Percutian Harus Dimanfaatkan Sebaiknya Tidak Boleh Ni...

Percutian Harus Dimanfaatkan Sebaiknya Tidak Boleh Ni...

Tengok Ucing ni, Etuza namakan
TIGER..sebab nampak bulu dan corak
seolah nampak  anak harimau
.
 Asalamualaikum semua. 

Percutian Anda Bagaimana?

Rasanya hari kedua belum nampak apa aktiviti bermanfaat sangat keluarga Etuza ini lakukan. Nak kata kerja bermanfaat dan ada kesan baik kepada diri, perasaan dan kebahagiaan, rasanya belum nampak diketika ini. Hari kedua sudah masuk percutian panjang. Etuza mulai risau, tetapi ada sedikit perkara yang belum selesai.

Borak Borak Etuza Hal Cuti

Etuza mulai nampak sikap anak-anak Etuza termasuk yang bongsu, asyik smartphone ja, asyik lenovo ipad ja. Ala tak boleh lah seperti itu sepanjang hari. Etuza selain blogging ada membuat kerja-kerja yang belum selesai. Hantar anak ke sekolah pelajar tingkatan Enam masih ada paper mereka. Esok hari terakhir anakanda Etuza Azie akan habiskan paper Sejarah. Etuza lah yang hantar dan ambil dia. Begitu juga pelajar SPM belum selesai semuanya. Abnakanda Etuza Irfan sedang berjuang hadapi SPM tahun ini. Semoga mereka berjaya. Amin.

Pengisian Percutian Pada Etuza.

Banyak sebenarnya cara manfaatkan cuti panjang sekolah hujung tahun 2015. Jika ibubapa gagal memahami apakah ini percutian yang panjang kita takut cuti-cuti setiap hari ini ibarat kita dapat tin kosong ya 0 ( zero) tidak ada apa-apa benda yang menarik dan yang ada adalah kebosanan. Huuu!! risau lah pula jika berlaku begini. Jika begini asyik memerap dalam rumah seperti anak kucing Etuza tu..di gambar atas.Antara yang menarik untuk manfaatkan percutian ialah:-

1. Masak hidangan istemewa kepada seisi keluarga. Makan ramai-ramai, makan bersama anak-anak yang baru balik dari asrama masing-masing atau anak-anak yang baru balik dari Universiti. Seronok anak-anak rasa disayangi dihargai.

2.Buat kerja -kerja pembersihan kawasan rumah bersama-sama. Pujuklah anak agar buat kerja di luar rumah. Inilah masa, jika yang tiada pembantu rumah macam Etuza kena buat pembersihan rumah. Pasu-pasu bunga dibersihkan dan disusun rapi barulah nampak indah mata memandang laman.

3. Projek membaca bersama-sama anak-anak di rumah. Ini kena atur masa, kena pantau anak-anak. Bawa anak-anak membaca bersama selain membaca berita atau akhbar online.

4. Paling seronok rancang PELANCONGAN ke tempat yang menarik. rancang betul-betul. InshaAllah anak-anak akan rasa menyayangi keluarga sendiri. Erat hubungan ibubapa dan anak-anak.

5. Datang ke kampung halaman, bawa buah tangan kepada ibubapa, nenek dan datuk pasti rasa bahagia. Masak di rumah ibubapa makan bersama -sama. Pasti ada rasa persaudaraan ukuhuwa semakin kuat atau kukuh.

6. Untuk Blog rancang pelbagai pengiosian yang menarik dan ada manfaat dalam blog buat santapan masyarakat umum.Oleh itu Etuza dalam borak-borak di percutian ini mengucapkan:-

 " SELAMAT BERCUTI & RANCANGLAH PERCUTIAN ANDA DENGAN BAIK AGAR ADA MANFAAT PERCUTIAN SEKOLAH INI"
Beberapa aktiviti ringan aktiviti cuti hari kedua..
alaa... belum ada yang HOT ni..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

nice sharing..
singgah petang..

percutian mmg patut dimanfaatkan... buatlah apa2 aktivit yg boleh mendatang kebaikkan untuk kita kan.. selamat bercuti cikgu.. :D

kena plan cuti2 dengan baik...moga di penuhi dgn aktiviti bermanfaat :)

saya masih tak tahu nak buat apa, mood belum ada lagi

Hujung tahun mesti bawa anak saudara bercuti

Saya mula bercuti esok selama beberapa hari, ada perancangan, tunggu...

Insya Allah jika punyai kerajinan @ mood berblog, pasti dikongsi bersama, begitu juga sebaliknya, terperam dalam memori..

Yan cuti sekolah dapat balik kampung lama sikit...tak pi mana2

Cuti itu untuk kita rehat. Kita buat je apa yang kita suka... Zumal teringin nak bercuti juga ^^

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger