Terjumpa Blogger Sentiasa Panas Di Sabah

Terjumpa Blogger Sentiasa Panas Di Sabah

Jumpa Blogger Paling Panas Di Sabah

Inilah gambar Etuza semasa terjumpa blogger Blog Sentiasa Panas.
Hebatkan Blogger Ini.
Etuza!!...

   Sekali lagi Etuza! jelas terdengar kali kedua panggilan nama Etuza dalam blog. Dalam hati berkata, benarkah apa yang aku dengar ini. Seolah ada suara menyebut namaku dalam blog " Etuza". Kalau " Cikgu Blog" sudah merata di Keningau panggil Etuza sebegitu. Sampai ada pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Keningau juga seringkali panggil nama Etuza sebagai Cikgu Blog. Mula-mula risau hendak menoleh..risau hanya angin lalu yang tersalah dengar oleh telinga Etuza.

klik

Akhirnya Etuza menoleh dan betul ada seseorang sedang berdiri di belakang Etuza dan kami segera berjabat tangan saling bersalaman mesra sekali salaman kami. " Blogger Etuza kan" Satu sapaan. Hai..siapa lah dia ni. Tak pernah pernah Etuza mendengar panggilan nama Etuza sepanjang penglibatan Etuza dalam sebagai blogger kecil kecilan.Inilah kali ini. Mesti selalu mengikuti perkembangan blog Etuza ini hingga dia hanya tahu bahawa nama Etuza adalah Etuza.

" Saya pemilik blog Sentiasa Panas, kenalkan saya Hamidi" Masa itu kami semeja lah duduk bersama di satu kedai makan sempit di belakang Star Trading sebuah kedai photocopy yang terkenal juga di Keningau." Oooo kamu pula tu blogger Sentiasa Panas, tinggal di kampung mana?. Etuza bertanya kepada saudara Hamidi dalam bahasa Dusun. Dan memang kami saling bercakap bahasa Dusun mempercepatkan kami berbual dengan mesra dan ramah sekali. " Selalu bah saya nampak Etuza berlegar di kawasan sini" Kata saudara Hamidi. " Minta maaf lah saya tak berapa kenal, gambar dalam blog tidak ada..rupanya inilah orangnya blogger Sentiasa Panas" Seorang yang sangat tenang tetapi paparan blog huuu hebat dan Etuza katakan blog yang paling hot kerana paparan Entri yang juga sentiasa hot. Ya Hot..tetapi cukup tinggi nilai pedoman dan nilai murni blog sebegitu. Mampu menyedarkan ramai pihak selain menjadi blog sumber rujukan masyarakat Sabah khasnya.

Etuza merasa amat gembira menemui blogger ini. Rasanya dalam masa terdekat lagi kami akan bersua muka. Naluri Etuza mengatakan begitu kerana sebenarnya Blogger Hamidi Berkerja Di Keningau dan tinggal di Kampung Bariawa Keningau. Ingatkan pemilik laman Sentiasa Panas orang jauh, rupanya orang Keningau. Hebat kan orang Keningau ada blogger terbaik seperti blogger Hamidi. Hebat sekali. Harap-harap saudara Hamidi akan terkejut dengan Entri hot Etuza malam ini. Hendak ke laman Sentiasa Panas sila klik terus ke laman SP.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

Bro Etuza pun sentiasa hot...

Haha..tuan Mklim..terima kasih

Assalamualaikum,
Saya pun tidak menyangka yg blogger Hamidi (SP seorang blogger yg dihormati, bijak dan sgt hebat serta teduh pendirian) adalah orang Sabah! Rupanya satu tempat dgn cikgu. Sampaikan salam saya jika ketemu lagi...
Mesti banyak yg disembangkan apabila dua orang blogger hebat bersua :)

Wasalam..itulah rupanya SP ni sedaerah dengan Etuza lah pula....InshaAllah akan sampaikan ya...

Sama sama hot blogger ni..cikgu etuza dan blogger Hamidi..alhamdulillah..blog perantara menyatu ukhuwah.

Tak sangka keningau ada dua blogger hot...

sma2 hot kot... Allhamdulillah... Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jami'...

dah ramai blogger jumpa teman teman blogger lain kat luar ..

wah terbaik punya.. saya tahu SP ni orang Sabah saja.... ingatkan bukan dari keningau hihi... rupanya dari keningau

seronokkan bila dapat berjumpa sesama blogger

Wah...blogger penulisan infomasi yang amat m3narik pada pandangan cik akak...
Segala intri yang di sampaikan.memang buatkan pengunjung teruja membaca..

wah mesti seronok dapat bertemu sesama blogger kan? bagaikan sis JM bertemu SS

kita kenal SP....rajin juga ke blog...

tahniah..itu menunjukkan etuza memang dikenali..

As-salam Cikgu Etuza. Macam tida tau pula apa mau cakap ahaha..

2 2 hot kot....;-)

Kita pula bila nak ketemu?

Baru tahu beliau orang sabah..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (454) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (392) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (234) Pendidikan (221) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (186) Hadiah (164) Pelancongan (144) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (109) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (76) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Sukan (19) Tips (19) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger