Tanpa Nama Terima Kasih Teguran Anda

Nasihat Dari Tanpa Nama Memberi Motivasi 


Permohonan Maaf

    Apa khabar pembaca maya? Etuza sekali lagi ke udara maya malam ini, bertujuan memohon maaf dan sedikit menjelaskan kedudukan blog Etuza ini dalam selitan sosial maya yang begitu sesak dengan pelbagai informasi masa kini. Informasi yang disampaikan oleh pihak tertentu menerusi blog dan pelbagai saluran lain. Sudah semestinya kehadiran blog Etuza juga hadir dan dibaca oleh individu tertentu. Dan yang pastinya kita  boleh membayangkan pembaca maya itu terdiri dari kanak-kanak, remaja, orang dewasa, ibubapa, pegawai atasan dan pihak berkuasa mahupun orang lain dari pelusuk negara. Etuza tidak nafikan secara terbuka dalam laman sosial blog ini dapat dikesan melalui carian google.

Kepada yang singgah membaca paparan blog Etuza ini, Etuza dengan ikhlas memohon maaf setulus hati kepada anda semua, kepada pemimpin dan penjawat perkhidmatan awam dalam pelbagai sektor di atas kesalahan EJAAN, STRUKTUR ayat yang mungkin sukar anda fahami. Sungguh Etuza memohon maaf, sekali lagi maafkan Etuza atas kesilapan melampau terutama ejaan dan gaya bahasa dalam blog ini.Etuza telah banyak kali meluahkan hal kesilapan ejaan ( TYPO) yang sukar Etuza bendung ini. Dan sekali lagi, untuk julung kalinya catatan permohonan maaf ini sekali lagi ke udara, ekoran dari teguran yang sangat membina dari pengomen TANPA NAMA.Terima kasih tanpa nama itu. Etuza tidak dapat kesan siapa anda, tetapi ada Allah melihat kita semua. Etuza terima teguran yang benar itu untuk lebih berhati-hati secara terbuka.

Blog Ini Sekadar Coretan Pengalaman Umpama Dairi Hidup Etuza.
    
 Untuk teguran kedua  dari Tanpa Nama, blog ini Etuza istilahkan sebagai blog dairi hidup serta pengalaman dan kasih sayang dalam keluarga yang melibatkan anak-anak Etuza. Sebab itu penyampaian cerita agak tidak sistematik, penyampaian bahasa atau struktur ayat ada yang mengandungi sisipan bahasa pasar menyebabkan ramai pembaca agak keliru maksud ayat tersebut. Blog ini bukan RASMI dan bukan secara ILIMIAH disampaikan. Tetapi disampaikan semua informasi secara santai dan ikut hati Etuza, tetapi masih dalam keadaan rasional dan logik akal.

Dalam PENAFIAN pada blog ini, ada dinyatakan segala pendapat Etuza bukan kekal dan boleh diubah mengikut anda. Tetapi hak untuk Etuza bersosial di udara maya merupakan satu perkara yang perlu dilindungi. Ini bermaksud hasilan informasi blog ini kebanyakan original dari karya Etuza. Dan semestinya kebebasan berinformasi selagi paparan blog ini tidak menyentuh hal-hal sensitive agama, merosak perpaduan kaum dan mengutarakan unsur hasutan maka Etuza akan terus berinformasi dengan aman di laman maya.

Kepada pembaca blog Etuza,sekali lagi Etuza hendak menyatakan permohonan maaf dan mohon difahami bahawa blog ini bukan di tulis mengikut sistem yang tepat dan formal. Tetapi penyampaian catatan ikut sedap rasa hati Etuza serta masih boleh difahami. 

Selain daripada itu Etuza bukan menonjolkan diri sebagai seorang GURU, tetapi menggelarkan diri sebagai ETUZA ( gelaran nama oleh IBU Etuza) sebagai insan biasa yang hadir secara bermoral dalam sosial maya. Adapun kenyataan bahawa ETUZA adalah guru disebabkan paparan gambar Etuza yang 80 % memperlihatkan Etuza bersama murid di sekolah dan banyak paparan aktiviti sekolah.Sebab itu ramai penggemar blog Etuza ini mengetahui secara sendiri bahawa Etuza adalah seorang GURU. Blog ini bukan milik sekolah Etuza mengajar tetapi blog peribadi Etuza dan anak-anak Etuza.

Sekian pemakluman maaf dan penjelasan Etuza mengenai Blog Pesona-Etuza Warna-Warna Kehidupan.Salam Sayang. Harap Tanpa Nama kini memahami.


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Sebelum ini PC panggil Cikgu,, Etuza sahaja..setelah PC tahu yang Etuza adalah seorang Guru..PC lebih selesa dan suka memanggil Cikgu atau Cikgu Etuza..bagi PC kerjaya guru itu mulia selain beberapa kerjaya yang lain..anggap teguran itu asam garam di dunia blogger ini..teruskan berkarya..kongsi apa yang dari hati in sha Allah pasti kesannya sampai ke hati juga Cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC terima kasih..agak terkejut tehuran tanpa nama. Tak bernama, sukar nak kesan pengomen tersebut. Boleh saja Etuza terbitkan tetapi tak apa, untuk hati Etuza lebih selesa elok tak perlu terbitkan.Malu sebenarnya Etuza ..namun apakan daya takkan karya2 dalam blog peribadi Etuza ini Etuza ranapkan...sayang sekali..iya lah PC terima kasih nasihat ya...

      Padam
  2. Penjelasan yang begitu terperinci .Saya pun sama berblog hanya menggunakan bahasa santai ,mudah difahami digunakan sehari2 dalam percakapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih memahami situasi blog Etuza ..kita teruskan berblog..insha Allah akan terjah blog SI

      Padam
  3. Asalam..
    Semoga pembaca dan penggemar blog Etuza memahami pemakluman Etuza ini..harap maklum

    BalasPadam
  4. Pastinya saya adalah salah seorang rakan blogger ( tidak sesekali akan sembunyikan diri disebalik 'TANPA NAMA') yang sering menegur kesilapan dari segi tatabahasa mahupun ejaan.

    Bab kata pepatah 'berani kerana benar', ahakkkk... (Padahal ejaan / tatabahasa laman sendiripun tunggang langgang....)

    Mohon maaf jika Cikgu terasa hati, komen saya adalah tulus ikhlas, sama-sama kita perbaiki diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Umi Alya, tidak dinafikan teguran itu penting dalam usaha kita terus memperbaiki penyampaian. Kadangkala Etuza terfikir TYPO terlalu banyak dalam blog Etuza membuat pembaca boring dan kesal membaca laman Etuza. Sebab itulah Etuza kini merasa malu, apa lagi terbaru dan baru seketika ini Etuza membaca teguran tegas oleh TN agar buat perubahan . Etuza faham maksud TN adalah baik dan ikhlas. Terima kasih UMi menegur secara terbuka..itu yang Etuza kagum dengan Umi. Teruskan usaha berblog ya..semoga Umi selamat pergi dan kembali kepangkuan keluarga. Amin

      Padam
    2. Sejujurnya saya sanjung Cikgu sebab cuba memartabatkan Bahasa Melayu di mana Cikgu jadikan ia sebagai bahasa utama di dalam penulisan pada laman ini.

      Walhal Cikgu bukannya berbangsa Melayu dan saya pasti percakapan seharian bersama keluarga menggunakan loghat "Kadasan Dusun"

      Teruskan menulis, kami tetap beri sokongan..

      Maaf jika saya tersilap mengenai bangsa.. (Ingat2 lupa, hi3)

      pssstttt: Saya bercuti atas urusan keluarga, tidak pergi jauhpun..

      Padam
  5. Balasan
    1. Ya..sudah dibetulkan..inshaAllah akan ada masa Etuza buat operasi pembaikan ejaan dan sedikit betulkan ayat. Etuza ni bukan guru Bahasa Malaysia atau bahasa Melayu..jarang menulis kecuali dalam blog hehehe malunya..tapi tetap bahagia.

      Padam
  6. assalam...mereka yg menegur itu peminat blog cikgu yg sering membaca n3 yg dipublish. kesalahan taipan mmg xdpt dielakan tapi boleh dibetulkan dgn mengedit semula setelah diterbitkan...blog kita adalah coretan suara hati kita n ianya hak kita xsiapa boleh nafikannya cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam PI..ya inshaAllah akan ada masa proses betulkan ejaan dan edit kata2 tu nanti. Tanpa Nama tu tegur ikhlas. Etuza sedar banyak kesilapan. Rupanya blog Etuza ni dalam pemerhatian pihak tertentu..dan malam ini TN menghantar pesanan dalam komen. Ada kelihatan agak tegas...entalah siapa..sedih juga rasa hati..

      Padam
  7. Balasan
    1. Tak apa ..jujur Etuza kata ..malu bercampur sedih..namun Etuza akui kelemahan itu. terima kasih ya irtanty

      Padam
  8. Setiap blogger ada cara penulisan tersendiri...jadi diri sendiri lebih baik...yan pun kadang ada typo cikgu...lebih santai tak perlu skema

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan Iryanty..kagum dalam blog Iryanty tak ada kesilapan ejaan..tahnia ya

      Padam
  9. Typo biasa terjadi di mana-mana Etuza, kak ana sendiri selalu mengalaminya..kalau sempat kita perbetulkan dan kalau tidak di luar kawalan kebarangkaliannya :)

    BalasPadam
  10. Indahnya berblogging..kadang kala kita dapat pelajari sesuatu yang tidak ada dalam buku teks

    BalasPadam
  11. boleh saya panggil etuza.... sy rasa selesa dgn nama etuza sendiri kerana saya rasa etuza tak bawa imej guru kat sinikan....

    BalasPadam
  12. Inilah asam garam penulisan alam maya..orang mengkritik kita sedangkan kita tahu penulisan kita sesaja santai kan..bagi cik akak...selagi yang pengomen tanpa nama tu cik akak anggap mereka nie tak ada kewujudan..hahaha...

    BalasPadam
  13. Teruskan menulis cikgu, teguran adalah pengajaran, insyaAllah masa depan lebih baik

    BalasPadam
  14. Mengenai panggilan, maaf sekali lagi, saya tidak boleh memanggil Cingu dengan Etuza sahaja sebab saya tahu Cikgu seorang guru.

    Panggilan Cikgu tetap sebati pada seorang guru sampai bila2. Bak kata pepatah "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

    Erkkkkkkkkkkkkkkk ada kaitan ke pepatah ini dengan entri di atas??

    BalasPadam
  15. Pembaca marah sebab tulisan telampau santai ka cikgu etuza..haha

    BalasPadam
  16. Jika teguran membina tidak mengapa.. Kita semua manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..

    BalasPadam
  17. Biasalah sedikit typo dan bahasa pasar kan... Blog adalah bagai diari kita untuk perkongsian bukan laman web rasmi sebuah company kan...

    BalasPadam
  18. Typo tu dah takboleh dielakkan kecuali kita ada seorang yg boleh jadi pruf reader. Menulis ikut jiwa kita Etuza.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.