Iklan Dalam Blog Letak Ikut Prosedur Yang Betul.

Iklan Dalam Blog Letak Ikut Prosedur Yang Betul.

Iklan Dalam Blog Letak Ikut Prosedur Yang Betul.
** Muhasabah Diri Orang Lebih Berusia..
baca dalam gambar..

Assalamualaikum semua..ada ke teman blog dan pembaca maya sedang ke udara sekarang?

   Diharapkan sihat semua di hari kedua percutian anda.Pagi-pagi lagi Etuza buat blogwalking. Seperti katak lompat dan lompat ke laman pada sesiapa yang ada blog. Lalu Etuza tertarik pada satu artikal mengatakan GAJI ARTIS didedahkan. Siapa tak minta untuk tahu ...tetapi sayang sekali seolah blog tu tak mahu kongsikan kepada kita. Seperti itu andaian Etuza. Kerana bertubi-tubi IKLAN menutupi artikal itu hingga berpinar-pinar mata Etuza. Agaknya IKLAN tu yang tutup artikal blog tu dalam beberapa saat tetapi berulang-ulang berbayar agaknya .Sebab itu IKLAN tu diberi keutamaan dalam blog.Sedih lah Etuza tak baca semua sebab GANGGUAN iklan tersebut.

Blog tu untuk apa? Untuk laluan iklan berbayar ke apa? Blog untuk Informasi kita yang sebenar. Iklan itu boleh ..iya dalam blog Etuza juga ada IKLAN tetapi mohon para blogger letak iklan ikut PROSEDUR yang dicadangkan. Contohnya iklan NUFFNANG.syarikat ini mengarahkan blogger agar letak sisi letakan yang tepat, maka sebab itu iklan NUFFNANG mesra blog dan mesra pembaca. Belum ada teman blog komen iklan Nuffnang. Etuza syorkan letak iklan cara yang tepat, jangan pula IKLAN dalam blog jadi keutamaan santapan para pembaca. Boleh jadi blog itu akan DITINGGALKAN jika ada yang tidak kesabaran.

Satu lagi ruang komentar yang banyak . Etuza boleh jadi bingung lah mana satu nak drop komentar. paling bagus yang sedia ada, ruang komentar yang sedia ada. Mohon maaf kepada semua ya..Etuza serta ramai lagi yang suka BLOGWALKING tanpa anda sedari mereka semua suka drop komen. Kalau ruang komen itu sukar nak komen bagaimana kita buat jejak blog. Ruang komen minta email agak menyulitkan. Mohon maaf kan Etuza. Semoga ada kebaikan entri Etuza pagi-pagi hari ini. Apapun terserah pada pemilik blog nak buat apa pada blog tersebut. Tetapi Etuza nak bagitahu blog tu untuk apa? Setidak-tidaknya untuk dibaca kan. Maka bagi lah pembaca mudah membaca informasi anda.Terima Kasih.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

20 ulasan

Cikgu.....pagi pagi dah merungut ni hihi.....
Yelah....kalau terlampau banyak iklan, terlampau banyak kotak komen , pening jugak kita. Saya punya iklan Nuffnang dah lama tak keluar Cikgu

adakala mereka lupa erti berblog sebenar yang ditutupi dengan iklan....

Begitulah dikatakan ramai org macam-macam ragam cikgu.
Apa nak buat bila tak dpt dibaca tak boleh dikomen kita tinggalkan ajelah...

assalam...iklan yg bnyk mmg mengganggu fokus kita membaca blog...

betul cakap etuza tu.

tapi saya teringin juga nak letak iklam dalam blog saya ni satu dua tapi tak reti. at least dapat juga habuan sambil berblog...

As-salam Cikgu Etuza. Iklan dalam blog SP pun sebenarnya agak menggangu jika dilayari melalui smartphone disebabkan oleh pengiklanan Mobicow dan Innity. Cuma tipsnya, kalau iklan tu keluar sila Backspace sekali atau 2 kali bergantung kepada berapa kali iklan tu keluar..:)

saya tekan pangkah ja kalau sesebuah blog tu menyusahkan..

Apa nak buat, ada sambil menyelam minum air, sambil tulis entri sambil buat duit...

cuba bagi link website blog tu. nak baca juga

Ya Hainom..rasa terganggu sebenarnya berminta naka baca apakan daya Iklan mengganggu..hehehe..

SP..guna komputer pun ada blog muncul iklan hingga 3 atau 4 kali..hummm!! pangkah terus sebab time BWalking kita terganggu..tapi Laman SP still ok ..tak ada iklan tu ganggu..

Hahaha JR macam tau ja ..hehehe tak apa lah tapi iklan kena letak di ruang yang tepat..jangan artikal dah muncul tiba2 iklan menutupi artikal ..haduiiiyai...

Kalu dpt blog gitu, x teringin nak ke sana lg..

Lagi satu, kdg2 mereka bg link, kononnya jika kita nak baca lebih lanjut kena klik link yg diberi.

Malangkan blogger "mata duitan" ini bagi link iklan nufnang cuma, nak menipupun agak2lah, kalu dpt yg ni, terus sy boikot @ unfriends

saya memang tekan pangkah terus. itu yang pasti ..nak nak kalau line tengah slow.

Betul tu..kalau menyusahkan pasti dipangkah je..takpun terus keluar..

Blog yan tiada iklan..:-))

Blog Zumal ok aje kan ^-^

Blog Zumal ok aje kan ^-^

Betul tu.Tengah mencari kotak komen mesra pengomen tersinggah sini.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (430) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (363) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (292) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger