Pencapai Bintang 5 A UPSR & Ucapan Selamat Bercuti Sekolah 2015

Pencapai Bintang 5 A UPSR & Ucapan Selamat Bercuti Sekolah 2015

Assalamualaikum..huuuu RINDU kamu semua...!! dua hari
Blog Tidak Update! Sungguh Tidak Punya Ruang Waktu!!.
   Diharap anda semua yang ke udara maya sihat-sihat semuanya. Semoga juga hari ini yang merupakan hari permulaan yang ditunggu-tunggu percutian sekolah yang sungguh panjang selama sebulan lebih merupakan hari ceria buat adik-adik dan warga sekolah kerana cuti lagi untuk sesi akhir 2015. Seronok lah tu!!!

Wah! adik-adik juga anak-anakku usah seronok sangat ya! banyak kerja atau aktiviti lebih bermanfaat dalam kita bercuti sakan. Ingat ya! amalan membaca kena teruskan. Usah lena dibuai mempi leka, usah terlalu melayan kehendak hati rezeki lari dek oii!!. Ha ingat pesan Etuza ni ya!.

Hendak alami atau hargai percutian ni usah lupa kewajiban kita kepada Allah dan ibubapa juga tanggungjawab pada diri sendiri. Keselamatan walau di mana kena ingat kena selalu berhati-hati. Selamat bercuti sesi 2015.

Pencapai Bintang 5 A UPSR.

Wah ramai yang mendapat 5 A UPSR tahun 2015 ini. Bertuahnya dapata anak begini. Bijak merebut peluang. Jika di sekolah Etuza peratusan naik dan sekolah Etuza muncul yang terbaik di daerah Keningau 2015. Apapun pencapaian 5 A hanya tiga orang sahaja. Pelajar bertuah itu ialah ( ada dalam gambar ).

1. Ahmad Lokman Dzulkifle - 5 A( Dari Kampung Penagatan Ulu, Keningau )2. Nur Ain Micheal Mohamad Osman - 5 A ( Dari Kampung Penagatan Laut, Keningau )3. Aiza Idawati Emos - 5 A ( Dari Kampung Jalan Mapua, Keningau )

Bertuahnya mereka hingga sekolah raikan kejayaan mereka dengan program Majlis Perpisahan Di Restoran KFC, Keningau - Pada Jumaat 20hb Nov 2015. Bahagia kelihatannya mereka. Tahniah & Syabas!!.


Wajah Pencapai 5A UPSR 2015 Sekolah Etuza

 Ucapan Keramat Dari Blogger ETUZA hal percutian...Jaga Keselamatan!!
Hurry Selamat Menikmati Percutian Indah...
Baca Dua Rangkap Pantuan Etuza.
Kongsikan Grafik Blog PesonaEtuza ..Merundum..dua hari
tiada kemasukan Entri..SIBUK!! yang melampau...((


" Pisang emas dibawa belayar..
Masa sebiji di atas  peti...
Sembah dan salam tangan dihulur
Memohon maaf kesilapan diri..
Pergi ke hutan mencari si rotan saga
Terpandang indah saujana benua...
Wahai teman wahai saudara tercinta
Lupakan sengketa kukuhkan ukuhuwa sesama.

Etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

Tahniah untuk adik2 yang dapat 5A, yang lain tetap terbaik, kalian dah cuba sedayanya.. insya allah akan dipermudahkanNya, aamiin..

Kita tak gaduhkan Cikgu?

tahniah kepada yang mendapat 5A dalam upsr.. semoga terus success..

Tahniah pd yg berjaya dpt 5A...
Sek anak saya pun agak menurun yg dapat 5A cuma 5 org dibandingkan tahun2 sbelumnya dlm belasan murid .

Tahniah buat pelajar yg berjaya mencapai keputusan 5A. Selamat menyambut cuti persekolahan hujung tahun juga buat pelajar, guru2 dan ibu bapa semua...

Tahniah adik adik :) yang tak berjaya usaha lebih lagi insyaAllah :)

tu lah beberapa hari tak nampak kelibat entry cikgu

Seronok lah adik2 tu dapat makan kfc..

Tahniah buat semua..yang tidak berjaya perjalanan masih jauh,masih ada peluang untuk lebih berusaha..selamat bercuti semua

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (213) Kasih sayang (197) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger