Pensyarah Didikasi Tuan Haji Mahian Diucapkan Terima Kasih

Pensyarah IPGM Kampus Keningau, Sabah Tuan Haji MahianPensyarah Didikasi..Terima Kasih Tuan Haji..
Assalamualaikum salam hari Jumaat pagi yang damai serta penghulu segala hari Hari Jumaat yang indah sekali.

Tuan Haji Mahian Pensyarah Yang Sangat Didikasi..

Bertemu kali ini dengan paparan tentang kehadiran seorang Pensyarah dari kampus IPGM Keningau iaitu Tuan Haji Mahian. Ini merupakan kali ke dua Tuan Haji Mahian datang ke sekolah Etuza, bagi memantau dan membuat penyeliaan kepada 4 orang guru pelatih dari IPGM yang sedang membuat praktikum di sekolah Etuza ( SK. Penagatan Keningau, Sabah).Tetapi kehadiran kali ini Etuza dapat agak lama berbual dengan Tuan Haji Mahian sementara guru pelatih diberikan borang untuk di isi oleh mereka berempat.

Ternyata Tuan Haji Mahian ini seorang Pensyarah yang amat didikasi, suka memberi pendapat dan sesekali menguji kita dengan pertanyaan hal-hal dari segi sikap keyakinan dan pendirian kita dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara. Kata-kata Tuan Haji Mahian membuat Etuza berfikir agar lebih rasional dalam membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara.Fikir dan bawa diri untuk muhasabah diri. Perbualan Etuza dengan Tuan Haji Mahian juga berkisar tentang pendidikan anak-anak kelahiran sendiri. Rupanya Tuan Haji Mahian ada anak dua orang yang sedang belajar di Mesir mengambil jurusan kodoktoran. Anak pertama sudah masuk tahun ke 5 dan anak ke dua baru masuk tahun ke 2. Tahnia kepada Tuan Haji Mahian begitu berjaya memberi peluang kepada anaknya untuk belajar di luar negara.

Tuan Haji Mahian berkata " Didiklah anak, beri mereka peluang belajar ke mana pun sekali pun di luar negara kerana banyak kelebihan yang mereka perolehi selain ilmu dunia tetapi juga ilmu ke akhirat, belajar di Mesir katanya lebih menekankan belajar al Quran dan hafaz Quran yang mana jarang dapat peluang seumpama itu" Betul kan niat jika hendak belajar di luar negara katanya. Dan akhir sekali,Tuan Haji Mahian memberi nasihat kepada Etuza agar berusaha menghantar lagi anak belajar ke luar negara kerana banyak kelebihan yang akan diperolehi oleh anak kita itu.

Sejurus kemudian Tuan Haji Mahian keluar dari Pusat Sumber dan melawat projek yang telah dilakukan oleh guru pelatih seperti melukis mural di dinding kelas tahun satu bijak, di dewan terbuka dan di dinding bangunan ICT ( makmal ) sekolah. Etuza berterima kasih kerana di beri nasihat oleh Tuan Haji Mahian. Semoga Etuza dapat bertemu lagi dengan Tuan Haji Mahian yang amat peramah dan didikasi ini. Subahanallah.

Mari ikuti gambar-gambar guru pelatih dan Tuan Haji Mahian semasa di sekolah Etuza.

Tuan Haji Mahian Sedang membuat pemantauan rekod Folio Guru Pelatih
Menyelak tiap lembaran Folio Praktikum Guru Pelatih 
Tuan Haji Mahian Memberi contoh bentuk dokumentasi yang
diperlukan dalam Folio Guru Pelatih..

Abadikan kenangan bersama PK KoKUM dan
 Guru Pelatih Serta Tuan Haji Mahian
Guru Pelatih memberi tahu salah satu projek luar kelas
yang telah siap...

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Hanum sorry ya ada typo ..sellau ada ni typo

    BalasPadam
  2. Didikasi = Berdedikasi, rasanya yang lagi sedap dibaca, opsssssss.. sy minta diri dulu sblm dimarahi oleh Cikgu Etuza...

    BalasPadam
  3. adakah pendidikan di luar negara lebih bagus seperti di sarakan oleh cikgu mahian tu

    BalasPadam
  4. Haha....cikgu kena baca balik setiap entri yang cikgu tulis..
    Kalau kat sekolah cik akak..tak banyak cikgu praktikum boleh buat..
    Sebab sekolah tak besar sangat...
    Lagipun semua lelaki

    BalasPadam
  5. semoga semua guru pelatih terus success.. ;)

    BalasPadam
  6. Bangga ada anak bangsa yang berjaya..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.