Biasanya Inilah Program Paling Membahagiakan Antaranya Di Sekolah..

Kenangan Indah Beberapa Guru Di hari Ucapan & Penyampaian Hadiah
Sekolah Etuza 2015...
Beberapa orang murid cemerlang dalam peperiksaan 2015
Diucapkan Tahniah & Syabas.



Assalamualaikum semua. Semoga ceria selalu.


Pada hari ini peristiwa hari Anugerah & Penyampaian Hadiah dilangsungkan di sekolah Etuza. Pastinya anak-anak murid yang mendapat tempat teratas kedudukan no 1,2 dan 3 merasa begitu bangga dan bahagia apabila hari ini lah mereka menerima sijil tropi dan hadiah iringan menghargai kejayaan mereka itu. Begitu juga halnya ibubapa yang datang bersama menyaksikan kejayaan anak naik ke pentas sana menerima kemenangan atau kejayaan hasil usaha mereka selama setahun. 

Antara penganugerahan hari ini ialah:-
1. Kepada murid terbaik 1,2 dn  3 setiap kelas.
2. Kepada murid terbaik markah mata pelajaran teras dan beberapa mata pelajaran bukan teras.
3. Mini konvokesyen Prasekolah 2015.
4. Penyempaian hadiah terbaik Program SBC ( saya Boleh Cemerlang ) murid tahun 6 2015.
5. Penganugerahan pelajar terbaik tahap 1 dan tahap 2.
6. Anugerah kokurikulum 
7. Hadiah galakan dari ibubapa kepada anak sendiri.

Persembahan Sangat Menarik.
1. Persembahan seni tari Etnik Malaysia ( rampaian - Di latih oleh Guru Pelatih  )
2. Persembahan Pantun Nasihat ( Jurulatih Etuza )
3. Persembahan nyanyian Melvin Melson & Rabiatul Adawiyah  ( Jurulatih Cg. June )

Pada pemerhatian Etuza memang sangat meriah hari ini. Ramai ibubapa yang datang melihat atau meraikan Hari Anugerah & Penyampaian Hadiah Ini.Semoga dimasa akan datang kejayaan seumpama ini akan berterusan . Syabas & tahniah Kepada yang gigih berusaha.

Kepada anda semua kongsikan gambar kenangan mama dan beberapa orang teman guru wanita di sekolah Etuza dan mama bertugas. Rasanya teman blogger yang selalu ke laman Etuza kenal sangat mana satu mama dalam gambar itu. Selamat berehat dan gembira selalu. 






Mama dan Ustazah Sinar Suria...

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Apasal pulak isteri cikgu pun ada ni? Katanya majlis kat sekolah cikgu?

    Tahniah kpd yg berjaya. Saya tak pernah dapat peluang nak tengok anak dapat hadiah kecemerlangan cikgu huhu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alorrrrrr geng, gambar 'mama' tu penyeri laman..

      Kenang2an gitu..

      As salam, singgah pagi..

      Padam
  2. Penat lelah guru2 selama ini telah berhasil..
    Dengan melahirkan anak2 murid yg cemerlang tu Etuza..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..tahniah kepada murid murid yang berjaya....seronok mereka..kan cikgu..

    BalasPadam
  4. Cukup suka bila hari penyampaian hadiah sebab boleh tunjuk bakat atas pentas. Macam-macam persembahan yang akan CP turut serta

    BalasPadam
  5. Memang hari yang amat bahagia melihat anak didik kita ke arah yang lebih cemerlang.

    BalasPadam
  6. tahniah kpd guru2 yg mndidik anak2 murid cemerlang dlm pelajaran.

    BalasPadam
  7. Sekolah rendah anak saya setiap tahun pada anugerah cemerlang kelas yang terbaik diberi anugerah sehingga no 5,kelas2 lain seperti biasa hingga 3.

    BalasPadam
  8. tahniah pada yang berjaya... meriah nya cikgu :)

    BalasPadam
  9. majlis hujung tahun.
    tahun nih anak saya x dpt naik stage. usaha lagi tahun depan.
    nampak meriah sgt majlis di sekolah cikgu~

    BalasPadam
  10. Yang baju oren tu org umah cikgu kan,,,
    Org rumah cikgu juga ye...
    Tahniah kepada semua pelajar

    BalasPadam
  11. baru semalam pergi penyampaian hadiah sekolah anak saya ... seronok tengok gelagat budak-budak especially yang buat persembahan :)

    BalasPadam
  12. Tahniah buat cikgu dan anak-anak yang cemerlang, semoga memberi perangsang buat semua murid yang ada kan etuza :)

    BalasPadam
  13. tertarik dengan kain yang mama pakai. songket ke tu?

    BalasPadam
  14. salam, Alhamdulillah acara macam ni memang membahagiakan apabila kita lihat anak anak terima hadia,
    alhamdulillah tempat saya mengajatr pun dah selesai acara ni semalam, seronok tengak anaka anak dapat hadia, senyum terukir dibibir depa

    BalasPadam
  15. Tahniah buat para guru dan murid-murid yang bertungkus lumus..:)

    BalasPadam
  16. Hari penyampaian hadiah paling ditunggu...kerana itu menandakan cuti sekolah sudah bermula

    BalasPadam
  17. Tahniah kepada pelajar2 semua terutama pelajar2 cemerlang...

    BalasPadam
  18. tahniah kepada semua guru yang berjaya mendidik anak bangsa.. tahniah juga kepada pelajar yang cemerlang.. ;)

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, syukurlah... tahniah buat semua guru2 dan pelajar... :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.