Persembahan Menarik Tarian Rampaian, Pantun Nasihat & Lagu Tampilkan Bakat Baru

Persembahan Menarik Tarian Rampaian, Pantun Nasihat & Lagu 
Tampilkan Bakat Baru

Persembahan Tarian Rampaian Daripada Pelajar Tahun 5
SK. Penagatan, Keningau
Tarian Rampaian Etnik Malaysia.  ( Di Latih Oleh Guru Pelatih dari IPGM)

Persembahan pertama yang dilangsungkan sempena HUDPH ( Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah ) 2015 pada 17hb November 2015 di SK. Penagatan, Keningau yang di latih oleh 4 guru pelatih dari IPGM sangat menarik perhatian murid dan semua warga guru. Kelincahan bakat baru mempersembahkan tarian rampaian Malaysia amat menarik sekali.

Persembahan ini disertai oleh 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan. Uniknya penari ini berpakaian sopan dengan tudung hitam dan memegang kain sarung batik yang menarik. Begitu juga lelaki yang berpakaian baju selangor dan dipakaikan sarung dibahu. Rupanya murid ini jika dilatih dari awal pasti akan mempamerkan mutu persembahan yang menarik sekali. Tahniah guru pelatih dan tahnia para penari yang kelihatan berbakat dalam bidang seni tari.

Jenis tarian yang mereka sampaikan ialah Sumazau, Joget, Tarian Inang, Japin Melayu dan Tarian Darling-Darling ( tarian suku kaum Bajau di Sabah)

Melvin Melson Dan Rabiatul Adawiah Juga perlihatkan bakat besar.
Di bawah bimbingan Cikgu June V. Terserlah bakat besar dalam bidang senu muzik dan nyanyian dua murid yang berani ini. Iaitu bakat menyanyi oleh Melvin Melson murid tahun 6 dan bakat bermain gitar oleh Rabiahtul Adawiah.
Kelihatan semua murid dan warga guru serta ibubapa yang hadir cukup terhibur dengan lontaran suara adik Melvin Melson membawakan lagu Dahsyat.

Sebaik Melvin menyelesaikan lagu Dahsyat diringi oleh petikan gitar oleh Cikgu June serta palian tamborin oleh Rabiatul Adawiah semua penonton bersorak agak terhibur dengan vokal suara Melvin Melson. Tahnia Melvin.

10 Murid gabungan kelas 4B & 4C mempersembahkan
Pantun Melayu bermoral tinggi.
Persembahan ketiga ialah persembahan paling simple tetapi amat tinggi nilainya di sampaikan selepas alunan muzik tamborin , kerincing dan gendang oleh murid yang juga berbakat dalam bidang muzik. 

Antara murid yang terlibat ialah : Nuralyia Adibah, Adam Hariz, Johanthan, Francisca, Amril Riyan, Izwan Din, Aiman Sufi, Sahrezan, Anis Syafiqah dan Izzah Athirah.

Pantun nasihat kena caranya, gempak dan berseri cara persembahan di pentas dengan iringan muzik sesekali pasti buat penonton terpesona. Mereka menyampaikan dangan penuh gaya dan style. Pesembahan pantun ini di latih oleh ETUZA. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah melakukan persembahan terbaik dari kelas 4 Bijak dan 4 Cerdik.

Hadiah Sumbangan Etuza & Mama

Hadiah Penghargaan Kepada Murid-Murid Yang Terlibat Persembahan Sempena HUDPH.( Hidupkan Memberi Dengan Ikhlas)

1. Hadiah sumbangan Etuza kepada 10 orang murid - Persembahan Pantun 
2. Hadiah sumbangan Cikgu Ruhini Sigoh - Persembahan Tarian Rampaian seramai 10 orang murid.
3. Hadiah sumbangan mama kepad 2 orang murid -Persembahan Nyanyian.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu Etuza... wah meriahnya. Seronok tengok pelbagai aksi pelajar mempersembahkan bakat masing2. Acara yg sgt baik utk kelestarian masyarakat... menarik... :)

    BalasPadam
  2. teringat pulak majlis hari khamis lepas, seronok je tgk budak budak ni

    BalasPadam
  3. Meriahnya..masa ni lah banyak bakat2 terpendam ditonjolkan..
    ;-))

    BalasPadam
  4. meriahnya dengan macam-macam persembahan..

    BalasPadam
  5. semoga dimurahkan rezeki cikgu etuza.....orang sabah sarawak berbakat dalam nyanyian dan bermain gitar

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.