Hajat Terkabul Hari Ini, Alhamdulillah

Hajat Terkabul Hari Ini, Alhamdulillah

Jalinan Persahabatan Maya Terzahir Hari Ini..Syukran Kepada Allah.

Gambar Kenangan Semasa Di Pallas Hotel Kota Kinabalu ( berbaju kot )
Gambar sekadar hiasan blog.
Hajat Dikabulkan Oleh Allah.

   Rupanya Allah mendengar dan memahami hajat Etuza untuk cuba bersemuka lagi dengan saudara Hamidi, seorang blogger yang terkenal di Keningau masa kini. Klik Laman Sentiasa Panas pasti anda akan terus sahaja disajikan dengan informasi yang amat bersahaja dan berani dari hasilan jejari Blogger Hamidi.

Percaya atau tidak hari ini sebenarnya bukan niat Etuza untuk berjumpa dengan Blogger Hamidi di Keningau. Etuza simpan dahulu hasrat tersebut kerana hendak mencari masa yang benar-benar sesuai agar pertemuan antara Etuza dan Blogger Hamidi adalah sesuatu pertemuan yang bermakna dan dapat berbual berbincang agak lama. Pasti dalam minda pilihan paling tepat adalah hujung minggu dan hari-hari cuti umum antara November dan Dis 2015. Ini memandangkan Blogger Hamidi adalah kakitangan Jabatan Perangkaan di Daerah Keningau.Rupa-rupanya Allah tidak mahu tangguhkan niat atau hajat Etuza itu kerana hari ini Etuza dan Blogger Hamidi dipertemukan dalam keadaan tidak sengaja.

Detik Pertemuan Yang indah Antara Dua Blogger Keningau.

   Pertemuan tanpa sengaja itu berlaku di lokasi yang sama pertemuan kami dahulu, iaitu berdekatan dengan Kedai Photocopy Star Trading ketika Etuza duduk seorang diri pada meja makan sebuah kedai makan milik orang Jawa Melayu. Etuza agak lapar sekitar petang hari ini sebaik keluar dari Stokis Elken untuk dapatkan oder produk Elken. Antara oder produk Elken ialah Kolegen Elmarino, Livextra dan minuman Elcafe Coffie.

Dalam menunggu oder Nasi Goreng Petaya, Etuza ternampak Blogger Hamidi sedang berjalan melalui ruang Kedai Star Trading. Etuza agak terkejut dan segera menegur Blogger Hamidi. Etuza jemput Hamidi untuk makan bersama, tetapi nampaknya saudara Hamidi menolak atas alasan baru sahaja makan bersama kawan katanya. Apapun Hamidi sudi duduk seketika bersama Etuza dan menemani Etuza makan nasi goreng petaya. Bukan rezeki Etuza belanja Hamidi makan bersama hari ini.

Etuza sempat bertanya pada Hamidi tentang dunia blogging. Katanya memang seronok tetapi seperti kita katanya sukar untuk membuat Blog Walking atau blogging sepenuh masa.Secara ringkas hasil perbualan antara kami Etuza dapat simpulkan bahawa sebagai blogger kena akur:-

1. Pasti ada kritikan dari tanpa nama atau pun orang individu lain yang berniat dua perkara antara menyokong dan menjatuhkan katanya.Atau ada unsur hasad dengki katanya.

2. Blogging secara sepenuh masa pasti blog akan naik traffik terutama pengview blog. Dan tidak mustahil view sehari akan capai jutaan pengview sebagaimana pengalaman blogger SP.

3. Paparan blog yang mengisahkan politik, perkara yang sering menjadi viral di laman sosial kena tabah dan kena sabar apabila dikritik atau dilontarkan pelbagai soalan.

4. Kata Blogger SP niat untuk berblog hanya berkongsi dan soal blog itu baik terkenal atau sebaliknya kedudukan kita sebagai blogger adalah sekadar berkongsi dan sumber kewangan dari blog itu merupakan rezeki dan inisiatif tiap blogger di mana juga berada.Tidak dinafikan katanya ramai blogger yang mempunyai pendapatan lumayan di laman sosial apabila mendaftar dengan Google Adsend, Innitty, Nuffnang dan sebagainya.

Akhir sekali Etuza sempat bertanya berapa zuriat blogger Hamidi. Katanya baru ada 2 orang. Setakat itu sahaja bual bicara kami dan kami bersalaman sebelum berpisah. Terima kasih atas semua pendapat dan nasihat SP kepada Etuza sebagai penggiat blog di daerah Keningau ketika ini.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

wow... seronoknyer bila jumpa dan kongsi pengalaman...

wah SP, sentiasa panas.... seorang blogger yang pada kak ana cukup berani ... banyak tips yang diperbincangkan antara dua blogger hebat ni.. :)

Alhamdulillah cikgu..moga ukhuwah cikgu dan blogger Hamidi berpanjangan..amin..

Bertuahnya dapat berjumpa dengan blogger femes

Alhamdulillah. Terjumpa secara tiba-tiba dengan cikgu etuza hehe..

terbaik,benda baik insyaAllah,Allah akan makbulkan..

Alhamdullilah. Termakbul impian.

Mengeratkan silaturrahim ye cikgu....alhamdulilah. Allah permudahkan.
Wah....berbual pun pasal dunia blogging jugak yer....maklumlah blogger katamya hihi

Blogger SP jarang menonjolkan wajahnya,,hahaha,,
Inilah dia blogger sabah..
Bila pula nak jumpa blogger sarawak nie..hihi

Assalammualaikum... etuza,

Alhamdulillah.. dapat berjumpa dengan blogger SP... semoga ikatan persahabatan etuza terjalin sehingga ke Jannnah....

mselim3

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (297) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (214) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (184) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (133) Alam Semulajadi (122) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (89) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger