Fasa 2 Updated 20 Kali Niat 40 Hari Menghulur & Memberi Kepada Yang Memerlukan

Updated 20 Kali Niat 40 Hari Menghulur & Memberi Kepada Yang Memerlukan
Gambar nukilan Etuza..sekadar menghiasi blog ini
Asalamualaikum, bersiaran lagi ke udara maya.

Masih ada tak yang belum tidur? atau ada tak yang mata dah berpinar2 tetapi tetap nak online membaca informasi di blog ke blog? Jika ada mari Etuza temankan denga satu Entri hebat dari Etuza. Alamak angkat bakul sendiri kan. Kadang kala bila ada rasa penat lenguh2 badan rasa sedap sahaja nak baring, kemudiaan diulit mimpi indah.Ok sebentar lagi hendak beradulah kita semua.

Ok..kali ini Etuza hendak updatedkan semula projek tergendala tetapi tidak dalam kontek lupa. Segar dalam minda dan masih hari-hari Etuza dan mama( isteri ) Etuza buat dan buat selagi ada benda hendak dihulur dan diberi kepada yang dirasakan memerlukan. Kenapa ya terjadi niat 40 hari nak memberi ini di laman Etuza. Pasti ada ceritanya yang mengilhamkan kepada Etuza. Siapa ada membaca Etuza tiba-tiba didatangi oleh dua kanak-kanak pengemis, ketika itu Etuza berada dekat kawasan pembuangan sampah sarap di Keningau. Ada tak yang ingat. Ha cuba angkat tangan. Tu lah sebabnya. Nanti Etuza link kan ke sinilah. Baiklah Etuza mulakan projek memberi dan menghulur ini. Mari kita bersama-sama memberi dan menghulur.

20 Hari lagi tambahan menggenap ke 40 hari niat bersedekah jariah.

Hari 21: Memberi/ menghulur duit kepada ibu Etuza ( memang tanggungjawabkan ) jumlahnya tidak perlu. Pada 07hb Nov 2015.
* Memberi makanan biskut kepada dua orang murid lelaki tahun 6 di sekolah Etuza.* Menderma di tabung Masjid Ranau.
Hari 22: Memberi/ menghulur Wang kepada ayah mentua bersama isteri sejumlah yang di perlukan. Projek robohkan dan  bina dapur baru rumah  untuk ayah mentua sudah bermula. Menghulur sejumlah RM5000 kepada ayah mentua.Pada 08hb Nov 2015.
Hari 23: Memberi / menghulur makanan kepada anak buah dan pembantu mak menjual di gerainya.Pada 09Hb Nov 2015. 
* Memberi makanan kepada seorang anak yatim ( masih kecil )
Hari 23: Memberi dan menghulur isi lengkuas kepada jiran yang datang meminta lengkuas di laman Etuza ( tiba2 datang kala maghrib minta isi lengkuas-Hadui macamana nak korek dah maghrib.Datang memberi salam katanya nak minta ehsan isi lengkuas yang segar nak buat ramuan soto. Hadui maghrib pun ada yang nak datang ya...Ok beri saja..tak minta harga. Ambil banyak pun tak apa. Dia korek sendiri.Subahanallah..Pada 09hb Nov 2015.
Hari 24: Memberi dan menghulur makanan kepada kanak-kanak yatim. Memberi duit kepada teman sebaya Aliya di sekolah.Pada 10hb Nov 2015.
Hari 25 : Hari ini memberi RM 2000 tambahan kepada pembaikan dapur ayah mentua yang telah di robohkan.Ayah mentua call untuk tambahan duit pembinaan dapur baru rumah ayah mentua. Subahanallah...semoga dimudahkan. Pada 11hb Nov 2015.
Hari 25: Memberi dan menghulur hadiah komentar unggul dengan hantar ke pos laju Keningau hari ini kepada 5 orang blogger peringkat pertama. Kepada Blogger Iryanty, Ariffin, Ashikin, Julia Johari dan Zumal. pada 11hb Nov 2015.
Hari 26: memberi dan menghulur duit kepada mak di kampung pagi tadi. Bagi untuk mak beli apa2 keperluan.
* Memberi makanan coklat kepada 10 orang kawan-kawan Aliya.Hari ini 12hb Nov 2015.
Hari 26 : Hari ini menghulur/ memberi hadiah kepada 3 blogger hebat iaitu kepada Blogger Martini, Jari Manis Dan Blogger Paridah. Alhamdulillah pada 12hb Nov 2015.
Hari 27 : Memberi makanan coklat kepada 4 orang kawan Aliya di sekolah.Memberi ayah  duit saku selepas solat Jumaat pada 13hb Nov 2015.
Hari 28 : Memberi dan menghulur kuih ( buah tangan) kepada ayah mentua semasa lawatan ke rumah beliau.Memberi makanan kepada anak dan kawannya di asrama SMK Agama, Keningau.14Hb Nov 2015.
Hari 29 : Memberi dan menghulur kepada anak buah sebelah isteri makanan untuk di bawa ke asrama hari ini, bersama anak Etuza. Dan hantar mereka berdua ke asrama. ( SMK Agama -Belum cuti ya )15hb Nov 2015.Bank in duit kepada anakanda  Etuza.
Hari 30
Hari 31 : 
Hari 32 :
Hari 34 :
Hari 35 :
Hari 36:
Hari 37 :
Hari 38 :
Hari 39 :
Hari 40 :
( Saksikan siapa kah gerangan yang bertuah esok..niat hidupkan 40 hari memberi ala kadar semampu Etuza dan mama -  isteri Etuza) Usah lupa klik INI ya.




Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Memberi apa sahaja sekalipun sebuah senyuman yang harganya percua tapi kesannya menceriakan suasana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah IM...IM kena rajin ya datang di blog Etuza..inshaAllah...Etuza hargai semua teman blogger..tqvm sudi terjah blog Etuza ya...

      Padam
  2. Buah Lengkuas???? opsssssssssssss ada ajer nak komennya UA, hi3

    BalasPadam
    Balasan
    1. isi pokok lengkuas..soory bukan buah ya ya UMI....minta maaf..isi lengkuas..hahaha..adui mujur umi betulkan ..thanks...

      Padam
    2. Maaf Cikgu, asyik komen jer saya ni..

      Suami sayapn gitu juga, fobia dia nak hantar mesej, asyik kena tegur jer ejaan tu..

      Padam
    3. kadang tu lari mause ..ke tengah artikal..tanpa kita sedar..malu Etuza tetapi mujur teman blogger yang arif lagi baik hati semua..tqvm umi

      Padam
  3. Syukur alhamdulillah mg rezeki dimurahkanNya, aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lebihan tu kita memberio dengan ikhlas, sebab jika tak ikhlas tak damai jiwa tu umi..mana-mana yang ada tu ala kadar ja umi...

      Padam
  4. Baiki dapurpun dan cecah RM7k, itulah sekarang ni, semua kos naik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapur ayah mentua di robohkan tu Umi. tandas semua dan tempat mandi biar dalam rumah tu. Tandas di luar. Bila balik ke rumah ayah mentua anak anak ngomen tandas di luar ...Zink spendek cecah dekat RM2 ribu...tak apa lah Etuza yang cadang kan ..tak apa lah bagaikan bina masjid..besar ruang tamu dapur mentua.

      Padam
    2. insha Allah ada masa Etuza kongsikan rangka dapur ayah mentua ya..tak ada masa sangat nak ke sana..tiap petang hantar anak ke kelas agama..pergi hantar dan ambil memang satu tanggungjawab kita semua..

      Padam
  5. Baiki @ bina dapur?? itulah baca sepintas lalu, ingatkan baiki bah dapur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. baiki seleps di robohkan rasanya paling tepat dibinakan semula..kos tinggi umi...terkejut juga..ha idea nak baiki tu kepala Etuza dan mama..ipar lain tu ikut ja...tak apa bagi ayah mentua happy ketika hidupnya. nanti balik ke rumah ayah mentua boleh tidur ..Etuza minta satu stok bilik dalam ruangan tamu dapur ayah mentua..anak2 pun happy dah lepas ni tandas dan bilik mandi dalam rumah...tak lah bagus sangat..rumah orang kampung ja UMI...

      Padam
    3. Itulah, bila fikirkan kos yang meningkat berkali ganda, terbantut niat saya nak ubahsuai rumah hi3

      Tunggulah sikit masa lagi..

      Padam
    4. Cikgu....

      Gaji RM7000 @ Bagi Rm7000???

      'typo' lagi, hi3

      Padam
    5. Cikgu...

      Gaji RM7000 @ Bagi RM7000?

      'Typo' lagi, hi3

      Padam
    6. Alamak sorry, silap tu Umi. Bukan maksud Etuza gaji kepada orang yang robohkan dan bina semula dapur ayah mentua. Upah mereka minta mulanya RM 10,000 tapi Etuza mohon agar dikurangkan memandangkan sebelah dapur tu masih berdinding. Etuza cadangkan tutup dinding papan tu dengan playwod yang agak tebal agar cantik..Mujur mereka dapat dirunding gaji/upah pekerja buat dapur tu RM7000.lupa letak gaji kepada pekerja yang buat dapur tu. terima kasih ya Umi tegur etuza..pastilah Umi agak keliru tu..thank sangat2

      Padam
    7. hahaha gaij sebegitu lum sampai lah.Etuza tak tipu ada biro angkasa lah UMI..so kena potong kan...hapa faham ya maksud gaji tu adalah upah kepada yang buat dapur tu ya...

      Padam
  6. Harta pangkat apapun kedudukan..yang penting nilai keikhlasan kita cikgu.
    Semoga berjalan lancar usaha cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat2 setuju dengan cik akak tau..semoga Allah memberkati apa juga yg kita beri kepada semua yang memerlukan...

      Padam
  7. syukur alhamdulillah sikap cikgu yg amat pemurah pasti bergnda-ganda ganjaran-Nya...insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PI macam sebak baca doa2 ini..ya Allah baiknya hati teman maya Etuza ini..syukur ya Allah...mereka tahu hargai teman maya. Alhamdulillah..

      Padam
  8. Alhamdulillah.. Semoga terus bertambah rezeki cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ya Aiza...semoga Aiza juga dimurahkan rezeki ya...

      Padam
  9. Assalammualaikum Etuza..lama tak singgah sini..sibuk dengan tugas..Alhamdullilah suka dengan apa yang Etuza laksanakan..semoga lebih dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  10. Serahkan pujian itu kepada Allah. Semua kita pinjam sahaja...mula2 tu Etuza tak setuju nak robohkan dapur ayah mentua. tak apa lah biar lah anak2 dia yg lain buat. Tapi isteri duk menung ja..kata nya bila kita balik anak2 tak selesa..kejap ja nak balik. Bukan apa anak-anak Etuza tu ..biasa hidup susah.
    Ok lah Etuza benarkan dan bagi idea ..semua idea nak bagi tandas dan tempat mandi dalam rumah Etuza yang cadangkan. Murah ja zink ayah mentua nak zik biasa tu. Etuza pigi tukar Zink spandek...tak banyak beza pun. Lagipun spandek ni agak kualiti kan..lepas tu mudah nak pasang. Zink spandek hari ini dah di hantar depan rumah ayah mentua tu...

    BalasPadam
  11. Salam mesra. Terima kasih kerana banyak mengomen di blog CN. Jemput join giveaway CN ye :http://www.cekgunorazimah.com/2015/10/giveaway-cinta-by-cn.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam CN..ooo ya..selalu Etuza membaca di blog CN ya. Terima kasih sudi jemput,.akan terjah nanti ya CN

      Padam
  12. Alhamdulillah.... murah rezeki cikgu... sama2 berkongsi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya nanti Etuza pasti terjah blog anda...

      Padam
  13. Assalamualaikum..
    Salam perkenalan..
    semoga terus dimurahkan rezeki untuk terus berkongsi..

    BalasPadam
  14. cikgu pemurah!! semoga Allah murahkan lagi rezeki kepada cikgu

    BalasPadam
  15. hulur 5,000 kepada ayah mertua? wahhhh terbaik!

    BalasPadam
  16. ahakss...time maghrib datang cari lengkuas? x pe kalau beri free makin bercambah lengkuas tu nanti

    BalasPadam
  17. untung ayah mertua dapat menantu cam cikgu etuza ni pemurah

    BalasPadam
  18. dalam surah al baqarah allah menjelaskan..kepada mereka yg suka bersedekah atau berwakaf..allah akan gandakan rezeki kepada pemberi..semoga rezeki cikgu tambah berganda aminnn

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.