Kehadiran Rombongan Meminang Disambut Mesra Di Pinousuk Ranau

Kehadiran Rombongan Meminang Disambut Mesra Di Pinousuk Ranau
Asalamualaikum semua. Apa khabar? Ada yang sudah beradu dalam masa tengah malam ini.

Kemarin rombongan meminang telah bertolak seawal jam 8.20 pagi dan sampai di Ranau pada jam 11.30 pagi, kemudian kami masuk ke restoran anjung selera. Sementara kakak dan rombongan lain masuk ke restoran Hasanah dekat Milimewa di Ranau. Lepas itu solat Johor dan terus ke Kampung Pinousuk Ranau.

Nampaknya mencabar pergi ke Kampung Pinousuk ini. Mujur jalanraya berturap.Terbayang pula situasi mendaki gunung untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Sebab Kg. Pinousuk ini di kaki bukit atau kaki Gunung Kinabalu di Kundasang Ranau. Rombongan kami disambut baik dan mesra ramah tamah dari pihak ibubapa bakal tunang Zie Zie. Syukran selepas menjamu selera mula lah proses membincangkan hal pertunangan.

Ringkasan Pertunangan Mereka.
* Isi borang seolah satu perjanjian
* Bincang wang hantaran belanja perkahwinan.
* Kg. Pinousuk masih kekalkan wang berian dari pihak lelaki. Namun bukan tinggi, biasa sahaja.
* Bincang tarikh dan bulan perkahwinan ( Nikah )
* Majlis diteruskan dengan doa selamat.
* Acara berbalas dulang hantaran lelaki dahulu baru pihak perempuan.
* Acara menyarung cincin pertunangan oleh ibu lelaki kepada bakal menantu.
* Acara potong kek berbalas kek pun diadakan. ( Meriah sungguh )
* Acara bergambar dan kembali ke ruang legar di luar pula untuk acara Karoki.
* Wajib pihak rombongan lelaki buat persembahan nyanyian. Wakil kami Ayisah, Rahsid dan Azizi sendiri.
* Beredar ke Keningau lebih kurang jam 4.30 petang. 

( Etuza sekeluarga terus ke Kundasang Ranau yang 3 KM jauh dari Kampung Pinousuk)

Kakak Etuza dan ibu tunangan Zie Zie..Mesra betulkan.. 
Semua rombongan ambil gambar..ada yang tak
tunjukkan muka..Hehehe..rugilah  tak ada muka...
Baru sampai..syukur lah selamat dari Keningau



Duduk rehat sebelum di pelawa masuk ke dalam rumah..
Entri lain mengenai pertunangan ini ialah:-
1. Acara bertukar dulang hantaran
2. Menyarung cincin 
3. Potong kek dan bergambar.
( Kerja rumah untuk pengisian blog Etuza )

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. ooh...macam ni rupanya progres pertunangan...baru tau...heheheh

    BalasPadam
  2. Meriah majlis pertunangan di sana! Ingatkan cikgu yg nak bertunang...hehe (gurau je)

    Melihat pada acaranya, tidak banyak beza dengan apa yg dipraktikkan di semenanjung

    BalasPadam
  3. Wah meriahnya walaupun baru majlis bertunang..

    BalasPadam
  4. cantik la kombinasi warna bunga iasan pada barang hantaran tu cikgu..
    cikgu boleh tak beri email..mudah untuk PC beri alamat..masukkan alamat email cikgu pada kotak komen PC.

    BalasPadam
  5. Lain tempat lain caranya..besar besaran juga pihak perempuan buat..tahniah..alhamdulilah..nampak meriah

    BalasPadam
  6. Pasti meriah majlis pertunangan ini.. Setiap tradisi pasti menarik..

    BalasPadam
  7. Meriahnya majlis pertunangan Azizi ^-^

    BalasPadam
  8. Hehehe..kat sabah memang wajib kena bagi berian kan..wkwkwk

    BalasPadam
  9. biasanya kalau majlis begini apakah menu utama yg di hidangkan

    BalasPadam
  10. Cantik dan segak bergaya ahli rombongan...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.