Peristiwa Menyayat Hati Etuza Dalam Sejarah Perang Uhud Di Zaman Nabi Muhammad SAW.

Abu Ubaidah Kehilangan Giginya
Imej kanak-kanak menangis ini klik SINI dari google.
Sekadar menghiasi laman Etuza
Kesedihan Berselubung Dihati Etuza.

   Semasa peperangan Uhud, pada suatu ketika Rasullulah s.a.w telah diserang dengan hebatnya oleh pihak musuh di mana dua lengkaran ditopi besi baginda dipukul dengan kerasnya lalu terlekat di kepala atau muka baginda. Abu Bakar dan Abu Ubaidah (r.a)segera bekejar ke arah nabi untuk menolong baginda.

Abu Ubaidah (r.a) segera menarik lengkaran-lengkaran itu dengan gigi beliau.Semasa mengeluarkan lengkaran besi yang pertama itu salah satu daripada gigi beliau telah tercabut. Tanpa mengendahkan giginya itu, beliau sekali lagi menggunakan giginya untuk mengeluarkan lengkaran itu tetapi satu lagi giginya tercabut semasa usaha ini. 

Sebaik sahaja lengkaran itu dapat dikeluarkan darah mulai keluar dari tubuh Nabi ( s.a.w). Lalu Malik bin Sanan ( r.a ) ayah kepada Abu Said Khudri (r.a) menjilat darah itu dengan bibir-bibirnya. Ketika itu Rasulullah ( s.a.w) bersabda:-

"Api neraka tidak akan menyentuh orang yang mempunyai darah saya bercampur dengan darahnya"

Subahanallah begitu sekali rasa cinta mereka kepada Nabi Allah Muhammad ( s.a.w) Etuza rasa sedih dan hampir menitiskan airmata membaca cerita sejarah dalam Peperangan Uhud yang pernah berlaku di Zaman Nabi Muhammad ( s.a.w). Nabi Muhammad ( s.a.w) sering disakiti ketika Nabi menyiarkan agama Allah. Kasihan sungguh Nabi Muhammad ( s.a.w) yang amat kita cintai dan kita rindui. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. subhanallah... hebatnya mereka ini....

    BalasPadam
  2. cerita ini patut menjadi motivasi buat kita semua..

    BalasPadam
  3. Perjuangan menegakkan kalimah Allah yang sungguh luarbiasa. Semoga Allah memberikan kita kekuatan serupa diakhir zaman ini..

    BalasPadam
  4. subhanallah..betapa sahabat2 baginda amat menyayangi Rasulullah SAW..

    BalasPadam
  5. sebuah perjuangan pengorbanan dan cinta Rasulullah saw

    BalasPadam
  6. Subhanallah..hebat..kita belum mampu sampai tahap pejuang-pejuang Islam..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.