Tazkirah Isnin Kisah Kehidupan Orang Waraq Kisah 4

Tazkirah  Isnin Kisah Kehidupan Orang Waraq Kisah 4
Pandangan Gunung Kinabalu Kini Lain Dari Asal Selepas Gempa Bumi..
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Bersiaran di udara maya. Apa khabar. Masihkah ada perasaan ingin melihat laman Etuza. Terima kasih dan untuk anda mari kita bersama hayati satu kisah orang waraq yang mengundang rasa keinsafan, moga kisah ini menjadi pedoman buat semua di hari - hari mendatang.

Seorang syeikh yang ternama berkata bahwa pada satu malam dia tidur dengan nyenyaknya dan tidak bangun untuk mengerjakan solat tahajjud.Dilihatnya dalam mimpinya seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecantikannya sebegitu rupa.Dia menyerah kepadanya sehelai kertas yang tertulis di atasnya tiga rangkap pantun yang maknanya:kamu begitu sekali nyenyak lena hingga kamu tidak peduli lagi akan lapisan-lapisan syurga yang lebih tinggi di mana kamu akan berdiam buat selama-lamanya tanpa mati."Bangunlah! adalah lebih baik membaca quran dalam solat tahajjud daripada tidur".Semenjak itu bila dirasanya mengantuk rangkap-rangkap itu terbayang di fikiranya dan rasa mengantuk itupun lenyap.

Semoga menjadikan kita rajin solat dan mengingati bahawa di mana pun kita berada tugas menunaikan solat lima waktu adalah Wajib. Beruntunglah insan yang selalu tertib dan istiqomah dalam menunaikan solat wajib ini. 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. SubahaAllah...mampu kita jadi seperti mereka..
    Bangun pagi solat subuh lagi kemain liat...
    Belum lagi solat tahajud..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah kita usaha dan usaha ke arah redha Allah

      Padam
  2. insyaAllah akan berusaha ke arah itu..terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
  3. suka baca post pasal ni, memang meberi inspirasi pada yang lemah macam saya ni

    BalasPadam
  4. Berusaha menjadi lebih baik..insyallah..amin

    BalasPadam
  5. Gunung Kinabalu?? lain camner tu Cikgu??

    BalasPadam
  6. kisah yang menjadi inspirasi kepada kita semua..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.