Pengalaman Melancong Memang Menyoronokkan.

 Asalamualaikum...

Dijemput membaca pengalaman Etuza melancong..

Mendapat Berita Melancong Ke Luar Negara.

  Pertama kali Etuza mendengar  berita pelancongan pada masa tahun lalu ,amat memberikan kegembiraan kepada Etuza.Etuza merasakan satu kesempatan melancong yang tidak boleh dilepaskan. Etuza harus pergi dan menyahut cabaran pelancongan ke negara Jepun pada awal bulan Mei 2014.

Sebenarnya Etuza tidak pernah meletakkan impian atau tidak pernah ada cita-cita hendak pergi melancong, melainkan Etuza ada meletakkan dalam hati pergi ke Mekah dengan izinnya, inilah impian dan cita-cita semua  hambaNya.

Pelancongan Memerlukan Persediaan & Tindakan.

Sebagai orang yang bakal melancong, beberapa persediaan dan tindakan harus dilakukan.Seperti penyediaan pakaian dan semua dokuman yang diperlukan, terutamanya pasport pelancongan. Bagasi harus disediakan untuk memuatkan semua pakaian yang diperlukan serta kelengkapan lain.Kamera digital semestinya harus dibawa bersama dengan pengecas betri kamera juga harus disediakan.Kesihatan juga harus diberi perhatian sebelum tibanya hari pelancongan itu.Mungkin sebagai tanda ingatan yang kekal perlu ditulis semua item yang hendak dibawa dan di masukkan ke dalam bag untuk dirujuk.


Semasa Dalam Pelancongan Di Negara Orang.

Proses seterusnya ialah tindakan semasa berada di negara yang dilawati. Kita harus dapat mempastikan semua tempat menarik yang kita lawati itu diambil gambar pada posisi yang tepat dan cantik pemandangan khasnya. Jika tiada persediaan untuk merakam semua lokasi yang menarik, anda mungkin terlepas pandang dalam pengambilan gambar apabila anda merasa terpukau kagum dengan semua keindahan negara luar yang kita lawati. Inilah yang berlaku pada Etuza semasa melancong ke negara Jepun tahun lalu.

Semasa pergi melancong ke negara luar, sebaiknya kita manfaatkan banyak perkara dengan membuat tindakan secara berikut:-

1. Merakam atau mengambil gambar-gambar tempat menarik sekali di negara tersebut. Segala sudut harus diambil baru tidak merasa kesal sebaik kembali di Malaysia.

2. Etuza sebenarnya tiada  pengalaman langsung tentang melancong ini. Dalam hal pengambilan gambar cara photography yang tepat juga tiada pengalaman Etuza. Bila Etuza melihat blog yang membuat paparan pelancongan, Etuza melihat cara mereka merakam gambar dengan begitu menarik sekali berbanding dengan Etuza yang hanya mengambil gambar sembarangan mengakibatkan gambar tidak menarik. Amat rugi jika berlaku seperti apa yang berlaku pada Etuza.

3. Ambil maklumat seperti nama tempat dilawati. Ambil catatan tentang nama sebenar dengan ejaan yang tepat pada nama tersebut. Buat kajian tentang budaya serba sedikit tentang kegiatan etnik masyarakat di tempat dilawati itu. Apa kegiatan, berapa jarak dan berapa lama sampai ke tempat dilawati. Dengan adanya tindakan cara ini, maka akan memudahkan anda sebagai blogger membuat catatan sebenar dalam blog kesayangan anda.

4. Ambil gambar peta pada tempat dilawati. Jangan lupa juga ambil kesempatan bergambar dengan masyarakat di dalam negara yang lawati oleh kita semua. Jika sekiranya perkara yang diceritakan  itu dapat kita lakukan maka anda adalah orang yang dapat banyak manfaat hasil dari pelancongan anda itu. 

Selamat membaca dan ambil Ilmu jika ada untuk anda manfaatkan.

Abadikan Kenangan Melancong di Jepun tahun lalu...


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. tak apa la etuza da rezeki insyaaAllah sampai lagi ke Jepun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya terima kasih Shiela...terharu dapat lawatan dari Shiela...terima kasih ya

      Padam
  2. Salam, saya baca entry ni nak menangis pula saya, etuza...ini kekangan masa memang nyusahkan tul, nak pi holiday, budget semua ada tapi time (kerja memanjang) pula takda dah berbulan dah aku tak keluar dari sabah mmmm....takpa etuza, nanti pasti akan datang masanya untuk kita semua..termasuk etuza sekali...ada tu..tungguuuuu....

    BalasPadam
  3. saya pernah dihantar oleh syarikat ke program latihan di Jepun.

    kesempatan itu saya ambil untuk melancung ke disneyland..

    cuma tak berpeluang menaiki sinkansen dan panjat gunung fuji...

    BalasPadam
  4. Cik akak mana de pernah melancong mana2 lokasimluar negara..hihi

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki cikgu , saya tak tahu la bila ke luar negara.

    BalasPadam
  6. woww...seronok sangat klu dapat ke Jepun ni cikgu..teringin nak kesana..:)

    BalasPadam
  7. Dikatakan bahawa 'Membeli' pengalaman akan membuat kita rasa lebih bahagia, seperti melancong. Macam cikgu etuza la, selalu melancong dalam negara bersama keluarga..;0

    BalasPadam
  8. ASSALAM CIKGU...SERONOKNYA DPT MELIHAT KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH DI NEGARA2 YG XPERNAH DILAWATI...KAK XPERNAH BERPELUANG LAGI.

    BalasPadam
  9. Aiza belum pernah melancong ke luar negara..

    BalasPadam
  10. Bila agaknya Zumal akan dapat peluang melancong???

    BalasPadam
  11. Jauh perjalanan luas pandangan. Seronok melancong.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.