Tazkirah Hari Jumaat Penghulu Segala Hari..
Assalamualaikum semua...
* Etuza solat Jumaat hari ini di Surau di Kampung Penagatan Ulu, Keningau
* Khatib ialah Ustaz Rais Justi yang cukup dikenali di Kampung Penagatan Ulu.
* Khatib menekankan konsep kehambaan kepada Allah dan mengharap kerahmatan Allah.
Gambar Masjid Di Pekan Ranau Sebelum Rosak
Akibat Gempa Bumi.
Masjid Besar di Pekan Ranau, Sabah |
Belum terlambat Etuza hendak lengkapkan hari Jumaat dalam blog Etuza ini. Kerana setiap hari Jumaat blog Etuza wajib meletakkan sekuramg-kurangnya satu entri berkisar hal agama atau apa sahaja yang menjurus kepada ilmu agama Islam khasnya.
Kali ini lebih kepada tumpuan kehadiran solat Jemaah Jumaat setiap minggu tanpa gagal. Sebagai lelaki wajib hadir atau datang ke mana pun adanya surau atau Masjid harus datang bersolat jemaah Solat Jumaat bersama-sama.Kumaat yang tersirat serta wajib kita ketahui antaranya menurut pengamatan Etuza ialah:-
1. Dapat menunaikan solat Jumaat wajib yang besar fadilat pahala Allah berikan kepada jemaah yang khyusuk solat Jumaat. Sempurna tanpa berkata-kata semasa khutbah Jumaat.
2. Dapat mendengar khutbah yang mempersembahkan tazkirah yang panjang sebagai membersihkan hati, membasahkan hati dan jiwa yang gersang tandus dan kering kerana kosong dengan ilmu agama selama ini.
3. Dapat memusatkan ingatan kepada Allah yang esa, mengharap keampunan dari Allah dan dapat menjadi diri lebih berfikiran rasional agar yakin dengan kehebatan kuasa Allah.
4. Dapat berdoa dengan sesungguh hati, kerana dikatakan bahawa doa semasa solat Jumaat afdal dan diterima Allah.
5. Dapat bersalaman dengan ramai jemaah Solat Jumaat.Dikatakan sekali kita bersalam dengan orang beriman jika Allah takdirkan gugur satu dosa ketika kita bersalaman maka hapuslah satu dosa kita. Subahanallah jika kita bersalaman lebih sepuluh orang jemaah bayangkan ada sepuluh dosa kita dihapuskan oleh Allah yang maha esa. Amat hebat kelebihan Solat Jemaah Jumaat ini.
Marilah agar kita tidak lupa datang ke Solat Jemaah Jumaat yang wajib kepada lelaki.
8 Ulasan
ASSALAM...JUMAAT PENGHULU HARI...HARI MAKBUL DOA...BERSOLAT JUMAAT DGN KUSYUK MNDNGAR KHATIB BERKHUTBAH ADALAH TERBAIK..
BalasPadamNice sharing ^^ Memang banyak kelebihan :)
BalasPadamJumaat hari yang istimewa... :-))
BalasPadamSalam jumaat cikgu
BalasPadamperkongsian yang bagus cikgu.. ;)
BalasPadamjadi sekarang ni masjid tu dalam pembaikan ke mcm mana pas gempa bumi hari tu
BalasPadamTerima kasih di atas entri ini..
BalasPadamBuat kaum lelaki jangan seseakli tinggalkan solat Jumaat..banyak pahalanya..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.