika kita niat Ikhlas akan jadi..sesiapa yang memberi inshaAllah ..

      Padam
  15. jika kita menggembirakan hati ibu ayah dan ibu ayah mertua..in shaa Allah, Allah akan berikan balasan yg setimpal...x rugi berbudi kepada ayah dan ibu...bertambah rezeki nanti

    BalasPadam
  16. InshaAllah Jm..sejuk hati membaca catatan JM...inshaAllah..tu lah Etuza kata ada keikhlasan apapun akan menjadi nyata dengan izin Allah. Mulanya tak berapa setuju..tetapi Etuza segera kembalikan apa juga reaeki kita dari Allah..kalau ada kenapa tak beri kepada yang memerlukan...alhamdulillah JM ..nampaknya ramai menyokong..Terima kasih

    BalasPadam
  17. Alhamulillah.. semoga niat baik cikgu membantu membina semula dapur rumah dipermudahkan oleh Allah swt..

    BalasPadam
  18. lebat betul buah nangka itu berbuah.. mesti sedap dan manis isinya..

    BalasPadam
  19. Alhamdullilah semoga semuanya dipermudahkan..aamiinn

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.