Apalah Tandas Di Jepun Pun Nak Cerita!

Apalah Tandas Di Jepun Pun Nak Cerita!

Apalah Tandas Di Jepun Pun Nak Cerita!

Asalamualaikum
Apa Yang menarik Sangat Tandas Jepun Ni? Sampai Nak Cerita Dalam Blog..
Woi!! Tandas Tu ..Tempat Apa Tu? Hehehe...

Canggih ke tak canggih tandas di Jepun ni di Osaka Jepun..
Assalamualaikum semua. Masih setia di udara maya.

Baiklah Etuza hendak kongsikan satu situasi ketika Di Osaka Jepun tempoh hari. Hal itu berkaitan dengan tandas di Jepun seperti di atas dalam gambar yang Etuza kongsikan.

Etuza tidak kisah pun hal tandas, sebab hari-hari menggunakan perkhidmatan tandas ini. Tidak perlupun pening kepala kan. Tetapi Etuza rasa terpening lalat lah seketika di Osaka Jepun ketika menggunakan tandas di Jepun. Etuza ngeri betullah menggunakan tandas di Jepun, terlebih canggih. Huuu!! nak keluar keluhan ke tu. Eh! Bukan keluhan tetapi rasa betul2 WOW!! tandas Jepang hebat gilar lah. 

First time kena panggillah ( Hummm) ialah kewajiban kan. Masa itu berada  di restoran makanan halal di Jepun. Kami datang makan mengisi perut. Makan punya makan kena lah Etuza di panggil. Etuza pun ikut lah kawan ke tandas. Syukurlah dah cepat saja giliran Etuza, ramai nya yang hendak masuk tandas ,tak tahu lah mana satu hasrat mereka. Tetapi Etuza hajat besar, Hahaha..

Etuza tengok biasa ja tandas. Tapi bersih wangian hummm!! tapi Etuza tak sanggup buka mulut dalam tandas. Wajib tutup mulut lah di dalam tandas sebersih mana pun kena tutup mulut. Tiba2 Etuza terfikir nak cari punca air paip. Ya Robbi ..tidak ada...tak ada paip. Imposible..takkan guna kertas tisu..giler ke happa tandas Jepun ni.Mula lah Etuza gelabah berdebar-debar..boleh pengsan orang. Cari punya cari...haduiiii rupanya di picit ja dekat tempat duduk mangkuk si tandas tu. 

Sudah nampak, Etuza kecut perut lagi lah..bahasa Jepang wooiiii!!! bagaimana nak baca. Ok tengok gambar2 yang ada..ok picit..syukran rupanya air suam terpancut dari lubang tandas dari mangkuk tandas. Ada Etuza dengar di luar macam tak sabar2 dah mahu ganti Etuza dekat dalam, mujurlah cepat ja Etuza mendapat kefahaman jika tidak habis Etuza kena tinggalkan kawan.Ok bersihkan cepat2 kena picit dan picit punat air. Tak suka lah cara Jepun ni. Tak lancar bah nak bersihkan. Kalau di desa guna paip lah besar air, cepat bersih. Pancutan air dari mangkuk tandas pun halus..satu ja arah halusnya. Kemungkinan untuk keselamatan fizikal kita agar tak sakit. Hadu!!!! malu tul cerita ni. Tetapi inilah realiti Etuza di Tandas Negara Maju di Jepun.Ha anda ketawalah..pengalaman ini ketika ini rasanya manis sangat nak ingat.Hahaha...

Ok marilah tengok gaya lelaki menggunakan bilik Hotel terkemuka di Jepun. Biasa ja sama ja bilik Hotel Jepun ni di Malaysia. Tapi kalau lelaki guna bilik hotel ha anda tengok lah bersepah ke tidak tu...main letak ja..Tetapi bila outing punyalah kemas balik.Mestilah hargai Hotel yang berikan kita lena seketika kan.Ok selamat malam semua..Bye Bye!



Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

Haha nasib jumpa butang tu..kalau tak...terbantut lah hajat besar tu

Kenapa bilik tu macam tongkang karam...huhu

hahaha tu lah lelaki dalam bilik begitu lah pula ..hadui malu jg ni iryanty..harap2 akan kemas balik hehehe..

betul kalau tak pengsan..haduiii malu ..hehhehe apa kan daya kenangan tu jadi manis pula ..

Samalah dengan tandas di KLCC & beberapa buah hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Pernah saya menggunakan tong sampah pengganti baldi semasa kursus disuatu ketika dulu.

Hati2 Cikgu semasa pancut air di tandas, silap teknik, terbasah baju tu..

kena belajar sesuaikan diri di tempat org walau secanggih mana teknologi mrk tapi kalu kita xrasa yakin n selesa xjadi juga kan cikgu...tandas tip top airnya kecil x best juga nk cuci2 bersih.

Canggih betul. Tapi nampak toilet dia org bersih.

Walaupun entri tandas tapi memberi manfaat kepada pembaca.

selesa guna tandas di umah lg biarpun biasa2 aje..

dapat pengalaman baru ya cikgu etuza....terima kasih berkongsi...aRz belum pernah lagi mencuba mana-mana tandas di dunia luar

bakkata orang hujan emas di negeri orang....tandas di rumah juga tetap teringat

terbasah baju ok lagi...terbasah seluar...aduhhh

pengalaman lalu memberi ilmu buat kami pula

hahahaha..malu kan..mau lari ke mana.
Next time travel ingat hal tandas ni UMI..

betul jangan macam Etuza ya..hadui...

minta maaf ya ada lagfi ejaan salah ni..nak edit balik

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger