Menjadi Guru Kesayangan - Ya Allah Apakah Maksudnya Ini!

Kad Ucapan Selamat Hari Deepavali Ini Ditujukan Kepada Etuza.
Ya Allah Murid Ini Menyatakan Menyayangi Etuza. 
Katanya Kerana Cikgu Memberikan Saya Ilmu. Subahanallah...

Tengok jari telunjuk, dia lah murid berumur 10 tahun
yang tidak pernah lupa memberi kad ucapan kepada Etuza. Bagus sekali murid ini.
Semoga Amril menjadi pelajar cemerlang suatu masa nanti.
 Assalamualaikum semuanya. Mohon agar anda semua dikurniakan olehNya kesihatan dan kelapangan masa serta dimurahkan rezeki. Amin.

Hari ini 12hb November 2015 ( Khamis )lebih kurang jam 10.20 pagi tiba- tiba ada seorang murid lelaki tahun 4 Cerdik menyerahkan kad ucapan selamat menyambut Deepavali kepada Etuza. Lalu Etuza yang berada di bilik khas pusat sumber sekolah mengambil dan membaca semua kata-kata dalam kad ucapan yang mengunakan kertas A4 sahaja dan di lipat. Pada kertas itu dinyatakan kepada Etuza. Tulisan murid ini kelihatan masih perlu sangat dibaiki dan ada beberapa perkataan yang perlu dibaiki ejaannya.Antaranya Dipabali sepatut Deepavali.Tetapi Etuza amat kagum dengan semangat dan keberanian murid ini. 

Untuk pengetahuan anda nama murid ini ialah " Amril Riyan" Murid dari kelas tahun 4 cerdik yang selalu memberikan buah-buahan serta kad ucapan kepada Etuza. Memetik kata-kata Amril Ryian berbunyi :-

   " Terima kasih kerana Cikgu telah memberi saya ilmu sehingga saya membesar seperti Cikgu" Sekian dan terima kasih.

Ayat ke 2 ialah " Biarpun saya selalu dibuli, tetapi saya tetap sayang sekolah ini termasuk guru-guru di sini terutamanya Cikgu Azali" Sekian dan terima kasih.

Dalam kad tersebut ada lukisan seperti dalam gambar yang Etuza letak di atas wall catatan  blog Etuza ini.

Pada pendapat anda apa agaknya yang menyebabkan murid ini begitu menyayangi Etuza. Etuza masih ingat murid ini ada memberikan kek dan buah-buahan kepada Etuza suatu masa lalu. Etuza perhatikan murid ini baik dan potensi untuk cemerlang di masa akan datang.Sesuatu yang unik pada anak murid ini ialah dia berkeyakinan diri, suka menegur guru dan amat menghormati guru-gurunya. Setiap kali menjelang perayaan Amril Riyan akan memberikan Etuza kad ucapan, dalam kertas itu dia nyatakan dia amat sayang pada Etuza. Rasa sangat dihargai dan dikasihi. Terharu sangat dengan kad ucapan amril Riyan ini. Terima kasih Amril Riyan.

Lihat logo Ucapan Happy Deepavali dari astro.
Perpaduan itu harus dikekalkan agar aspekkeselamatan negara lebih terjamin. Melalui kebudayaan anutan agama yang saling menghormatiperpaduan akan dapat dikekalkan.

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. Allahu...alhamdulillah..sebak je PC baca,,Cikgu menjadi idola dan sumber inspirasi murid tersebut..moga dia terus berjaya..siapa tahu satu ketika kelak dia juga bakal menjadi gurukan..amin..

    BalasPadam
  2. Allhadulillah... Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami'.... Sayang dan kasih Allah pada Etuza yang dizahirkan menerusi anak murid..... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sheila terima kasih datang ke blog Etuza ya...ya sangat menghargai murid ini..ibubapa yang miliki anak sebaik Amril Ryian ini rasanya kena jaga betul2.

      Padam
  3. Anak ini tak faham lagi perayaan ini utk siapa
    Pada dia perayaan utk semua rakyat M'sia
    Itu yg diberikan pada cikgu...

    BalasPadam
  4. Bertuahnya Etuza jadi cikgu kesayangan..tentu nya etuza seorang cikgu yang baik.

    BalasPadam
  5. Tak kira perayaan apa pun cikgu Etuza dapat kat ucapan ye..
    Bagus anak2 murid cikgu..
    Sayang sungguh dia dgn cikgu ni :)

    BalasPadam
  6. Mungkin ilmu yang dicurahkan cikgu membuatkan Amril rasa lebih bersemangat untuk belajar.. Jarang nak jumpa pelajar begini.. Semoga Amril akan terus cemerlang bersama akhlak yang baik..

    BalasPadam
  7. oh brother etuza cikgu rupanya ... selamat dipabali cikgu etuza :)

    BalasPadam
  8. bagus amril sentiasa ingat cikgu ... my son pun nama amril juga :)

    BalasPadam
  9. cikgu yg disayangi murid2nya kerana beliau layak disayangi spt cikgu etuza yg baik sgt ni...

    BalasPadam
  10. Pasti cikgu etuza salah seorang diantara guru-guru terbaik di Keningau..:)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah Etuza, kasih sayang yang tulus dari anak didik :)

    BalasPadam
  12. seronok pulak rasa bila jadi cikgu sekolah rendah ni :)

    BalasPadam
  13. olo..comel aje ucapan dia...semoga Amril turut menjadi insan yang berguna di masa akan dtg..manatahu bakal pendidik

    BalasPadam
  14. Moga suatu hari nanti dia menjadi pelajar pintar, sepintar guru kesayangannya, aamiin....

    BalasPadam
  15. Bertuah Cikgu sentiasa disayangi oleh pelajar..

    BalasPadam
  16. Hebat cikgu nie..hihi..
    Cik akak mesti tahu...sebab cik akak kerja kat sekolah juga..hihi....
    Adik tu memang berani..walaupun ejaan salah..namun dia berani menampilkan diri..
    Semua adik berjaya dunia dan akhirat

    BalasPadam
  17. sah!! cikgu mmg baik itu sbb sentiasa di senangi oleh anak murid

    BalasPadam
  18. tapi sayang umur 10 tahun tetapi tulisan nya banyak perlu improve

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.