Majlis Silaturrahim AF Family Dinner Tingkat 1 Hotel Juta, Keningau
Majlis Silaturrahim AF Family Di Hotel Juta Semalam |
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Bertemu lagi di udara maya, semoga anda semua sihat hendaknya, bahagia dan ceria bersama ahli keluarga anda ketika ini dan apatah lagi dalam suasana percutian sekolah yang baru masuk ke minggu kedua. Pasti perancangan telah dibuat rapi sebagai pengisian aktiviti percutian ini, agar kehidupan lebih bermakna dan serta percutian dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Semalam Melakar Memori Indah AF Family.
Hebat sekali lakaran sejarah semalam di Hotel Juta, Keningau pada 27hb Nov 2015 bersamaan Hari Jumaat.AF Family Dinner ini diilhamkan oleh adik Etuza yang bernama Zainab dan adik Bella serta di sokong sepenuhnya oleh kami lapan adik beradik.Perbincangan dilakukan di group AF Family melalui what supp disebabkan kami semua saling berjauhan. Antaranya ada yang sedang bertugas di Sandakan, ada bersama keluarga di Kota Kinabalu ( Tamparuli, Sabah ) di Daerah Sook, Keningau dan sekitar Keningau.
Syukur alhamdulillah, nampaknya Allah berkati usaha murni ini untuk berkumpul semua adik beradik di Tingkat 1 Hotel Juta. Kehadiran kami lapan orang adik beradik bersama suami dan isteri masing-masing serta anak-anak kelahiran sendiri. Dan paling HEBAT ialah kami bersama insan tersayang iaitu kedua IBUBAPA kami. Dan harap anda tidak tersilap tafsir AF itu. AF bukan Akademy Fantasia. Tetapi A adalah nama ayah kami iaitu Ayub dan F ialah Fatimah nama ibu kami selepas mereka berdua memeluk Agama Islam. Tercetuslah sejarah yang amat manis dalam kehidupan AF Family.
Ayah kami memberi ucapan ringkas dan selepas itu Doa Selamat yang diketuai oleh ipar Etuza iaitu Razali Rahman ( Suami kepada lla) |
Etuza di lantik sebagai pengacara (MC)
cara santai sahaja, tetapi sangat ceria semua dengan kegembiraan bersama ahli keluarga semua. |
Acara Rasmi Majlis AF Family Dinner
Acara secara santai sahaja tetapi padat dengan pengisian majlis ini. Sebagai MC Etuza sedaya upaya menceriakan keadaan agar semua keluarga AF teristemewa emak dan ayah kami mengetahui tujuan dan visi serta misi perkumpulan muhibbah ini. Antara pengisian majlis AF Family Dinner semalam ialah:-
* Kehadiran oleh semua ahli keluarga dengan kereta masing-masing seawal jam 7.00 malam.*Bersalaman *Ucapan alu-aluan oleh ayahanda tersayang En. Ayub Sanap ( Ketua AF Family)*Bacaan AlFatihah khas kepada arwah dalam keluarga AF Family* Doa Selamat Kesyukuran oleh Ipar Razali Rahman.* Pemberian Hadiah Kepada Ayah dan Ibu kami.* Jamuan dihidangkan dengan alunan muzik ( seronoknya makan bersama)* Acara memotong kek kepada Ayah dan Ibu kami.* Acara memotong kek kepada 5 anak dalam AF Family yang lahir bulan November *Anugerah UPSR kepada pencapai 4 A 1B Aliya Afrina Shamly dan 2A 3B Rabiahtul Nurfitrah Iskandar.*Penyampaian hadiah kepada anak-anak yang dirai Hari Lahir November 2015* Acara karoke sambil menikmati kek Hari lahir anak-anak buah termasuk anak lelaki Etuza Ibnu Mustaqim.
10.20 minit malam -Acara Tamat.Bersurai.
Kepada anda semua mari lihat kemeriahan acara majlis AF Family Dinner di Hotel Juta Semalam. Dan gambar-gambar ini adalah gambar sebaik keluarga masing-masing mengambil tempat duduk di Tingkat 1 Hotel Juta Keningau.
Keluarga dari adik Leha dan dari adik Bella serta anak-anak mereka. Lelaki baju kuning dan kelabu tu kedua-duanya ipar Etuza. |
Keluarga Kakak Sulung Etuza dan kelaurga Etuza..nampak mama sedang layan Aliya |
Ayah dan Ibu kami ( AF) serta anak-anak dari adik lla isteri kepada Razali Rahman. |
Keluarga adik Zainab dan anak-anak Etuza ..ada kan nampak Mustaqim, Afif dan Nick Irfan. |
Ini adik Ime dan adik Bella. |
Ipar Zulkifly dan anak-anak dia serta bakal menantu Adik Zainab ( Pengerusi AF Family Dinner ) dan ibu ayah kami. Happy ja kan.. |
Kenangan Ayah Mak dan Etuza bersama Ipar-Ipar Etuza.. jarang bersua begini..memang banyak cerita semalam..terutama hal anak-anak..Terubat rindu dengan adik bongsu kami Leha. |
Wah! Etuza dan mama..serta keluarga adik Mian..adik lelaki Etuza |
Adik Leha dan baby dia serta anak-anak buah Etuza..dan Aliya Adibah.. happy nya nampak Aliya semalam.. |
Keluarga Kakak Sulung dan Azie, Ayen dan Rabiatul Nurfitrah ( 2A 3B-UPSR) |
Tersenyum adik lla serta suami dia Razali dan adik Bella bersama suami dia Shamly Johari ( Polis ) dan anak-anak mereka. |
TERIMA KASIH SUDI MEMBACA DAN MELIHAT MEMORI INDAH AF FAMILY.
5 Ulasan
Meriahnya, cikgu! Boleh diadakan sebagai acara tahunan keluarga ni.
BalasPadamsalam cikgu, wah majlis majlis macam ni best. InsyaAllah boleh eratkan ukhuwah .
BalasPadamASSALAM...NAMPAK HARMONI N BERBHGIA SEKALI KELUARGA CIKGU YA...ACARA BERSAMA KELUARGA BEGINI MMG PATUT DIADAKAN UTK MNGERATKAN PERHUBUNGAN KEKELUARGAAN..
BalasPadamASSALAM..BHGIA N HARMONI SEKALI KELUARGA CIKGU YA...
BalasPadamSemua ceria...alhamdulillah
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.