Saling Menghargai Sesama Makhluk Usah Menyombong Diri.

Saling Menghargai Sesama Makhluk Usah Menyombong Diri.

 Saling Menghargai Sesama Makhluk Usah Menyombong Diri.
Anak kucing buangan yang Etuza pelihara, kini semakin sihat..cuma mata  anak kucing ini masih kelihatan seperti buta. Datang di rumah Etuza memang mata sebegitu sedia. Sudah dirawat di klink haiwan di Daerah Keningau.
Kini anak kucng ini Etuza namakan TIGER
sebab melihat bulu dan muka anak kucing ini seperti TIGER ( rimau)
Tengok gambar2 Tiger menggeliat di lantai..rumah Etuza. 
Tiger ( anak kucing jantan yang comel menghiburkan family Etuza)
Hargailah MakhlukNya Yang Lain
Asalamualaikum semua, Etuza harap pagi isnin ini, kita semua dapat jalani kehidupan dengan penuh kesyukuran kepadaNya. Walau ada kesedihan melanda di mana-mana anda berada tetapi tabahkan hati dan yakinlah bahawa apabila kita redha, yakin dan ikhlas serta terima hakikat sesuatu yang terjadi pasti hati kita akan tenang dan damai, kerana detik itu kita menyerahkan ketentuan kepadaNya. Dialah yang berhak menentukan rezeki,umur dan ajal kita di dunia.

Teman maya Etuza, terdetik hati yang serba kekurangan ini, yakni bukan nya banyak ilmu Etuza tentang apa -apa bicara santai dalam blog Etuza ini. Tetapi terdetik hati memperkatakan hal MENGHARGAI sesama makhlukNya. Ya makhlukNya yang terdiri dari tiga item utama. Manusia, Haiwan dan Tumbuhan.Sedar atau tidak sebenarnya wajib tiga makhluk utama ini saling menghargai. Bukan menyombong diri dengan makhluk Allah seperti binatang atau haiwan juga tumbuhan, terutamanya manusia yang memiliki akal dan fikiran.

Siapa yang beri kita nyawa? Siapa yang hidupkan tumbuhan yang memukau dengan kehijauan pemandangan di mana-mana? Siapa yang wujudkan binatang melata yang begitu banyak kelihatan saling berbeza dan keganjilan corak dan bentuk tubuh badan itu? Siapa kalau bukan Dia yakni Allah yang maha besar.Kita tidak nampak rupaNya tetapi kita amat nampak dengan nyata Zat Allah. Dengan itu perlunya kita saling menghargai dengan makhluk haiwan dan alam tumbuhan. Usah menyombong diri. Kerana sebaik anda menyombong diri kepada haiwan dan alam tumbuhan maka ketika itulah anda dikatakan menyombong kepada Allah yang menciptakan haiwan dan tumbuhan.Sebab itu kita sebenarnya paling tidak berhak membenci dan menyumbangkan kesombongan kepada alam tumbuhan dan kepada alam haiwan.

Anda jijik ke dengan kucing? Kenapa jijik ya! sebab bukan kah kucing itu Allah yang cipta.Persoalannya kenapa kita jijik haiwan yang Allah cipta, hingga sanggup membunuh binatang sana-sini. Insaflah wahai manusia, sesungguhnya Allah amat tidak menyukai hambaNya yang menyombong diri di dunia ini.
Semoga kita mendapat hikmah dari catatan ini. Yang baik datang dariNya dan yang kurang baik itu datang dari kelemahan Etuza sendiri. Selamat membaca.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

16 ulasan

Rumah saya ni asalnya bela kucing buangan sekor ,last2 membiak bapak kucing,ibu kucing,anak kucing kecil besar pun ada.

CP paling suka kucing..pergi mana-mana mesti ada makanan kucing untuk kucing terbiar..

Terima kasih kerana posting pasal makhluk kesayangan nabi ni...Salute pada Etuza kerana mempunyai hati yang mulia. Membuat kebaikan bukan setakat sesama manusia sahaja. Binatang ini sesetengahnya fitrah mereka bergantung kepada kita.

Di rumah saya sendiri ada 3 ekor kucing - Teja, Upin dan Ipin. Upin dan Ipin baru beruisia 2 bulan setengah, anak kepada Teja, sekarang mereka sangat lasak melompat ke sana sini di dalam rumah. Terhibur melihat gelagat mereka..

Bulu kucing tu sgt cantik.

Cik akak tak jijik dengan kucing..tapi ada alahan pobia takutkan kucing..
Lebih lagi waktu makan di kedai makan...

Hai Tiger...bukan main posing dia cikgu...betul...kita tidak sewajarnya membenci..sebaliknya menyayangi sesama makhluk..

Hai Tiger...betul cikgu kita sewajarnya saling menyayangi sesama makhluk..

comel tiger ni cikgu..hihihihih... sejutu dengan ap yg cikgu tulis... :D

Alhamdulillah , etuza antara insan-insan yang terpilih untuk dikurniakan pahala berpanjangan dari sifat belas ehsan :)

Begitu banyak sekali anak kucing yang dibuang disekitar pekan Keningau. Nak pungut tapi tiada upaya nak simpan semua. Kesian..

hormatilah sesama makhluk Allah swt.. kita tidak bersendirian kerana kehidupan dengan makhluk lain adalah saling melengkapi antara satu sama lain..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger