Meraikan Hari Bahagia AF Family Dengan Suapan Kek Menyerikan Majlis

Meraikan Hari Bahagia AF Family Dengan Suapan Kek Menyerikan Majlis

 Acara Memotong Kek Meraikan kasih sayang ayah dan Emak
Di Majlis AF Family Dinner Di Hotel Juta, Keningau, Sabah.
Aturcara ringkas Majlis AF Family Dinner
27 hb November 2015 Bersamaan Hari Jumaat.

Assalamualaikum Semua.


    Semalam di Hotel Juta tingkat 1 keluarga AF bagaikan meraikan CINTA & KASIH SAYANG antara semua dan meraikan kebahagiaan ayah dan ibu Etuza. Sebagai anak terasa amat bersyukur dilahirkan oleh mereka berdua.Etuza kakak dan adik - adik dapat melihat ayah tersenyum dan ketawa bersama anak-anak cucu semalam di Hotel Juta. 

" Ya Allah, berilah ayah dan mak kesihatan, umur yang panjang dan kebahagiaan serta rezeki selagi hidup di DuniaMu ini,limpahkan keceriaan kepada mereka berdua agar jauh dari tekanan hidup yang merosak kan kedamaian mereka" Amin ya rabbal alamin.
Semalam acara memotong kek dan bersuapan antara mereka berdua. Gambar diabadikan sebagai tenda dan memori indah yang tidak akan dilupakan. Kepada saudara sekalian di luar sana, hargailah ibubapa anda, mohon agar tidak menyakiti hati ibubapa tetapi sentiasa hargai mereka dengan layanan baik. Sesungguhnya tiada ibubapa yang melahirkan kita selain dari ibubapa kita sendiri. Ingatlah kita semua bahawa " Syurga Di Telapak Kaki Ibu" Ini adalah kata-kata membuktikan betapa kita yakni anak wajib menjaga ibubapa kita demi mendapatkan keredhaanNya dan restu Allah.

Sebaik ayah dan mak selesai memotong kek dan berbalas suapan, Kek hari lahir Aliya Afrina, Madiha, Azza, Resty, Ayisah dan Ibnu Mustaqim pula memotong kek hari ulang tahun kelahiran mereka." Selamat Hari Lahir Buat Anak Tersayang dan Anak Buah Tercinta" Semoga kalian berjaya menjadi anak-anak yang solleh dan solleha. Amin. 

Jemput tengok gambar kenangan kami di Hotel Juta.
Ayah suap kek  kepada mak, dan mak suap kek kepada ayah..
Meriahnya melihat dua ibubapa semalam bersama 8 orang anak
dan 33 cucu mereka..Syukur alhamdulillah..
Acara memotong kek hari lahir juga kepada Ayisah, Rabiatul
Resty, Azza dan Madiha ...Happynya...
Panjang Umurnya, Panjang Umurnya, Panjang Umurnya
Serta Mulia...tiup lilin dan ayah mak potong kek dengan ditemani
anak-anak, menantu dan cucu..
Debaran ayah dan mak dapat kejutan di Hotel Juta semalam..
Semoga ayah dan mak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki..
dipanjang kan usia...Ampun maaf tiap kesilapan kami
kepada ayah dan mak...amin.
Mama dan Ipar Zul sampaikan hadiah kepada ayah dan mak
Serta kepada Aliya Afrina dan Rabiatul Nurfitrah...TAHNIAH
Adik Inap anaknya Nursyifah & Mama dan Azie...semalam di Hotel Juta..


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

salam cikgu semoga Allah limpahkan keharmonian dan keberkatan berterusan dalam keluarga cikgu

Assalamualaikum Cikgu,,,

Bagus dapat buat macam ni....sayang mak bapa kita...

Alhamdulillah meriah...seronok PC tengok...moga semua di panjangkan usia..diberi kesihatan yang berpanjangan..amin..

'mewah' majlis untuk emak dan abah etuza. muga kemeriahan itu berterusan di setiap saat dan hari tatkala bersama mereka berdua,,,

Salam..

Semoga ayah dan ibu madeyo9 diberikan kesihatan yg baik.. Dimurahkan rezeki.. Dan sentiasa bahagia hingga ke Syurga.. Ameenn..

meriahnya ... seronok tengok :)

Hadiah apa lah agaknya tu buat ibu bapa cikgu...alhamdulillah kedua ibu bapa cikgu masih sihat

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (439) Agama (393) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (316) Info Lelaki (279) Tips Blog (273) Pengalaman (246) Anak (232) Pendidikan (220) Nasihat (212) Kasih sayang (196) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (130) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (111) Segmen (108) Keluarga (99) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (52) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger