Aku Hanya Insan Biasa, Berbahagialah Insan Lain Yang Kini Berjaya

Aku Hanya Insan Biasa, Berbahagialah Insan Yang Kini Berjaya

Asalamualaikum semua, bertemu di udara maya petang ini.


   Sebelum meneruskan artikal ini, Etuza hendak berpesan bahawa paparan entri blog sebegini adalah dalam bentuk perkongsian pengalaman Etuza dengan dibuktikan oleh gambar-gambar yang di letakkan bersama berdasarkan kisah sebenar yang Etuza lalui dalam meneruskan kehidupan di BumiNya ini. Perkongsian sebegini memang ketara bukan perkongsian dari insan bergelar GURU. Harap faham dengan kenyataan Etuza.

Rebutlah Peluang Dan Usaha Harus Diteruskan.

Sebagai insan biasa, kita sering terfikir untuk memajukan kehidupan kita dengan lebih cemerlang. Antara yang kita fikirkan ialah bagaimana untuk menambahkan simpanan kewangan kita, bagaimana untuk sentiasa ada wang kemasukan ke bank simpanan kita atau juga kita berfikir agar kita setiap hari ada rezeki yang datang memberikan kita perasaan bahagia dan gembira.

Dengan pemikiran itu, kita akan mencari peluang lain dengan tidak bersandarkan sumber ekonomi yang ada, yang setiap bulan memang pasti habuan kita dimasukkan ke bank simpanan kita.Tetapi itu sebulan dan hujung bulan kita nikmati hasilnya. Cukup atau tidak mencukupi menampung keperluan hidup adalah perkara yang kita masing-masing sahaja yang mengetahuinya.

Lantas sebaik sahaja kita diberi kefahaman terhadap peluang dan peluang yang begitu banyak itu, akhirnya kita mencuba satu peluang yang mungkin kita rasakan kita boleh bergerak jauh dalam bidang ini. Dan bidang itu pastilah dalam bidang perniagaan jualan produk dan sebagainya.Inilah pengalaman Etuza, sebagai insan biasa yang kini masih berkecimpung dalam dunia perniagaan MLM iaitu berasaskan produk antarabangsa iaitu produk Elken.Etuza berkeyakinan peluang dalam MLM Elken sangat besar jika sahaja kita usahakan dengan cara berterusan tanpa henti.Tetapi dalam masa yang sama Etuza yakin bahawa rezeki itu ada di mana-mana dan telah Allah tentukan untuk kita.


Peningkatan Kesihatan Dan Curahan Rezeki Tanpa Henti.

Etuza telah lama bergiat aktif dalam industri MLM Elken. Dan memang hebat Syarikat Elken yang begitu terkemuka di Malaysia.Etuza pernah dibawa ke Shah Alam untuk mengikuti seminar kerjaya ini dengan ditaja secara percuma oleh Syarikat Elken. Sungguh Etuza gerun dengan ramainya Elkenian dari pelusuk negara serta dari Singapura dan Brunei. Semasa di Shah Alam dan di hotel bertaraf lima bintang Etuza di beri kelebihan sebilik dengan orang Singapura. Kini orang Singapura itu telah berjaya dengan cemerlang di Elken kerana dia bergiat sepenuh masa dalam industri MLM Elken.

Sepanjang penglibatan dalam industri ini sehingga kini, jelas sekali dengan lafaz syukur kehadratNya kesihatan seisi keluarga Etuza meningkat apabila sentiasa menggunakan produk terbaik Elken.Etuza tidak nafikan itu. Semua rakyat Malaysia akui kekualitian produk Elken.Terima Kasih Syarikat Elken selain rezeki sentiasa ada masuk ke bank.

Etuza bersama CCM Debly Lazarus

Halangan, Cabaran dan Risiko.

Teman mayaku, sebenarnya pada tahap yang tinggi Etuza sudah berada pada kemuncak yang boleh dikatakan hanya orang yang gigih sahaja mampu mencapainya.Sebaik duduk pada tahap itu, Etuza kemudian terasa ada cabaran dan halangan serta risiko yang Etuza perlu tanggung sendiri dengan tidak menyalahkan sesiapapun juga. Halangan dan cabaran itu sebenarnya adalah di dalam diri Etuza sendiri. Hanya cabaran hendak teruskan atau terima risiko untuk hentikan usaha yang murni untuk kecapi kejayaan.

Pada tahap yang Etuza duduki itu, Etuza boleh menyangkal berbagai perkara seperti tanggapan masyarakat terhadap Elken.Memang ada berbagai tanggapan yang salah tentang Elken.Itu tidak mengapa, tetapi apa yang paling merisaukan ialah RAKAN NIAGA mulai berteka teki dengan tidak melakukan lagi bersama perniagaan Elken ini. Di sinilah permulaan kerjaya MLM oleh sesiapa sahaja akan beransur jatuh pada kedudukan yang asal, iaitu daripada kosong semula.Sayang sekali bila keadaan ini berlaku.Pada diri Etuza risiko itu telah Etuza sedia fahami dan akur bahawa setakat itu rezeki antara Etuza dan rakan niaga Etuza. Etuza sudah memang sebati dengan keadaan ini, kerana acap kali sudah berlaku. Hanya Etuza sahaja yang masih mampu bertahan hingga kini.Alhamdulillah.

Etuza tahu dan telah dididik bahawa konsep " Dia pergi akan ada orang lain yang mahu bersama" Etuza sangat faham konsep ini. Sebenarnya sangat seronok kerana ada sahaja orang baru yang menyertai kita dengan usaha tanpa jemu dan tidak putus asa.Dengan itu Etuza ucapkan tahniah dan teruskan usaha anda jika anda adalah seorang ahli niaga Elken di Malaysia.


Etuza Insan Biasa, Berbahagialah Insan Lain yang Kini Berjaya.

Etuza kini, tidaklah seaktif dahulu dan tidak lagi memiliki ramai rakan niaga dalam industri ini.Tetapi masih meneruskan perniagaan ini dengan cara memudahkan rakan niaga untuk mengambil stok kepada mereka.Etuza seolah berperanan menjadi stok kepada rangkaian Etuza. Konsep yang Etuza pegang sekarang ialah ada oder ( permintaan ) Etuza jayakan permintaan mereka dengan tetap menggunakan nama mereka sebagai ahli niaga Elken.

Jika dahulu sebelum GST diperkenalkan, Syarikat Elken akan tetap hantar atau masukkan ke bank kita bonus walau dalam jumlah 50 sen. Tetapi kini selepas GST diperkenalkan maka bonus mencapai RM10 ke atas baru akan dimasukkan ke bank anda. Kerana apa yang Etuza difahamkan ialah bonus kurang dari RM2.00 akan terus dipotong oleh pihak bank. Sebab itu bonus mencapai RM10 ke atas baru pihak Elken masukkan ke bank, agar ada sisa bonus selepas pihak bank keluarkan RM2.00 sebagai service perkhidmatan bank.

Inilah hakikatnya Etuza hanyalah insan biasa yang tidak cukup tangan melakukan kerjaya perniagaan yang cukup hebat ini.Etuza percaya dan yakin ada rezeki di mana-mana. Dan Etuza ucapkan TAHNIAH & SYABAS kepada ramai kawan-kawan Etuza yang kini di Elken telah bergelar JUTAWAN seperti CCM Debly Lazarus. Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman Etuza dalam dunia perniagaan Elken yang begitu hebat. Semoga ada manfaat kepada anda, kerjaya dua perkara dilakukan memang ada cabaran yang kuat untuk jayakannya. Demi kesihatan biarlah Etuza bergerak cara Etuza dalam industri ini.

Etuza bersama Upline Etuza DCM Mohazar Ikhsam Mahat
Etuza ambil oder...kadang banyak oder..
Alhamdulillah...masih berteruskan kerjaya niaga ini.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. allhamdulillah... elkan yer... semoga sukses etuza...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. terima kasih ya..mohon maaf belum sempat ke laman Zie

      Padam
  3. Sedang mencari masa ke stokis di daerah sana, maklumlah kat sini tiada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susahnya nak jumpa stokis elken kt sini, mula2 kami ke daerah Bentong, rupanya stokis di sana sudah ditutup..

      Kemudian ke Raub pula, alhamdulillah dapat juga beli untuk kegunaan kami.

      Padam
    2. Wah,..hebatlah Umi..luarbiasa..tahnia kerana berjaya menemui stokis Elken ya..ada keperluan datanglah lagi ke stokis tu..resit guna kod member Umi kan..inshaallah akan Etuza bantu mana-mana patut ya..subahanallah

      Padam
  4. Moga terus maju ya cikgu... sy plak berjinak2 dgn Tupperware Brands skrg n..
    banyak rintangan, moga terus kuat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. OO iya kah atie..ha boleh lah letak dalam blog promot kan mana tau ada dikalangan blogger nak oder..kan...

      Padam
  5. Insan biasa tapi pendapatan luar biasa kan Cikgu... Moga sukses selalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..tak ada lah Zumal..tak ada usaha tak ada lah datang masuk...

      Padam
  6. Kalau bersungguh-sungguh apa jua bisnes pasti akan berjaya. Tahniah Etuza

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.