Biskut Ais Jem Brand Khong Guan Mengimbau Kenangan Lalu
Asalamualaikum, bersiaran di laman Pesona Etuza pagi hari ahad.
Kali ini paparan dalam gambar memperlihatkan sejenis makanan yang sangat sinonim dengan Etuza suatu masa lalu. Ketika kanak-kanak Etuza hingga lah ke alam remaja, makanan biskut ini seringkali menjadi santapan Etuza dan keluarga pada suatu masa yang lalu.
Apa Cerita Menarik! Tentang Biskut Ini?
Mengimbas kembali zaman kanak-kanak Etuza, inilah makanan atau biskut yang ibubapa Etuza sering beli suatu masa dahulu. Mulanya Etuza tidak gemar memakan biskut bermahkotakan manisan berbagai warna dan corak pada biskut ini. Etuza rasa tak suka sebab biskut ini bulat dan kecil sahaja. Etuza fikirkan tidak mengenyangkan dan selalu membiarkan biskut dalam botol yang ibubapa Etuza beli untuk kami adik beradik. Masa itu selalu juga bertanya dalam hati " Kenapa ini sahaja yang selalu diberikan, tidak ada lain kah biskut yang lebih sedap?" Ha inilah pertanyaan yang bermain di minda Etuza.
Ibubapa Etuza kemudian menyatakan kenapa mereka selalu membeli makanan ini untuk kami adik beradik. Rupanya begitu sekali ibubapa Etuza berusaha memberikan makanan yang mudah untuk mereka dapatkan. Selain biskut mayat atau roti tawar yang diberi inilah juga biskut yang selalunya ayah Etuza beli. Rupanya ayah selalu beli biskut ini kerana menurut ayah masa tu biskut ini:-
1. Murah
2. Banyak dalam setiap kedai di Keningau masa itu
3. Bilangan biji biskut yang banyak dan menarik coraknya
4. Boleh disimpan lama dalam botol kedap udara
5. Boleh di bawa ke kebun dan menikmatinya selepas makan tengahari.
6. Corak menarik dan ada rasa aiskrim.
Betul kata ayah Etuza. Memang benar sekali, apa yang ayah kata itu sebenranya amat betul sekali dan Etuza tidak menyangkal kebenaran kata-kata ayah. Terima kasih kepada ayah dan ibu Etuza yang mengenalkan Etuza biskut ini.
Secara tiba-tiba Etuza ternampak bungkusan Biskut Ais Krim Brand Khong Guan ini dengan harga RM2.50. Dibungkus cantik dan bukan pada plastik yang lutsinar tetapi dibungkus dengan lebih kemas dan yang penting sekali ada lebel HALAL. Hari ini biskut yang mendewasakan Etuza dan memberikan Etuza nikamt kesedapan rasa aiskrim menghias laman Etuza. Oh hidup Oh hidup..bagaikan putaran roda. Ingatan masa lalu sesekali berputar ke minda hanya dengan ingatan kepada situasi kita dibesarkan oleh ayah dan ibu kita.
Comel pula nampak dalam Mangkuk Hidang Cina Bersinar Putih ini...Seolah nak ngap satu kan... |
35 Ulasan
Saya suka makan biskut ni Cikgu, warna warni, itu yang menariknya..
BalasPadamSekarang ini ada juga beli untuk Alya, diapun gemar..
BalasPadamBiskut mayat??? Tiba2 nostalgia lalu dtg kembali..
BalasPadamSedapnya jika dicicah dengan air kopi o pekat..
kalau kat sini panggil roti keras, hehe tak pernah dengra pulak biskut mayat
PadamSemasa kat kg dulu, mmg sinonim dgn gelaran ini.
PadamKeras sgt biskut ni tp sedap..
Roti keras lainlah yana, yg ni biskut cracker kecik2 tu..
PadamOuh lain eh , heheh silap silap kak
Padamkenapa di beri nama biscut mayat?
BalasPadamBiasanya dihidangkan kpd tetamu jika ada kematian.
Padamoooo, hehehe, baru tahu
PadamYana, yg ni gelaran org2 lama, anak2 muda tak tau..
PadamJM pernah makan waktu sekolah rendah dulu..suka sgt sbb warna warni
BalasPadamsekarang ada kawan-kawan bawa ke opis tapi dah tak suka mkn sebab krim kat atas tu rasa manis jadi x gemar sudah
BalasPadamkiranya biscuit masih di produce sehingga sekarang..dah berpuluh tahun lah biscuit ni di pasaran kan
BalasPadamhaah sis JM , legend betul biskut ni
Padamteringat kembali biskut ini cikgu.. ketika aiza berkunjung ke kenduri kahwin seorang sahabat baru-baru ini, dia memasukkan biskut ini sebagai salah satu barangan dalam goodies bag yang diberikan kepada tetamu..
BalasPadamMenarik juga ni..
PadamKak Aiza , haah kalau dalam goodies beg mau berebut tu hehee
Padammemang dah berebut pun dengan adik.. hehe..
PadamMasa kecik-kecik dulu, arwah mak saya selalu beli. Kami makan ramai-ramai adik beradik. Selalunya berebut nak makan part yg manis tu aje :)
BalasPadamNostalgia betul biskut ni...
BalasPadammasa kecik2 dulu saya suka makan bahagian 'bunga' kat atas biskut tu ja..sbb manis dan ranggup...biskutnya saya letak semula dalam bekas..
BalasPadamouh kita gang kak hihihi
PadamSama dgn Alya, kalau dah byk, dia makan bah manis jer..
Padamsama la kita pun.. hehe..
PadamKecik2 dulu arwah ayah selalu beli biskut ni..memang mengimbau kenangan dibuatnya.
BalasPadamTerima kasih follow saya
sangat sangat mengimbau memori biskut ni selalu jugak beli .
BalasPadamsaya punya perangai makan saya makan biskut dulu. lepas tu baru makan hak atas tu hehe.'
BalasPadamBetul2 imbau kenangan ni cikgu
BalasPadamYan kalau makan biskut ni mesti pisahkan gulanya dulu...makan biskut baru makan gulanya
BalasPadamBiskut mayat rendam air teh o..sedapnya
BalasPadamBiskut nie femes kat kilang biskut tempat cik akak kerja dulu..
BalasPadamManis betul...tu yang jarang kunyah...
Biskut mayat...bukan biskut osborn ke...yang ada cap tiga pokok..haha
Memang febret ni cikgu etuza.. dan begitu mengimbau semula nostalgia masa sekolah dulu-dulu..;)
BalasPadamhihi kak ana dulu kecik2 panggil ni roti pusat :)
BalasPadamCP suka makan yang gula tu je..yang bunga..selalu kena marah sebab tinggal yang abwah je hehehe
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.